Pages

Tuesday, May 4, 2010

Aksi wheelie sekat hajat Hariff

KUALA LUMPUR - Jika tidak melakukan aksi wheelie, berkemungkinan Mohd. Hariff Salleh muncul juara Kriterium Langkawi pada Kejohanan Berbasikal Jelajah Malaysia (JM) 2010, di Pulau Langkawi semalam.
Hariff terlepas gelaran juara tersebut kepada pesaing terdekat, Hanco Kachelhoffer dari pasukan Medscheme, gara-gara melakukan henjutan terakhir menuju ke garisan penamat dengan tayar hadapan basikalnya terangkat. Ini menyebabkan komisar perlumbaan menyalahkan perbuatannya itu. Komisar perlumbaan beranggapan Hariff sengaja melakukan perbuatan tersebut, dan ia bertentangan dengan peraturan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI), dengan alasan ia membahayakan keselamatan pelumba lain. Akibat kesalahan tersebut Hariff dikenakan penalti, sekali gus menyaksikan potong kepada 24 mata.

Ini menyebabkan dia terpaksa menyerahkan kejuaraan kepada Kachelhoffer, yang mengumpul 25 mata. Menurut Hariff, dia bukan sengaja untuk melakukan aksi wheelie seperti yang didakwa oleh komisar, tetapi melakukan henjutan terakhir seperti mana kebiasaannya akan menyebabkan tayar hadapan terangkat sedikit.

"Saya sendiri tidak perasan tayar basikal saya terangkat.
''Ini terjadi kerana saya hanya menumpukan perhatian kepada pecutan terakhir yang saya lakukan ketika bersaing dengan Hanco,"
kata Hariff ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.
Jelasnya, aksi tersebut selalu terjadi kepada pelumba lain ketika melakukan pecutan terakhir menuju ke garisan penamat. Bagaimanapun, dia tidak menyangka ia berlaku kepada dirinya.

"Nampaknya nasib tidak menyebelahi saya hari ini, semua tenaga yang saya curahkan untuk bergelar juara kriterium sia-sia," kata pelumba kelahiran Terengganu itu.
Keputusan itu telah mencetuskan rasa tidak puas hati pasukan kebangsaan dan mendapat bantahan jurulatih, William Walker serta bekas pelumba negara yang juga jurulatih Wilayah Persekutuan, Musairi Musa. Namun bantahan tidak diterima oleh komisar.
Tempat ketiga pula milik Mat Senan Mohd. Shaufie, dari Terengganu.
Sementara itu, Walker terkilan dengan keputusan komisar perlumbaan dan mempertahankan tindakan Hariff, yang didakwa biasa dalam perlumbaan.

"Saya rasa keputusan ini sangat tidak masuk akal. Mengapa komisar beranggapan Hariff sengaja mengangkat tayar.
"Tayar hadapan pastinya terangkat sedikit kerana Hariff memang kuat dari segi kayuhannya.
''Perkara ini juga berlaku dalam perlumbaan di luar negara tetapi tidak dikenakan penalti,''
katanya. - Utusan Malaysia

Anaklangkawi :- Itulah gah punya pasal.. Tak dapat juara.

No comments:

Post a Comment