Pages

Wednesday, July 8, 2009

Penduduk mahu pampasan setimpal ~ Bukit Malut


BUKIT MALUT - Kira-kira 70 penduduk menyatakan rasa tidak puas hati apabila tanah milik yang diusahakan sejak 25 tahun lalu di Kampung Bukit Malut dibersihkan oleh pihak pemaju tanpa bayaran pampasan yang setimpal. Masalah ini timbul apabila mereka mendakwa telah dimaklumkan untuk tidak lagi memasuki dusun seluas 40 hektar tersebut dengan notis 14 hari sedangkan tanah usaha tersebut difahamkan milik kerajaan tempatan yang digazet sebagai Tanah Hutan Simpan Kekal mengikut Akta Perhutanan Negara 1984 (Pindaan 1993).

Apa yang menjadi kekalutan bagi penduduk kampung tersebut apabila pampasan yang dijanjikan tidak dibayar malah difahamkan pihak pemaju dan pihak bertanggungjawab hanya mengadakan perbincangan sekali sahaja iaitu pada tiga tahun lalu bagi penilaian harga pokok.

Seorang wakil penduduk, Che Ani Abu Seman, 50, mendakwa, tiada seorang pun wakil daripada kerajaan tempatan atau pihak pemaju berjumpa dengan mereka bagi membincangkan nilai harga pokok yang terdapat di dusun tersebut. Menurutnya, terdapat beratus pokok buah-buahan yang menjadi sumber pendapatan mereka dengan tiga buah kediaman di dalam dusun ini sejak diusahakan kira-kira 25 tahun lalu.

“Mereka mahu membayar RM60 bagi sebatang pokok matang, sedangkan harga pasaran dan harga yang kami mahukan adalah RM1,500 bagi sebatang pokok. “Kami tidak menghalang sekiranya kerajaan mahu mengambil semula tanah ini bagi dimajukan tetapi berikan pampasan mengikut harga pasaran semasa,” katanya. Che Ani juga memohon supaya pihak Pejabat Tanah dan Galian mengambil berat dan prihatin dengan masalah penduduk kampung di sini.

Seorang lagi penduduk, Rus Ismail, 57, berkata, hasil dusun ini adalah punca pendapatannya sekeluarga malah rezeki semakin bertambah bila tiba musim buah. “Saya mempunyai enam anak dan dengan hasil dusun ini saya menyara keluarga untuk keperluan harian dan persekolahan. Kini sumber pendapatan telah diambil orang, kami sedia berpindah dan memulangkan semula hak kerajaan tetapi berikanlah kami pampasan yang setimpal,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Langkawi, Mansor Bahari ketika diminta mengulas mengenai masalah itu berkata, masalah tersebut akan dibincangkan dan mampu diselesaikan dengan cara diplomasi, malah kerajaan tempatan dan wakil pemaju sepatutnya memberikan penerangan khusus kepada penduduk kampung.

“Mereka terlalu emosional dengan apa yang berlaku pada hari ini. Mereka ingin berjumpa dengan pihak bertanggungjawab bagi mendapatkan pampasan setimpal. “Saya harap pihak terbabit dapat tampil berbuat demikian sebelum keadaan menjadi semakin keruh. Perkara ini tidak melibatkan politik tetapi hak mereka sebagai penduduk kampung harus diambil berat,” katanya ketika ditemui dalam lawatannya ke kawasan terlibat.

Turut menyertai lawatan tersebut, Pengerusi Biro Pengaduan Awam dan Pengguna Saari Saad. Dalam pada itu, Yang Dipertua Pas Bahagian Langkawi, Zubir Ahmad menyatakan bahawa, pihaknya akan mengadakan satu mesyuarat antara Exco dan pihak pemaju bagi menyelesaikan masalah itu.

“Kami akan cuba menjernihkan keadaan dengan mengadakan satu perbincangan. Saya akan maklumkan apa yang diinginkan oleh penduduk kepada Exco terbabit dan pihak pemaju. “Saya tidak boleh janji yang mereka akan memperoleh pampasan yang diminta tetapi saya akan cuba sedaya upaya bagi memberi keadilan kepada mereka,” katanya.


~~~~~
Anaklangkawi :-

Isu yg tak kunjung sudah. Tapi saya amat menghormati & respek pada UMNO & PAS kerana sama2 tidak mengambil kesempatan pada keadaan yg berlaku. Sudah sedia maklum tanah yg diterokai merupakan Tanah Hutan Simpan Kekal.. Ttp penduduk ttp mahu mengusahakan tanah tersebut. Kalau diikutkan kepada peruntukan kerajaan Kerajaan Negeri punya hak tak memberi langsung pampasan. Ttp diberi betis nak paha.. Bagi RM60 nak RM1,500 sepokok...

Saya meminta parti politik tidak mengambil kesempatan terhadap kemelut ini. Bersatu hati dlm kes ini.. Jika tidak habis hutan Simpan di Langkawi diteroka & lepas tu semua pakat claim dah teroka 25 tahunla.. Itula inilah..

p/s: Kerajaan negeri tolong tgk tanah teroka tepi bukit antara Pantai Kok ka Teriang..

13 comments:

  1. Penduduk mahu pampasan setimapal-bukit malut

    Sebenarnya isu penerokaan tanah kerajaaan oleh penduduk, bukan sahaja dibukit malut, bahkan banyak lagi kawasan dipulau langkawi telah lama terjadi.Apa yang mendukacitan, setengah kawasan telah diluluskan dan diberikan hak oleh kerajaan negeri dengan sokongan"recomendation" orang2 politik yang berpengaruh.Peneroka bukit malut agak malang sedikit, pada hemat saya , telah beberapa kali membuat permohonan dan janji manis dari pihak pejabat tanah dan forest, yang telah memberi mereka kebenaran untuk mengusahakan tanah tersebut sejak 25 tahun dahulu.Klu anaklangkawi tak tau asal usul cerita, jangan komen sembarangan, tolong buat penyelidikan dahulu.Pihak forest dan pejabat daerah, tidak memberi keputusan yang "concrete", muktamad, dan sebagai andaian pihak yang telah menoroka "masih berharap" mereka akan diberikan Geran. sehinggalah tanah mereka dicerobohi oleh pemaju beberapa hari lepas.pada hemat saya, pihak2 yang terlibat seperti pejabat tanah, sepatutnya memberi pembelaan kepada peneroka, kerana Kesalahan mereka memberi harapan kepada penereka.Jika tidak dapat memberi geran sepatutunya pihak pejabat tanah dan jabatan hutan telah mengusir mereka 25 tahun yang lalu.tolong, fikirkan keringat mereka yang telah lama mengusahakan tanah tersebut, supaya memperolehi balasan yang setimpal.pihak pejabat tanah dan jabatan hutan, mesti turut sama menggalas beban tersebut.

    P/S: Anaklangkawi, tlg jgan komen , klu tak tau faktanya.Pejabat tanah dan forest tolong hentikan segala penerokaan yang ada supaya perkara yang sama tidak akan terjadi 10 atau 20 tahun yang akan datang.Klu tak boleh teroka, stop terus, dan jangan beri apa2 harapan.

    ReplyDelete
  2. Tu dia... The Return of Kg Buah Pala in Langkawi. Ni semuanya berpunca dari KERAjaan umno dulu yg pejam mata bila hutan simpan kekal diceroboh sebab depa pun ada share sama. Macam depa ceroboh hutan area kg kubang badak area Ewa sana tu (betui ka nama tu, dok ingat). Teroka punya teroka, geran kluaq ataih nama org lain, S/U umno dan kerabatnya.

    Kalau berani sgt bawa pi mahkamah la & dptkan penghakiman. Lepaih tu tekan MB Kedah (mcm Guan Eng kena). Lepaih tu YAB Azizan minta bantuan KERAjaan pusat. Mcm tu laaa skrip dia.

    Dah tau tanah hutan simpan kekal, KERAjaan dulu pi bagi kat pemaju wat per. Ni semua kerja ahli politik anak langkawi la ni...

    Wow! DURIAN is just smelly.

    Kah kah kah...

    ReplyDelete
  3. salam en hashim..
    jika saudara ada fakta & apa2 yg boleh menyokong kenyataan saudara sila ketengahkan.. saya akan letak pada blog ini.. biar semua lihat..

    saudara cakap ada "permohonan dan janji manis dari pihak pejabat tanah dan forest" -- jika ada hitam putih sila kemukakan..

    pada saya simple ja.. tak kira sapa teroka tanah Hutan Simpan kekal tanpa kebenaran & tidak dapat kelulusan akan dikira meneroka secara haram.. walau apa jua alasan..

    p/s: jika benar apa yg dikatakan saya akan tarik balik apa yg dikomen saya & mintak maaf.. harap maklum..

    ReplyDelete
  4. Salam tanjung..

    Susah org politikkan semua benda.. mungkin dah takdk kerja lain kot..

    p/s: mcm tikus menari

    ReplyDelete
  5. salam

    Saya berpendapat, kenapa dibiarkan orang kampung meneroka dan bercucuk tanam sejak 25 tahun yang lepas.Tengok aje pokok semua dah lama2.Maksudnya dalam 25 tahun yang lepas ni, forest dan pejabat tanah tak buat kerja yg sepatutnya ditugaskan la.sebab tu, pada hemat saya ada kebenaran dari pihak2tertentu sebelum ini, sebab tu lepa tak kacau atau memang lepa tak buat kerja la.

    Pasal pampasan pula, anaklangkawi kata bagi betis nak paha memang tak betul.Pada pendapat saya memang tak logik, harga pampasan pokok RM 60, sedangkan pasaran RM 1500, jauh sangat bezanya.
    Disini saya cadangkan peneroka lawan di court, kerana ada akta pengambilan tanah yang mana tak kira tanah teroka ka, ada geran atau tak, ada akta dia yang mana boleh dapat keadilan dimahkamah.


    p/s:pasai apa nak bagi kat company luar, tapi org. kampung tak bagi, dah terbalik kuang.Anaklangkawi, juga kena tahu, tak semua benda mesti ada hitam putih, setengah benda very subjektif, macam kes ni la, 25 tahun tanpa ada pemantauan atau larangan untuk orang kampung meneroka.

    ReplyDelete
  6. Tu dia... Anak Langkawi ni skit-skit minta bukti la hitam putih la dan yg sekasta dengannya laaa. Sampai tak leh nak pikiaq sendiri ka atau malas nak usaha mencarinya.

    Hashim, bagi aku la kan kan kan,

    Pertama, dah berpuluh tahun Pej Tanah dan Jab Hutan pejam mata sebab ada back-up org politik. Entah2 kakitangan depa pun terlibat sama.

    Kedua, hawat yg pi bagi kat company luaq tanpa pengetahuan yg kawasan tu telah diterokai penduduk Langkawi. Ini berbalik kepada perkara pertama.

    Ketiga, memang menjadi trend skrg, teroka tanah kerajaan, kasi skit syer kat org politik, lepaih tu tunggu dekat2 pilihanraya kut2 dpt geran.

    Keempat, depa dah tau kawasan tertentu nak dimajukan, mereka ceroboh lepaih tu nganga mulut tunggu pampasan. Tak dapat kalo, org poliTAIK nanti pi kacau atau bawa pi mahkamah.

    Wow! EASY MONEY is just awesome.

    Kah kah kah...

    ReplyDelete
  7. Salam Hashim,

    Macamni la perumpamaan macam kita pi duduk rumah tinggal.. rumah tinggal tu pulak dok kat ulu sikit sbb tuan rumah dia dok bandar. lepaih 5 tahun tuan rumah tu balik @ dtg melawat terkezut sbb ada org dok rumah dia.. sama juga dalam kes ni..

    tapi atas dasar perikemanusiaan Kerajaan Negeri masih nak bayaq pampasan walaupun kira pada hemat tak bayaq langsung pun xpa..

    kalau dah kemelut tu susah sgt cek pun setuju pi bwk pi court.. Kalo takdak hitam putih pada saya bermaksud mcm beli kereta takdak geran,takdak road tax & tak insura.. mcm2 org boleh kata..

    ReplyDelete
  8. Kepada Org Tanjung.
    ~maleh nak komen org (asyik nak berpolitik siang malam..)

    p/s: pernah kecewa politik ka?

    ReplyDelete
  9. Aik? mengkali hawat yg maleh nak komen pulak nih.

    Katanya Langkawi cukup banyak kuat politik sampaikan TDM melawat sana pada 4hb lepaih pun MP hampa tak sambut dia. Yg ada hanyalah org yg sama saja ngan TDM dulu kini & selamanya.

    Dulu bukan main lagi sampai sesak di airport, aku nak ambil flight pun susah. Dasar kacang lupakan kulit.

    Tu kita poliTAIK ler jugak.

    Wow! BUATAN GOMBAK is just awesome.

    Kah kah kah...

    ReplyDelete
  10. Hi anaklangkawi

    Cakap macam org. tak tau nak banding yang mana betul , yang mana salah.Klu sokong kerajaan pun, pakai la akal sikit.Sapa suruh pejabat tanah dan forest agency tak buat kerja.Mana boleh tak bagi pampasan macam hang kata, dalam undang2 pengambilan tanah memang ada akta dia. Klu sikit ilmu, tak payah nak komen lebih2.Sebab tu la langkawi, jadi kurang maju, sebab orang yang jadi pemimpin seperti anaklangkawi la.Sokong tak hentu hala.Memang elok peneroka pergi court , memang dah ada akta pengambilan tanah.Klu ada masa, hang pi tanya ngan mana2peguam yang ada kat langkawi.Aku dah tanya peguam yang ada Kat KL ni.

    ReplyDelete
  11. Org tanjung.
    :) TDM mai Langkawi boleh dikata tiap-tiap bulan mai. Maklumlah ada business yg tgh kat Langkawi iaitu bakery & projek tanaman buah Tun.

    takkan tak sambut jadikan isu pulak.. tak habih2 dok isu politik..

    En Hashim,
    Sokong kerajaan? kerajaan yg mana satu tu? dlm kes ni arahan dikeluarkan oleh Kerajaan negeri bukan... jadi kita sokonglah kerajaan negeri..
    Kalo saudara dah pandai sgt bagi la bukti & sekalikan undang2 pengambilan tanah.. memangla kena bagi pampasan..

    tapi bila dapat pun taknak syukur lagi.. tapi adaka dalam akta tu harga sebatang pokok berapa duit nak kena bayaq.. Saya dah bagitau awai jgn dok politikkn benda ni..

    akta pengambilan tanah mmg ada.. tapi tak silap saya takdak sebut pasai harga sepokok berapa.. En. Hashim saya cadangkan utk carikan peguam utk org2 kampung.. mana tau boleh menang.. dapat teruih tanah tu.. Dapatlah en.Hashim jadi calon.. hehehe

    p/s: maleh org suka politikkan benda.. tak pasai2 kata yg kita sokong sapa2 .. cek sokong sapa2 yg pemerintah .. Negeri ~ PAS, Pusat ~ BN.. mana salah kita teguq..

    ReplyDelete
  12. anaklangkawi

    hang jgn. lupa , kelulusan ini oleh kerajaan negeri yang sebelum ni. aku rasa, projek ni mesti dah rancang lama dah.hang jgn. lupa, masa tanam padi atas bumbung pun hang sokong,hampa semua sokong 100%.Aku masa sanusi tanam padi atas bumbung depan pelangi, masih kat Universiti, teruk kena belasah dengan orang2 negeri lain, lepa kata dah tak dak tanah ka?.Tak tau la, hang kat mana, klu kat pulau tuba atau bagan nyior mesti tak kisah, pasai lepa pun sokong.
    tak pa la, kita tengok aje action org. kampung, aku harap sampai ke court la.

    p/s: aku tak dak kepentingan, tapi aku malas nak sokong membuta tuli.

    ReplyDelete
  13. hi semua

    aku tengok, macam ada dua ideologi, satu kerajaan semua betuii.pikir la sikit, langkawi tu apa yg. maju sangat , banggaram dan gobi aje yang kaya raya, melayu macam aku kat kuala kedah juga.aku setuju juga, ngan cik hashim kita, pasai apa nak bagi kat pemaju, bagi org. kampung la.kes kerpan nak ulang balik ka?.Sapa yang dok nak pekena orang kg. aje ni.Aku sikit pun tak bangga dengan pimpinan melayu(yang merintah dulu la) kat kedah, pasai lepa pentingkan perut lepa aje.

    p/s: aku ingat hashim dan anak langkawi buat debat, aku jadi macam dr. agus dalm hujah.Mat tanjung, hang ni org. mana?

    ReplyDelete