PADANG MATSIRAT - Jawatan kuasa induk Pameran Antarabangsa Udara dan Maritim Langkawi 09 (Lima 09) yakin sesi latihan pra Lima 09 yang bermula semalam hingga 29 Oktober berjalan lancar tanpa mengakibatkan sebarang tragedi malang seperti dua tahun lalu. Mengambil iktibar pada sesi latihan Lima 07 yang mengakibatkan kematian pada dua penerjun udara ketika itu, jawatan kuasa tersebut mengadakan latihan Sarex bagi persiapan mengendalikan misi mencari dan menyelamat (Sar) dengan sistematik.
Ketua Pengarah Operasi latihan, Brigedier Jeneral Datuk Ansar Ali Majeth berkata, tujuan latihan ini bagi menguji keberkesanan agensi Sar yang akan terlibat dan juga keberkesanan prosedur koordinasinya semasa sebagai persediaan Lima 09 nanti. Menurutnya, sebanyak 20 agensi terlibat pada latihan itu. Antaranya ialah Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Polis Gerakan Marin, Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan lain-lain.
“Kami melaksanakan dua latihan iaitu di laut dan darat bersama Pusat Kawalan Trafik Udara sebagai penyumbang maklumat. “Pada sesi latihan ini dua buah pesawat digunakan iaitu Nuri SK61 dan MI-17 dari bomba dan penyelamat,” katanya ketika sidang media di Dewan Antarabangsa Mahsuri Langkawi, Padang Matsirat Ansar berkata, seramai 300 anggota pelbagai agensi terlibat dalam latihan Sar. Menurutnya, latihan itu mengambil kira kecekapan dan ketetapan masa sekiranya kejadian sebenar berlaku ketika Lima09 yang akan berlangsung bermula 1 hingga 5 Disember ini.
“Latihan Sar amat penting dalam menghadapi sebarang situasi cemas atau kemalangan kerana segalanya melibatkan keupayaan negara dalam memberikan tindakan segera sekiranya berlaku kemalangan,” katanya. Sementara itu, Pengarah Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur, M Balasundram berkata, latihan ini menunjukkan situasi cemas di udara dengan melibatkan dua pesawat penumpang mengalami kemalangan.
Sinar harian
Anaklangkawi :-
Elokla. Nanti jenuh Menteri Pertahanan nak jawab.
Aku harap tiada berlaku kemalangan sbb kalau berlaku masa LIMA, gerenti akan ramai yg gelabah bewak. Kenapa???
ReplyDeleteYang datang latihan adalah orang lain tapi yang hadir bertugas masa LIMA adalah org lain pulak.
Tak caya? Gi tanya mereka yg terlibat ngan latihan adakah mereka akan datang time LIMA nanti. Mesti ada yg menjawap tak tentu lagi.
Bukan aku tak pernah terlibat ngan LIMA ni, tau sesangat dah.
Yaka..
ReplyDeletekalau betul tu masalah ni..
takpa kita doakan takdak apa2 yg bakal berlaku..
insyallah