Pages

Wednesday, October 7, 2009

Mangsa kebakaran bakal terima rumah baru ~ Kedawang

KEDAWANG - Biarpun terpaksa berteduh di bawah kolong, namun nasib lima beranak yang menjadi mangsa kebakaran itu bakal berubah tidak lama lagi apabila rumah baru mereka bakal siap penghujung bulan ini. Enam beranak itu adalah mangsa kebakaran Julai lalu yang mendapat bantuan daripada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda). Mangsa Zain Ismail, 74, tinggal di kolong usang itu bersama isterinya Che Bashah Ali, 51, serta cucu kembarnya Mohd Irfan dan Mohd Izan, 6, Mohd Izuddin, 9.

Namun, alah bisa tegal biasa, rumah baru yang didirikan Keda kini dalam proses persiapan akhir dengan hanya tinggal untuk membina longkang dan penyambungan elektrik. Menurutnya, selepas kejadian itu ramai yang menghulurkan bantuan dan sumbangan peribadi termasuk JKM yang memberi bantuan bulanan kepada cucunya yang kehilangan ibu mereka.

“Saya berasa sedih rumah kayu berusia puluhan tahun itu akhirnya musnah terbakar, kami tinggal sehelai sepinggang ketika kejadian dan kini kami bakal dapat rumah baru. “Apa yang penting sekarang ini adalah tempat perlindungan buat cucu kami, mereka bijak dalam pelajaran dan inilah dugaan terbesar buat mereka ketika kecil,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Lembu, Kedawang.

Zain berkata, kini dia menghidapi angin ahmar dan pergerakannya terbatas tetapi demi memberikan keselesaan kepada cucunya dia gagahi membantu menyiapkan rumah tersebut bersama kontraktor. Menurutnya, perbelanjaan harian mencukupi walaupun ala kadar memandangkan anak sulungnya masih memberikan wang perbelanjaan.

“Walaupun hasrat untuk berhari raya di rumah baru tidak tercapai tetapi kami sekeluarga tetap reda menanti rumah bantuan ini untuk disiapkan,” katanya. Beliau berkata, pada hari raya lalu mereka sekeluarga meraikannya dengan cara sederhana di bawah kolong tersebut. “Ada juga jiran dan sahabat serta keluarga yang datang melawat kami dan kemeriahan itu masih terasa.

“Ternyata kerajaan prihatin dengan nasib kami dan bantuan diberikan dengan segera oleh mereka selepas kejadian itu,” katanya.

Sinar Harian 7/10/09

Anaklangkawi :-
Alhamdulillah. Moga lebih byk permasalah rakyat diketengahkan oleh Media seperti Sinar Harian. Sekurang2nya adala pihak berwajib & mereka yg bersimpati akan lihat utk menolong. Insyallah.

No comments:

Post a Comment