Pages

Thursday, September 10, 2009

Keluarga pesakit barah dapat bantuan

KEDAWANG - Selepas tersiar kisah sedih keluarga pesakit barah hati tahap dua, Shafie Mustaffa dari Kampung Bohor Tempoyak, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tampil membantu keluarga itu. Penderitaan mereka sekeluarga berkurangan apabila JKM yang diketuai oleh pegawainya Che Ahmad Che Noor bersama tiga kakitangan meluluskan bantuan segera RM300 untuk perbelanjaan anaknya.

Che Ahmad Che Noor berkata, bantuan itu adalah kategori Bantuan Kanak-kanak (BKK), sebanyak RM100 bagi setiap anaknya. “Kami meluluskan bantuan kewangan kepada tiga anaknya dan pembayaran akan dilakukan pada 15 September ini. “Mereka akan diberi bantuan setiap bulan hingga keadaan keluarga ini pulih dan mampu serta mempunyai sumber pendapatan tetap,” katanya ketika ditemui di Kampung Bohor Tempoyak, Kedawang.

Che Ahmad berkata, mengikut rujukan, keluarga itu sememangnya layak menerima bantuan dan mereka memohon pada Julai lalu, namun apabila dihubungi semula oleh pihak JKM, Shafie sekeluarga gagal ditemui. Bagi Shafie pula, kedatangan JKM bersama media memberikan semangat untuk melawan penyakit dideritai dan kekuatan kepada anak sulungnya Mohd Saiful Asyraf yang sedang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Sekolah Kebangsaan Temoyong.

“Saya sekeluarga mendapat banyak panggilan, dan sokongan moral daripada seluruh rakyat Malaysia malah ramai juga menawarkan penyembuh,” katanya. Namun katanya, bagi yang menjual produk perubatan, dia terpaksa menolak kerana atas nasihat doktor dia tidak dibenarkan mengambil ubat lain. “Saya berasa ini rahmat Ramadan, ramai insan prihatin tampil memberikan sumbangan berupa keperluan dan terdapat juga beberapa badan bukan kerajaan (NGO) berhasrat membawa anak membeli pakaian untuk Syawal.

“Saya berasa terharu dengan kehadiran mereka tampil membantu kami sekeluarga, pihak hotel tempat saya bekerja juga masih menghulurkan bantuan,” katanya. Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam, hotel The Westin Spa & Resot, Norhayati Mohammad, berkata, maklumat mengenai Shafie tersebar luas di laman web, malah mereka turut memberikan kata-kata semangat dan menawarkan diri untuk membantu.

Sinar Harian 9/9/9

Anaklangkawi :-
Kadang2 masuk paper baru ada tindakan. Tapi tak boleh nak salahkan JKM @ lain2.. sbb yg patutnya JKKKP & Ketua Kampung negeri buat la kerja sikit.. Mana ada masalah rakyat tak kira parti bagi la laporan supaya dapat pembelaan.

No comments:

Post a Comment