KUAH - Kehadiran petugas penguat kuasa Majlis Perbandaran Langkawi (MPL) menjalankan tugas sekitar pulau ini dengan menggunakan motosikal berkuasa tinggi berupaya memperkasa tugasan penguatkuasaan setiap hari. Yang Dipertua MPL, Abdul Aziz Abdul Ghani berkata, sebanyak empat buah motosikal berkuasa tinggi akan digunakan sepanjang tugas penguatkuasaan dilakukan. Menurutnya, motosikal itu digunakan untuk rondaan bahagian penguatkuasaan sekitar pulau ini dengan masih mengekalkan motosikal sedia ada.
“Perjalanan petugas akan lebih lancar dan cepat selain keselamatan lebih terjamin selain dapat meningkatkan imej petugas penguatkuasaan. “Tugasan penguatkuasaan juga dapat dijalankan secara menyeluruh dan kawasannya juga akan diperluaskan,” katanya ketika Majlis Pelancaran di pekarangan Pejabat MPL di Kuah. Turut hadir pada majlis itu, Ketua Jabatan Undang-undang MPL, Hassan Mat Saman dan Ahli Majlis MPL. Abdul Aziz berkata, jumlah motosikal akan ditambah selepas melihat keberkesanan dan peringkat permulaan penggunaan motor berkuasa tinggi ini.
Menurutnya, aspek yang ditekankan adalah kelancaran penguatkuasaan selain meningkatkan rondaan MPL dalam menguatkuasakan undang-undang. Peniaga, Ishak Mutalib, 47, berkata, dengan kehadiran unit MPL bersama motor berkuasa tinggi ini, masyarakat akan lebih mengetahui kehadiran mereka ketika membuat rondaan terutama memastikan bayaran letak kereta dilakukan. Dia berkata, rondaan akan lebih kerap dilakukan terhadap bidang kuasa MPL yang selama ini dianggap sunyi dan kurang menonjol.
“Sepatutnya mereka telah menggunakan motor ini sejak beberapa tahun lalu, banyak bidang kuasa MPL yang terlepas pandang dalam menguatkuasakan undang-undang. “Terutamanya penguatkuasaan pembayaran letak kereta, ada beberapa pengguna tidak meletakkan kupon letak kereta tetapi mereka tidak dikenakan tindakan, terutama kawasan sekitar Pandak Mayah dan Langkawi Fair,” katanya. Dia berharap dengan penggunaan motor berkuasa tinggi ini, rondaan akan kerap dilakukan di kawasan yang lebih jauh dari Pejabat MPL.
Anaklangkawi :-
Pelik sungguh. Langkawi yg sekangkang kera pun nak pakai motor kuasa tinggi. Belum sempat laju sikit dah sampai. Al-maklumlah kawasan parking bermeter @ yg dikenakan bayaran hanyalah di kawasan Kuah sahaja. Cek tak nampak releven kenapa MPL nak kena ada motor kuasa besar. Buat perabih minyak lagi adalah.
Kalau utk pemantauan cek setuju. Bukan utk penguatkuasaan. Maksud pemantauan adalah spot check di sekitar langkawi. Bukan utk check org bayaq parking ke idak..
p/s: Harga saman lebih murah dr harga minyak motor.
Pelaksanaan tugas majlis untuk BERKHIDMAT kepada pembayar cukai tu yg lebih mustahak. Tgk di taman perumahan, kawasan bandar kotor sangat, rumput dan pokok2 kt taman dah meninggi....
ReplyDeleteMasa aku ada keja di Langkawi, meronda di Kuah, ternampaklah motosikal yg dikatakan tu.
ReplyDeleteAda kat kedai motor sebelah CIMB cuma tak ingat nama kedai tu.
Bukannya berkuasa tinggi mana pun... tak silap aku 250cc ajer, ala-ala chopper siap ada lampu beacon lagi tu...
Kalau macam polis trafik tu, baru betui berkuasa tinggi.
Kwang kwangg kwanggg!!!...
Itula. Berita ni kelabu sikit.. yg berkuasa tinggi yg mcmana.. kalo yg mcm org tanjung cakap kira okla kot.
ReplyDeletetapi apa2 pun betul mcm sahabat kita ckp.. kalau benda2 yg basic pun tak settle jgnla dok bazir duit beli motor kuasa tinggi