Pages

Wednesday, November 11, 2009

Buntu 6 tahun mohon rumah bantuan ~ anak2 pi la jenguk

KUAH - Seorang ibu tunggal buntu selepas permohonan untuk mendapatkan rumah kos rendah sejak enam tahun lalu sehingga kini gagal diperoleh. Permohonan itu dibuat sejak dia bergelar isteri sehinggalah kematian suaminya akibat menderita selepas kemalangan lima tahun lalu. Kehidupan Che Narimah Mohd Kamil, 59, yang kini menyewa di taman perumahan awam di Taman Mawar kian perit apabila dia mengalami masalah kesihatan.

Menurutnya, permohonan untuk mendapatkan rumah dilakukan bersama arwah suaminya Manshor Man yang ketika itu bertongkat. “Saya memimpin tangan suami menaiki feri untuk ke Alor Setar bagi memohon perumahan rakyat, ketika itu arwah bertongkat sehinggalah pergelangan bahunya membengkak. “Dua tahun arwah menderita kerana kerap bertongkat dan akhirnya doktor mengesahkan arwah mengalami saluran darah tersumbat lalu meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di rumahnya.

Che Narimah berkata, kini dia pula menderita dengan penyakit darah tinggi, sakit jantung dan diabetes. Menurutnya, penyakit diabetesnya bertambah kritikal apabila turut mengalami tekanan hidup malah terpaksa bekerja untuk menampung pembiayaan rumah sewanya itu. Menurutnya, permohonan rumah dibuat pertama kali pada Ogos 2003 selepas ditolak, dia diminta membuat rayuan. Kemudian rayuan dibuat pada Ogos 2009.

“Apabila kami hubungi pihak terbabit, mereka minta kami bersabar dan menunggu, sehingga kini masih tiada jawapan. “Kini, saya menyewa hampir 15 tahun di Padang Lalang, Kuah dan kini saya menyewa pula di Taman Mawar,” katanya. Menurutnya, dahulu kadar sewa hanya RM180 sebulan kini tuan rumah berganti dan mereka meletakkan sewa sebanyak RM230 sebulan. Che Narimah yang tidak mempunyai pendapatan tetap terpaksa melakukan semua pekerjaan seperti mengasuh kanak-kanak, pembantu rumah harian dan memasak jika diperlukan.

Sementara itu, anaknya Norhidayah Manshor, 20, berkata, permohonan mendapatkan rumah dilakukan berulang kali, namun jawapan diterima mengecewakan. Norhidayah yang bekerja sebagai pembantu kedai kini membantu ibunya menanggung keperluan rumah setakat mampu.

“Kami mempunyai tujuh beradik dan seorang meninggal dunia, hubungan dengan kakak masih baik namun dengan yang lain terputus hubungan atas masalah keluarga. “Adik bongsu yang masih bersekolah di tingkatan tiga, Nurul Ismadi terpaksa meminjam buku dari rakan ketika hendak menduduki Penilaian Menegah Rendah (PMR),” katanya.

Menurutnya, adiknya itu tidak mendapat bantuan buku teks percuma namun semangat untuk menduduki peperiksaan masih menebal. “Adik pernah berkata, dia akan berusaha bersungguh-sungguh untuk membela nasib ibunya yang umpama sampan tidak bertuan,” katanya. Setakat ini, keluarga Che Narimah tidak mendapat santuan mana-mana pihak termasuk pembelaan dari Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, wakil rakyat atau jabatan berkaitan. Sinar Harian

Anaklangkawi :-
Cek sedih bila melihat berita ni. Tapi lebih sedih sebab keluarga ni ada 7 adik beradik. Seorg meninggal. Jadi sedih bila tgk 'mak depa' terpaksa mintak bantuan utk rumah sedangkan anak2 yg dah besaq panjang. Apa salahnya anak2 bagi bantuan pada mak yg susah payah besaqkan hangpa sampai besaq.
Bukan kita nak nafikan permintaan rumah bantuan. Tapi pada cek ini bukanlah masanya mak depa ni tinggal seorg diri bilamana semua tahu yg beliau mempunyai byk masalah /penyakit.

p/s: Jagalah ibu bapa kita seboleh mungkin.

No comments:

Post a Comment