KUAH - Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Pembangunan Masyarakat Negeri, S Manikumar yang membuat lawatan mengejut ke Taman Laut Pulau Payar kesal dengan persekitaran pulau itu yang tercemar teruk. Tinjauannya kira-kira tiga jam itu mengenal pasti beberapa masalah utama perlu diberikan perhatian serius oleh pihak bertanggungjawab mengendalikan pulau itu. Menurutnya, masalah paling ketara adalah longgokan sampah dibakar tanpa had, kehadiran bot pelancong tanpa had dan beberapa kemudahan asas rosak serta terabai.
“Kami mendapati terlalu banyak botol mineral, sampah seperti plastik yang tidak boleh dikompos dibakar berlonggok bersama daun kering. “Malah kemudahan seperti tandas terabai dan tidak boleh digunakan serta banyak bot pelancong transit di sekitarnya,” katanya ketika ditemui. Manikumar berkata, bot pelancong yang berhenti untuk mengambil atau menurunkan pelancong kebiasaannya mengerakkan enjin pengangkutan itu. Menurutnya, kitaran enjin mengandungi air dan minyak berupaya merosakkan karang laut dan mencemarkan hidupan laut.
“Karang laut dan: hidupan organik di dalam laut akan mati, malah ini akan mengganggu ekosistem laut secara langsung,” katanya. Beliau berkata, susulan lawatan itu, satu garis panduan dan resolusi akan dicapai dengan melibatkan jabatan berkaitan, badan bukan kerajaan dan World Wildlife Federation.
“Garis panduan ini akan dibuat dan diberi kepada semua pelancong yang akan ke Pulau Payar bagi melakukan aktiviti menyelam skuba. “Manakala karang laut akan dipelihara dan dibaik pulih dengan tidak membenarkan bot berhenti berhampiran pulau itu,” katanya. Beliau berkata, dengan mengehadkan kedatangan pelancong ke pulau itu juga, ia berupaya mengurangkan masalah pencemaran.
Sinar Harian
Anaklangkawi:-
Pulau payar merupakan antara produk pelancongan langkawi. Pencemaran yg berlaku amat membimbangkan. Pihak berwajib yg bertanggungjawab patutnya memantau keadaan disana.
Kalau mentaliti pihak berkenaan masih macam kakitangan KERAjaan dulu-dulu, makin punah Pulau Payar tu.
ReplyDeleteKalau kefala hotak mereka ada Think Tourism punya mind-set, mesti pulau tu dijaga dengan baik dan bertambah baik.
Pihak swasta pulak, apa depa peduli. Janji untung. Urusan menjaga diletak atas batu jemala pihak KERAjaan sebab mereka dah bayor pelbagai cukai.
Pusing pi pusing mai, Langkawi punya pelancongan akam menuju kemerosotan.
Kah kah kah!!!...
Harap2 x macam tu la.. Kena la tegoq mana patut. jgn sampai decline tourist rate dah la
ReplyDelete