Pages

Tuesday, October 20, 2009

Jambatan Langkawi: Setuju Tun M ~ Bantah Cadangan Ketua Bahagian UMNO

SAYA sebagai kakitangan kerajaan yang bertugas di Langkawi dapat memahami keengganan mantan Perdana Menteri menyokong cadangan pembinaan jambatan ke tanah besar kerana bakal menimbulkan kesesakan dan menjadikan pulau ini hilang nilai eksklusifnya.

Kos pembinaan jambatan yang tinggi juga kurang berbaloi dengan pulangan yang bakal didapati daripada kutipan tol semata-mata.

Sektor perhotelan juga mungkin mengalami kerugian dengan pengunjung yang balik hari dan masalah penyeludupan akan terus meningkat dengan wujudnya laluan baru. Perniagaan kereta sewa juga bakal berkubur kerana majoriti akan melancong dengan memandu kereta sendiri.

Bagaimanapun penjawat awam yang ditempatkan di pulau itu dan berada jauh daripada keluarga dan berulang-alik saban minggu menggunakan feri harus dibantu dengan memberi elaun khas iaitu Elaun Seberang Laut bagi meringankan beban kos perjalanan yang ditanggung mereka.
Kalau kerajaan tidak mampu bina jambatan konkrit cukuplah dengan imbuhan itu yang akan menjadi jambatan penghubung dengan keluarga tersayang di tanah besar.

Utusan

Anaklangkawi :- Point yg jelas.. Kalau tak paham lagi tak tau nak cakap apa..

No comments:

Post a Comment