Pages

Friday, November 20, 2009

Jangan ceroboh Taman Laut Pulau Payar

LANGKAWI, 17 Nov (Bernama) -- Jabatan Taman Laut mengingatkan nelayan dan orang ramai, supaya tidak menceroboh Taman Laut Pulau Payar, dengan melakukan aktiviti memancing atau memukat ikan kerana ia boleh merosakan terumbu karang. Pengarah Jabatan Taman Laut Kedah Hamid Hassan berkata tindakan tegas dan penguatkuasaan akan dijalankan dengan lebih giat bagi memastikan taman itu terpelihara.

"Sebanyak 15 kes tangkapan dibuat sepanjang tahun ini kerana pelbagai kesalahan termasuk memukat dan memancing di kawasan larangan kira-kira dua batu nautika dari pantai Pulau Payar," katanya di sini pada Selasa. Beliau berkata jumlah tangkapan itu meningkat jika dibandingkan dengan tahun lepas iaitu hanya tujuh kes direkod. Taman laut Pulau Payar menjadi tarikan pelancong kerana setiap tahun lebih 80,000 orang berkunjung ke pulau itu, dan daripada jumlah itu, 60 peratus adalah pelancong asing, katanya.

-- BERNAMA

Anaklangkawi :-
Cek cadangkan Jabatan Taman laut buatla program utk nelayan bagitau apa impak kepada jumlah ikan jika Taman Laut dicerobohi.

No comments:

Post a Comment