Pages

Sunday, January 10, 2010

Pasangan warga emas perlukan bantuan ~ Kelibang

KUAH - Suami isteri warga emas meniti usia dalam keadaan daif dan serba kekurangan malah kepayahan itu bertambah dengan mempunyai anak kurang waras. Bahari Ibrahim, 81, dan isterinya Rokiah Abu Seman, 73, menginap di rumah usang di Kampung Seberang, Kelibang. Bahari berkata, anak perempuannya Suriwati, 35, mengalami tekanan perasaan sehingga menyebabkan dia kurang waras beberapa tahun lalu.

“Suriwati akan buat perangai sekiranya apa yang ingin dilakukannya dihalang, perangainya kini seperti kanak-kanak berusia 12 tahun yang sering memberontak. “Kami sekeluarga menginap di rumah ini lebih dari 20 tahun, keadaan bumbung bocor dan lantai rosak menyebabkan kami hidup dalam ketakutan terutama musim hujan. Dia berkata, jika hujan lebat keadaan lantai akan basah dan pernah beberapa kali dia hampir tergelincir. Menurutnya, bagi menampung kehidupan dia menjual barang runcit dalam kuantiti kurang dari 10 setiap satunya sekadar membeli keperluan makanan.

“Kami berhasrat untuk tinggal di tempat yang selesa sebelum kami tiada, supaya keadaan anak kami ini terjamin. “Saya merayu sekiranya ada pihak yang sudi memberi bantuan baik pulih supaya rumah ini selesa untuk kami berteduh,” katanya. Rokiah berkata, nasib anaknya itu dapat perhatian dan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setiap bulan. Menurutnya, elaun yang diberikan oleh JKM itu digunakan untuk membeli keperluan peribadi Suriwati dan keperluan harian. “Makan dan minum kami ikut sekadar mampu, asalkan beralas perut sudah mencukupi,” katanya.

SinarHarian

Anaklangkawi :-
Sapa2 tolong pi jenguk.. Baik org PAS, PKR @ UMNO. Tgk mana boleh tolong.. Dari segi apa? JKM dah bagi bantuan.. Tapi mungkin tak cukup.. Pi la perbaik rumah warga emas dua org ni..

p/s: anak sorang ja-ka pasangan ni?

No comments:

Post a Comment