Pages

Tuesday, April 20, 2010

Halimaton tidak sabar kembali ke sekolah

BALING 16 April - Pelajar pintar, Halimaton Abdul Rasyid, 15, yang sebelum ini lari mengikut teman lelakinya sudah tidak sabar untuk kembali ke bangku persekolahan secepat mungkin.
Malah, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Parit Panjang itu menangis kerana terlalu rindukan saat-saatnya bergelar pelajar.

Ibunya, Normah Abdul Mutalib, 44, berkata, perubahan anaknya itu untuk kembali belajar dinyatakannya dalam perbualan dengan kakaknya hari ini.
"Dia sudah tidak sabar untuk belajar semula sehingga menangis kerana rindukan alam persekolahan yang ditinggalkannya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurut Normah, urusan persekolahan anaknya itu kini diuruskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Bagaimanapun, difahamkan, Halimaton mungkin tidak lagi belajar di sekolah lamanya, sebaliknya akan memulakan sesi persekolahan di sekolah yang akan ditentukan jabatan berkenaan. Kisah Halimaton mula mendapat perhatian apabila pelajar itu bersembunyi di Langkawi sejak beberapa minggu lalu selepas dilaporkan hilang ketika berkunjung ke rumah kakaknya di Sungai Petani. Halimaton dilaporkan berkeras mahu berkahwin dengan teman lelakinya biarpun mendapat halangan daripada pihak keluarga.

Pelajar itu kemudian dibawa pulang oleh ahli keluarganya dari Langkawi baru-baru ini dengan bantuan pegawai polis dan JKM. Menurut Normah, anaknya turut meminta dia menyediakan segala kelengkapan persekolahan termasuk buku-buku.
Tambahnya, anaknya dalam pada itu turut memohon maaf di atas apa yang berlaku selain berharap dia dapat membekalkan naskah al-Quran untuknya.

"Berkali-kali Halimaton memohon maaf pada saya dan berpesan supaya dibekalkan al-Quran untuk dia baca," ujarnya. Menurut Normah, dia bersyukur dengan perubahan yang berlaku terhadap anaknya itu selepas kembali dari Langkawi beberapa hari lalu.
Dalam pada itu, usaha memulihkan pelajar tersebut melalui kaedah perubatan Islam terus dilakukan keluarga berkenaan termasuk mengadakan solat hajat dan bacaan surah Yassin.
Bagi Normah, apa yang berlaku terhadap anaknya adalah satu ujian yang terpaksa dilaluinya sebagai seorang ibu.

"Mungkin apa yang berlaku satu hikmah kepada saya dan keluarga namun saya reda menerimanya," ujarnya. Sementara itu, Normah berkata, dia turut dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda hari ini untuk memberi keterangan.

Anaklangkawi :-
Kecik2 dah nak kawin.. Masyallah.. takpala.. nasib dah sedaq.. pada ibu bapa pantaulah anak2 kita.. mcm2 la zaman skrg ni..

Utusan

2 comments:

  1. At last, dia sedaq jugak tapi jgn pulak ada pihak yg pi mengaku dia yang bagi budak ni sedaq... Paham-paham la sapa dia nooo...

    Kah kah kah!!!...

    ReplyDelete