Pages

Tuesday, July 20, 2010

Lokomotif 90 tahun aset sejarah

KUAH - Sebuah lokomotif lama yang menggunakan arang batu untuk digerakkan, kini menjadi daya penarik pelancongan di Langkawi. Pemiliknya, Abdul Manaf Majid berkata, lokomotif berusia 90 tahun itu digunakan di Langkawi pada 1959 sebagai alat pengangkutan membawa getah, kayu balak dan rotan ketika zaman kolonial British. Menurutnya, kereta api di Langkawi ketika itu digunakan sebagai medium perjalanan dari kilang papan di Kelibang sehingga ke muara Sungai Kelibang kira-kira satu kilometer.
“Kepala kereta api ini adalah warisan sejarah yang perlu dipelihara dan sebagai aset pelancongan, bukannya untuk dikomersialkan. “Kereta api ini pada asalnya milik British dan dijaga keluarga mendiang Ngoh Eng Seng. Atas hubungan keakraban, dia mewariskan saya untuk pelihara kepala kereta api ini sejak pertengahan tahun 80-an,” katanya ketika di temui di D’Baron Resorts, Kuah.
Abdul Manaf berkata, kepala kereta api seberat lima tan dan masih mempunyai sisa arang batu ini, diperbuat dari besi tulen menyamai pembuatan kereta kebal. Sementara itu, Pishol berkata, penemuan kepala kereta api ini mengesahkan terdapat kereta api di Langkawi, sungguhpun bukan digunakan sebagai pengangkut penumpang. “Kami akan membuat kajian terperinci mengenai kepala kereta api yang dibuat oleh Syarikat VG&G Co Limited. “Hasil kajian berkenaan, mampu menambah satu lagi aset sejarah artifak di Langkawi terutamanya dalam bidang pengangkutan,” katanya. Orang ramai kini diberi peluang menyaksikan lokomotif ini di D’Baron Resorts Kuah.

Sinar

AL :- Jgn Mat Pit potong buat jual besi buruk dah la..