Pages

Wednesday, January 6, 2010

Rokok seludup berjaya dirampas

Utusan Malaysia 4 Jan. - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan seorang lelaki kerana cuba menyeludup 39,200 batang rokok bernilai RM2,000 di jeti Pulau Tuba berhampiran jeti Kuah, Langkawi, tengah malam semalam.

Ketua Penguatkuasa Daerah Maritim 1 Langkawi, Wilayah Utara, Kapten Maritim Abdul Rahim Abdullah berkata, kejayaan diperoleh kira-kira pukul 12.20 tengah malam setelah APMM mengesan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan.

Beliau berkata, bot tersebut bergerak tanpa memasang lampu dari arah Langkawi menuju ke tengah laut.

"Semasa diarahkan untuk berhenti, bot tersebut cuba untuk melarikan diri. Kita terpaksa mengejar selama 10 minit sebelum berjaya menahannya.
"Bagaimanapun seorang lagi suspek berjaya melompat ke jeti dan melarikan diri ke kawasan gelap berhampiran,"
katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Abdul Rahim, hasil pemeriksaan ke atas bot tersebut menemui sejumlah rokok pelbagai jenama.
"Kesemua rokok tersebut tidak memiliki duti kastam dan diisi dalam bungkusan kotak dan plastik lutsinar.
"Kesemua rokok itu dipercayai untuk dipasarkan di sekitar Kuala Perlis," katanya.
Beliau berkata, suspek yang ditahan berusia 27 tahun dan disiasat mengikut Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967.

Anaklangkawi :
Tahniah APMM.

No comments:

Post a Comment