Pages

Wednesday, June 3, 2009

Pejabat UMNO berpindah ke Plaza Langkawi

KUAH - Pejabat pentadbiran UMNO Bahagian Langkawi berpindah dari jalan Pandak Mayah ke bangunan baru di tingkat lima Plaza Langkawi. Setiausaha Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Langkawi, Siti Balkish Ahmad berkata pejabat baru ini akan menempatkan pejabat urusan UMNO bahagian, Wanita Pergerakan Pemuda dan Puteri.

Menurutnya, segala urusan, mesyuarat, pendaftaran ahli baru atau pihak awam yang memerlukan surat sokongan boleh mula datang terus ke pejabat baru ini yang mula beroperasi hari ini. “Perpindahan ini terpaksa dilakukan memandangkan urusan tadbir pejabat UMNO bahagian semakin sibuk dan sering menerima kunjungan orang awam bagi urusan sokongan dan aduan.

“Oleh itu, kami mengambil langkah untuk menjadikan pejabat baru ini sebagai pusat sehenti kepada orang awam dan juga ahli UMNO yang ingin berurusan,” katanya ketika ditemui wakil Sinar Harian.

Menurutnya terdapat tujuh kakitangan dengan memulakan waktu bekerja dari jam sembilan pagi hingga lima petang kecuali Jumaat. Balkish berkata, sebanyak 15 mesyuarat cawangan Puteri memulakan mesyuarat bagi penggal pertama dan turut menerima beberapa keahlian baru.

Anaklangkawi :-

Heheh.. Lain pulak yg cek dgq cerita. Depa pindah bukan sbb byk urusan. Tapi sbb lain. Nak tau sbbnya kena tanya geng2 lama UMNO la..

p/s: biasala.. lani Pemimpin Bahagian yg baru kena kerja lebih keras la.. jgn asyik ckp ja kerja tak buat.. kalau tak naya next election.. (drpd sumber yg boleh dipercayai)

No comments:

Post a Comment