Pages

Tuesday, July 14, 2009

Penduduk gesa jambatan disiapkan ~ Kuah


KUAH - Kegagalan menyiapkan sebuah jambatan di Pandak Mayah di sini yang proses pembinaannya hanya tinggal tujuh peratus menimbulkan tanda tanya kepada penduduk. Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, mereka sanggup bergotong-royong menyelesaikan pembinaan jambatan itu sekiranya pihak yang bertanggungjawab gagal menyiapkannya.

Menurutnya, pelbagai kesulitan dihadapi terutamanya bagi pemandu bas pelancong yang terpaksa menggunakan jambatan sampan yang curam malah adakalanya berlaku kemalangan. “Kami mahu masalah ini diselesaikan segera. Kami difahamkan kontraktor penyelamat yang dilantik telah gagal menyiapkan jambatan tersebut ekoran masalah kewangan. “Kami berharap pihak yang berkuasa dapat melakukan siasatan berhubung masalah itu, tetapi masalah dalaman kami tidak mahu masuk campur apa yang penting adalah kepentingan semua penduduk di Langkawi ini,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Sinar Harian difahamkan, jambatan tersebut bakal disiapkan sebelum Pameran Antarabangsa Udara dan Maritim Langkawi (LIMA 2009) hujung tahun ini. Kos asal pembinaan jambatan sepanjang 35 meter itu adalah RM5.3 juta dan kini nilai itu telah melonjak pada RM6.5 juta. Jambatan itu mula dibina pada 1 November 2006 dan dijangka siap pada 2 Oktober 2007, namun sehingga sekarang, ianya masih gagal disiapkan.

Hasil tinjauan yang dibuat mendapati, jambatan tersebut telah dipasang konkrit namun belum berturap dan kawasan sekitarnya dipenuhi sampah sarap dengan lampu jalan telah dipasang. Seorang kontraktor yang juga enggan dikenali, turut menyelar pihak berkenaan apabila segala projek yang terdapat di Langkawi gagal disiapkan dalam masa yang ditentukan ekoran masalah pembayaran.

Menurutnya, kegiatan perniagaan di Kompleks Pekan Rabu kini sunyi sehingga pekedai di kawasan itu bersungut apabila tiada pelanggan. “Mereka yang mendapat kedai di sini tidak menjalankan perniagaan malah mereka yang mendapat tapak kedai di dalam kompleks ini bermatlamat menyewakan kepada orang lain, pekedai di sini mahukan keuntungan atas angin.

“Tetapi bagaimana mereka layak dalam permohonan tersebut, kompleks berusia hampir setahun ini juga mengalami masalah kebocoran tangki air,” katanya.

Sinar Harian 14/7/09

Anaklangkawi :-

Cek tak paham awat jambatan yg sejemput panjang tak habis2 buat. Sudah hampir 3 tahun jambatan tu dibina masih tak siap2.. Tolonglah pihak berkuasa tgk2kan biaq cepat2 sikit siap.. Bantu apa yg boleh..

p/s: amat paham apa perasaan penduduk & peniaga kat situ.. YB Kuah pi la jenguk2 .. takkan tiap2 hari lalu tak perasan kot..

No comments:

Post a Comment