Pages

Wednesday, April 22, 2009

Kota Mahsuri


ULU MELAKA - Melangkah sahaja ke Kota Mahsuri pengunjung dikehendaki membayar RM5 untuk mendapatkan tiket. Dalam tinjauan wakil Sinar Harian, terdapat beberapa bahagian di dalam kawasan itu iaitu muzium legenda yang mempamerkan kekayaan sejarah Langkawi, rumah tradisional Melayu, dewan teater Mek Mulung, Muzium Batu dan beberapa premis menjual cenderamata.

Namun apa yang menyedihkan, masih berdapat bahagian yang masih terbengkalai dan kurang terjaga. Memasuki ke Perkampungan Kedah pula terdapat Balai Indera Mambang Segara, Teratak Sri Mawat, Sri Merong, Sri Tama, Perigi Mahsuri, Warung Mak Andeh dan Taman Ethno Botanik.

Bagi memasuki ke Balai Indera Mambang Segara atau kediaman Dato’ Pekerma Jaya anda dikehendaki membayar RM1, ini bermakna keseluruhan kawasan Kota Mahsuri mengenakan bayaran RM6 dan jika anda menggunakan perkhidmatan tandas anda dikehendaki membayar 30 sen. Apa yang mendukacitakan sebahagian daripada balai indera mambang segara itu adalah kedai menjual cenderamata dan sebahagian lagi adalah bahagian patung rekaan semula sejarah

Mahsuri dibunuh dengan bumbung bangunan yang bocor dan kawasan bawah rumah dipenuhi sampah. Selain itu, adakah berpatutan dengan bayaran yang dikenakan kepada pengunjung yang mana kawasan itu dipenuhi gerai menjual makanan dan minuman serta kedai cenderamata. Pelancong kebiasaannya ingin melihat tinggalan sejarah, bukannya untuk membeli belah barangan cenderamata, hiasan diri dan pakaian.

Lebih mengecewakan tiada sebarang risalah menyatakan keluasan kawasan itu dan sejarah Kota Mahsuri yang dipercayai baru dinaik taraf pada tahun 2005. Di hadapan Kota Mahsuri berdirinya sebuah papan tanda tapak projek cadangan membina bangunan tambahan dan membaik pulih Kota Mahsuri. Mengikut pelan projek tersebut projek itu akan dilakukan ke atas bangunan auditorium dan rumah guru silat di atas Kompleks Kota Mhasuri.
Dalam jangka masa empat tahun Kompleks Mahsuri terpaksa dinaik taraf sekali lagi, jika aspek penjagaan kurang diutamakan, tidak mustahil Kota Mahsuri akan dibaiki setiap tahun.
--------------------

Anaklangkawi :-

Ada kebenarannya luahan sinar harian berkenaan dgn keadaan di Makam Mahsuri. Sehingga sekarang pada hemat saya kawasan di Makam Mahsuri diletakkan dibawah jagaan LADA. (Jika salah telahan ni sila tegur). Revamp yg serius perlu dilakukan utk mengembalikn sinar di kawasan tersebut. Mungkin dgn melakukan perubahan drastik @ menukar kontraktor yg bertanggungjawab dlm menyelenggarakan kawasan tersebut.

Makam Mahsuri menjadi lambang Pulau Langkawi. Maka jagalah ia seadanya.

Tuesday, April 14, 2009

Belia Langkawi aktif anjur aktiviti

Belia Langkawi aktif anjur aktiviti 14/4/09

KUAH - Langkawi terpilih sebagai pusat penganjuran pelbagai aktiviti, latihan dan ilmiah selain sudah terkenal sebagai destinasi pelancongan yang unggul di rantau sebelah sini. Koperasi Pembangunan Belia Langkawi (Kobel) nekad menjalankan usahasama dengan sebuah syarikat dalam menganjurkan aktiviti berkenaan iaitu latihan dan kursus.

Ahli Majlis Perundingan Belia Daerah Langkawi, Mohd Azim Othman berkata, usahasama ini bagi memberi manfaat kepada ahli koperasi dan individu yang menyertai kursus tersebut. Menurutnya, selain memperoleh keuntungan ia dapat mewujudkan jalinan persefahaman antara ahli selain berupaya merancakkan industri pelancongan dan aktiviti belia.

“Kami selaku penganjur, bersedia sekiranya terdapat mana-mana badan berkanun, syarikat yang ingin melalukan sebarang aktiviti latihan mereka boleh berhubung dengan kami. “Buat permulaan ini, sesi latihan adalah berkisar tentang teknologi dengan menyediakan latihan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT),” katanya selepas Majlis Menandatangani

Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Syarikat Warisan Spektra Sdn Bhd, kelmarin. Mohd Azim berkata, belia dalam kawasan sekitar Langkawi boleh menyertai latihan dan mengikuti modul yang telah disediakan termasuk latihan motivasi. Menurutnya, melalui cara ini, belia dan pelajar sekolah di Langkawi akan lebih celik ICT dan mempunyai jati diri sempurna.

“Ini adalah langkah permulaan Kobel menganjurkan program usahasama dengan syarikat luar dan setelah dikaji kedua-dua pihak bakal memperoleh manfaat bersama,” katanya. Beliau berkata, selain itu, industri pelancongan, pengangkutan, penginapan dan makanan turut mendapat keuntungan sekiranya terdapat mana-mana badan berkanun menyertai latihan yang diadakan di Langkawi.

“Melalui cara ini, semua pihak mendapat tempias dan Langkawi akan dikenali bukan sahaja sebagai pusat pelancongan malah menjadi pusat latihan kerjaya dan pendidikan. Pengarah Urusan Warisan Spektra Sdn Bhd, Yazid Ayob berkata, Langkawi dipilih kerana mempunyai pelbagai infrastruktur lengkap selain sebuah destinasi pelancongan terkemuka.


Beliau berkata, selain menjalankan program seminar atau latihan, peserta yang hadir turut dapat membeli-belah dan bersantai. Majlis MOU itu disaksikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Datuk Ir Nawawi Ahmad dan Pengerusi Belia Langkawi, Nor Saidi Nayan.