Pages

Sunday, January 10, 2010

Sekitar RLIR

KREW kapal layar Jelik membuat persiapan bagi menghadapi RLIR 2010 di Kuah, Langkawi, semalam.

Berita Harian - RLIR tambah laluan

LALUAN perlumbaan mengelilingi Pulau Langkawi yang dijangka mengambil masa antara tujuh hingga lapan jam menjadi antara cabaran terbaru peserta Regata Antarabangsa Diraja Langkawi (RLIR) yang bermula Isnin ini. Pengarah teknikal kejohanan, Ahmad Zailani Bashah, berkata ia adalah antara 19 laluan perlumbaan, termasuk empat daripadanya di Kuah dan Telaga Harbour Park, manakala yang lain membabitkan laut terbuka.

Negara yang mengambil bahagian adalah Hong Kong, New Zealand, Australia, Singapura, Afrika Selatan, United Kingdom, Amerika Syarikat, Jerman, Norway dan tuan rumah, Malaysia. Jumlah itu termasuk penyandang naib juara tahun lalu, Jelik dari Hong Kong dan pemenang ketiga, Hi Fi dari New Zealand serta pasukan tuan rumah, Zuhal dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Malaysia diwakili tujuh pasukan termasuk empat pasukan dari TLDM iaitu Zuhal, Musytari, Navy 1 dan 2, diiringi Matahari, Skandia.com Endeavour of Whitby serta pasukan remaja yang akan menyahut cabaran dalam kategori sports boat.
~~
Empat Kapal Layar TLDM Tekad Raih Kejayaan Pada RLIR 2010

LANGKAWI, 8 Jan (Bernama) -- Pasukan kapal layar Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bertekad meraih kejayaan cemerlang pada Royal Langkawi International Regata 2010 yang berlangsung di sini mulai Jumaat sehingga 16 Jan ini. Setiausaha Persatuan Kapal Layar TLDM Lt Chin A/L In berkata TLDM diwakili empat kapal layar iaitu Navy Satu, Navy Dua, Marikh dan Zuhal yang akan membawa cabaran pada regata itu.

No comments:

Post a Comment