LANGKAWI, 26 Jan (Bernama) -- Walaupun usia telah menjangkau 69 tahun, Osman Saad dari Kampung Ewa, Ayer Hangat di sini masih sanggup lagi meredah Bukit Sawak untuk mencari daun kertam bagi dijadikan atap rumah atau chalet yang banyak terdapat di pulau ini."Atap dari daun kertam masih mendapat permintaan pelanggan. Pelanggan gemar atap jenis ini kerana ia menjadikan suasana dalam rumah lebih nyaman dan sejuk berbanding atap nipah, daun kelapa apatah lagi atap zink," katanya.Pokok kertam adalah seakan-akan pokok rotan.Osman berkata pelanggannya turut terdiri daripada pengusaha chalet dan padang golf yang mahu chalet dan tempat mereka mempunyai atap daun kertam.
"Setiap satu kaki atap kertam saya kenakan harga RM10 dan setiap hari saya boleh menyiapkan kira-kira 10 kaki (lebih 3 meter) atap kertam," katanya.Beliau berkata sebelum dijadikan atap, daun kertam akan dijemur dan dibersih terlebih dahulu sebelum diikat mengunakan tali rotan mengikut saiz yang ditempah."Namun kerja-kerja buat atap ini bukan ada setiap hari sebab bergantung tempahan dari pelanggan," katanya yang turut dibantu seorang rakannya.
-- BERNAMA
Anaklangkawi :- Sapa2 nak buat bisnes boleh kembangkan produk masing2 dgn menjadi agen kepada pakcik ni.. Bernama patutla bagi nombor telefom pakcik Osman ni senang sikit nak hubungi.
Orang rajin selalu mencari jalan... orang malas sentiasa mencipta alasan, tahniah pada pak cik... cuma saya tak berapa kenai atap kertam sebab selalu saya sebut atap bertam???
ReplyDelete:)
ReplyDeletenak seribu daya.. apa beza atap kertam dgn atam bertam?