Pages

Monday, November 16, 2009

Peruntukan Geopark Langkawi ~ Soalan di Parlimen

Dato' Abu Bakar Taib minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-

Soalan MP Langkawi :-

a- Berapakah peruntukan yg diberi oleh Kerajaan utk memajukan status Geopark di Langkawi.

Jawapan :- Peruntukan yg telah disediakan oleh Kerajaan Persekutuan di bawah Peruntukan Khas, Kementerian Kewangan bagi membangunkan Geoprak Langkawi sehingga mendapat status "UNESCO Global Geoparks Network" adalah berjumlah Rm 16.93juta.

Soalan MP Langkawi :-

b- Berapa peratus yg digunakan mengikut pecahan seperti promosi, infrastruktur, operasi & lain2. Sejauh manakah keberkesanan peratusan kedatangan pelancongan berikutan pemberian status Geopark.

Jawapan :-

i- Sebanyak 91.3% iaitu RM 15,452,472 diperuntukan utk pembinaan infrastuktur seperti jeti2 pendaratan di pulau2, wakaf & juga jambatan yg menghubungkan Pulau Tuba & Pulau Dayang Bunting. Sbyk RM 1,478,150 @ 8.7% disediakan bagi aktiviti promosi yg melibatkan pemasangan papan tanda & panel penerangan di seluruh Langkawi.

ii- Statistik kedatangan pelancong ke Langkawi pada tahun 2006 adalah sebyk 2.11 juta & pada tahun 2007 (tahun pengiktirafan GEOPARK), jumlah kedatangan pelancong adalah sbyk 2.33 juta iaitu penambahan sbyk 10.53%. Statistik kedatangan pelancong ke Langkawi mengikut tahun & kategori pelancong adalah seperti berikut :-

iii- Bagaimanapun kesan ketara pemberian status geopark kepada Langkawi adalah bilangan kedatangan pelancong ke Kilim Geopark yg merupakan salah satu kawasan utama geopark yg telah menunjukkn peningkatan pada tahun 2007 & 2008 seperti berikut :-

No comments:

Post a Comment