LANGKAWI: “Hari raya tahun ini berbeza daripada tahun lalu kerana saya tidak mampu membuat persiapan akibat saya sakit manakala isteri tidak bekerja. Tiga anak pula masih kecil,” kata pesakit kanser hati, Shafie Mustafa. Shafie, 33, yang juga kakitangan Westin Langkawi Resort & Spa di sini, kini bergantung hidup kepada wang simpanannya selepas disahkan menghidap kanser hati awal tahun lalu, sekali gus hilang punca pendapatan keluarga.
Bapa kepada tiga anak itu kini mendapat rawatan di Pusat Perubatan Kedah (KMC) di Alor Star selain menangung beban kewangan membiayai persekolahan anak dan perbelanjaan berulang-alik ke tanah besar untuk rawatan.Shafie berkata, kehidupannya kian tertekan memikirkan dia tidak berkemampuan mendapat wang untuk persiapan Aidilfitri kerana tidak lagi bekerja manakala isterinya, Mazni Ismail, 27, suri rumah sepenuh masa.
Katanya, sejak berhenti kerja awal tahun lalu dia terpaksa menggunakan wang simpanan untuk menyara keluarga termasuk tiga anaknya Mohd Saiful Ashraf, 12, Mohd Sharil Elias, 11, dan Mohd Sharil Aiman, berusia empat tahun.
“Saya bernasib baik kerana majikan amat prihatin dan sudi membiayai keseluruhan perbelanjaan pembedahan kali pertama berjumlah RM33,000 serta pembedahan kedua beberapa bulan kemudian RM12,000.“Malah, sehingga sekarang saya terpaksa mengambil pil setiap hari dengan kosnya mencecah RM700 sebulan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bohor Tempoyak di sini, semalam.
Shafie berkata, dia dan keluarganya sedar Aidilfitri kali ini berbeza daripada sebelumnya berikutan kansernya tahap ketiga memerlukan perhatian setiap masa.“Ada ketikanya kesakitan ditanggung memuncak dan pada waktu itu badan saya akan menggigil seperti orang kesejukan manakala fikiran pula berkecamuk sehingga memerlukan menelan pil penenang diberikan doktor.
“Menjelang Aidilfitri tidak lama lagi, saya selalu memikirkan persiapan untuk tiga anak. Bagi saya mereka perlu menikmati keseronokan seperti kanak-kanak lain. Malangnya saya tidak mampu bekerja,” katanya.Sehubungan itu, Shafie mengharapkan orang ramai dapat membantunya meringankan bebanan keluarganya menjelang Aidilfitri tidak lama lagi dengan menghubungi Shafie di talian 017-5020569.
Harian Metro 5/9/09
Anaklangkawi :-
Sapa2 pi la jenguk depa ni. Pastikan kalau layak dapat bantuan JKM.
3.5meter waves? Ini sudah bagus utk wind surfing but not para-sailing nooo... Jet-skiing with 750cc and above seem okey lor tapi bawah pada tu, tok sah dok gatai cuba.
ReplyDeleteAs time goes by, campoq dgn silence war antara MATTA, Teksi, JPJ dll pihak berkenaan, Langkawi will drop and drop and drop. Mark my word!
If flight connectivity from KLIA/LCCT to Sabah or S'wak improve with better timing and frequency, aku rasa last2 Langkawi ni tenggelam. Airport KK pun dah diperbesarkan mambawa maksud depa anticipate byk direct flight akan masuk sana compare to Langkawi.
Wow! BALI, PHUKET are just expensive compare to Maldives but "adik" Phuket is awesome.
Kah kah kah...
well. wait for next year event for asia sailing competition..
ReplyDelete