Pages
▼
Tuesday, February 2, 2010
Tahap Kebersihan Langkawi Perlu Diberi Perhatian - James Dawos Mamit
LANGKAWI, 1 Feb (Bernama) -- Timbalan Menteri Pelancongan Datuk Dr James Dawos Mamit hari Isnin menggesa pihak yang berkenaan agar memastikan tahap kebersihan di pulau peranginan Langkawi ditingkatkan selaras dengan kedudukan pulau itu sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.Beliau berkata ini kerana aspek kebersihan menjadi antara aset penting dalam usaha mempromosikan produk pelancongan."Kita yakin dengan beberapa langkah diambil termasuk penswastaan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam kepada Environment Idaman (E-Idaman) mulai hari ini, masalah itu dapat diatasi", katanya kepada pemberita selepas melawat Jeti Sungai Kilim Ayer Hangat, di sini.Pada masa sekarang kutipan sampah di pulau peranginan itu adalah sekitar 86 tan metrik setiap hari.Dawos turut meminta agar Majlis Perbandaran Langkawi mengambil tindakan tegas terhadap masalah pembuangan sampah merata-rata di pulau itu.Dawos yang diiringi Anggota Parlimen Langkawi Datuk Paduka Abu Bakar Taib dan bekas Pegawai Daerah Langkawi Datuk Mansor Ismail adalah dalam lawatan pertama beliau ke pulau peranginan itu selepas dilantik sebagai timbalan menteri berkenaan.-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment