LANGKAWI, 29 Okt (Bernama) -- Kejohanan Tomoi Sedunia merupakan antara tiga acara sampingan yang menarik menjelang Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA'09) tahun ini. Tiga acara sampingan itu, dengan dua lagi acara adalah Pertandingan Futsal Kebangsaan sirkit pertama dan Ekspo Barangan Malaysia, dianjurkan oleh syarikat GA Group Management & Consultant Sdn Bhd (GA Group) di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), iaitu dewan utama pameran LIMA.
Pengarah Eksekutif GA Group Azman Ahmad berkata kejohanan tomoi sedunia yang disertai 30 negara diadakan pada 13 dan 14 Nov manakala Pertandingan Futsal Kebangsaan yang disertai oleh 32 pasukan pada 14 dan 15 Nov, dan Ekspo Barangan Malaysia mulai 29 hingga 10 Dis. Azman berkata persiapan penganjuran LIMA'09 termasuk penyediaan gerai di luar dewan sedang giat dijalankan dan orang ramai berpeluang untuk menyaksikan acara-acara sampingan itu di dewan berkenaan sebelum pameran LIMA bermula.
Katanya Ekspo Barangan Malaysia yang dianjurkan itu akan disertai oleh kira-kira 100 usahawan tempatan."Ekspo ini menjadi tempat sesuai untuk mempromosi barangan keluaran tempatan ke peringkat antarabangsa sempena LIMA'09 yang bermula 1 hingga 5 Dis ini," katanya.
Bernama
No comments:
Post a Comment