Pages

Saturday, September 19, 2009

Penduduk Pulau Tuba tidak dipinggir ~ ASAL & Parlimen

PULAU TUBA - Walaupun kelembapan pembangunan berlaku di Pulau Tuba namun nasib penduduk di pulau itu yang berjumlah kira-kira 3,000 tidak sesekali dipinggirkan.

Jika di Pulau Langkawi, penduduknya mendapat bantuan keperluan Aidilfitri seperti beras dan duit raya daripada wakil rakyat, perkara yang sama juga turut berlaku di Pulau Tuba.

Dalam berkongsi kegembiraan, Ahli Parlimen kawasan itu, Datuk Paduka Abu Bakar Taib menyampaikan sumbangan yang sama kepada 30 orang penduduk terpilih.

Menurutnya, enam cawangan di Pulau Tuba dengan lima orang di setiap cawangan itu menerima sumbangan atas dasar pilihan Jawatankuasa Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP).

“Sumbangan ini diberikan di bawah Yayasan Amanah Saham Anak Langkawi (ASAL) yang ditubuhkan sejak 17 tahun lalu.

“ASAL kini menjalankan kegiatan menjual rempah ratus, minyak masak dan terlibat dalam penjualan petroleum,” katanya.

Abu Bakar berkata, idea penubuhan ini adalah datangnya dari beliau sendiri dalam menjaga kebajikan penduduk Langkawi.

Menurutnya, peminjam yang telah meminjam duit dari ASAL diharap dapat membayarnya semula bagi memberi peluang kepada ahli lain untuk menjalankan perniagaan.

Pada majlis sumbangan itu, seorang ibu tunggal Che Ropian Musa, 57, dari Kampung Tengah berkata, pemberian sumbangan ini meredakan usahanya untuk membuat persiapan raya.

Dia yang juga Pengerusi Ibu Tunggal di pulau itu berkata, pemberian ini adalah sebagai tanda penghargaan wakil rakyat terhadap warga ibu tunggal dan golongan daif di pulau ini.

“Masih terdapat ramai keluarga daif di Pulau Tuba, mereka semua perlukan perhatian dalam menjana ekonomi bagi menanggung kehidupan seharian.

“Cuma peluang itu agak lembab untuk diberikan, namun penduduk di pulau ini menjalankan pelbagai aktiviti usahawan seperti homestay, penternakan kambing, lembu dan ayam kampung secara kecil-kecilan,” katanya

SInar Harian 18/9/09

Anaklangkawi :-
Org2 pulau Tuba mmg byk yg susah. Al-maklumlah jauh sikit dr pulau besaq. Jadi pihak2 tourism tak kira pusat @ negeri bagila idea sikit utk majukan area tu sbg pulau homestay dll..

No comments:

Post a Comment