PADANG MATSIRAT - Bomba dan Penyelamat daerah Langakwi mengambil langkah awal sebelum menjelang cuti sekolah bagi meminimakan kes kemalangan di Taman Rekreasi Telaga Tujuh di Teluk Burau, Padang Matsirat. Taman yang menjadi tumpuan awam itu, sering kali meragut nyawa dan berlaku kemalangan atas kelalaian diri sendiri. Ketua Bomba dan Penyelamat daerah Langkawi, Ishak Hashim berkata, latihan mencari dan menyelamat (Sar) melibatkan 28 anggota. Menurutnya, tali sepanjang 530 meter diikat di beberapa kawasan sebagai arah pandu dan tempat orang ramai berpaut.
“Kami mengenal pasti beberapa lokasi merbahaya di kawasan air terjun setinggi 701 meter dari aras laut ini. “Tali nylon dan polister nylon diikat di empat lokasi utama iaitu di puncak 701, rabung batu di tingkat tiga, lereng sungai di tingkat dua dan perantaraan tingkat dua dan tiga,” katanya ketika ditemui selepas sesi latihan itu. Ishak berkata, kawasan air terjun ini sering meragut nyawa, terutama pelancong asing kerana tergelincir.
Menurutnya, pada tahun ini sebanyak dua kematian dan empat orang sesat dilaporkan. “Manakala pada tahun lepas sebanyak enam kematian dan sembilan sesat tercatat,” katanya. Beliau berkata, lokasi lain turut menjalankan operasi Sar adalah di Gunung Raya dan dilakukan pada waktu malam pada April nanti.
Sinar Harian
Anaklangkawi :-
Elokla.. Patut tambah sikit signboard 'awas' or beware..
Jangan pulak dibaca signboard AWAS tu sebagai
ReplyDeleteA-Asian
W-Women
A-Are
S-Sexy
Kot mana pun, adalah menjadi tanggungjawap para pengunjung untuk tidak syok sangat hingga terabai keselamatan diri sendiri.
Dah kena nanti, tak guna nak salahkan orang lain (yg selalu dibuat oleh org ramai). Tang depa jugak yg tak salah.
Kah kah kah!!!...
Biasala..
ReplyDeletenak jugak cari kambing hitam..