Pages

Monday, May 10, 2010

Pelancong teruja tepung tawar Aishah

KUAH - Kira-kira 3,000 penduduk tempatan Langkawi mengambil kesempatan meraikan generasi ketujuh Mahsuri, Aishah Wan Nawawi, bersama suaminya Alee Tongyon bersanding di pekarangan Pekan Rabu di Kuah. Kedua mempelai lengkap berbaju Melayu dan kebaya menyerlahkan kejelitaan dan ketampanan kedua pasangan itu. Majlis itu turut dibanjiri pelancong asing dan tempatan serta beberapa tetamu kehormat.

Bagi Christine Jane dari Kanada dia hanya mengetahui mengenai pasangan itu selepas melihat kain rentang yang dipasang di sekitar Pekan Rabu. Dia yang berlayar mengelilingi dunia berasa teruja dapat bertemu dengan ikon sejarah Langkawi yang menjadi bualan. Menurutnya, kecantikan dan budaya Melayu dalam perkahwinan penuh adat itu turut dapat disaksikan bagi melengkapkan koleksi peribadi pengalamannya mengelilingi dunia.

“Ini kali pertama saya melihat perkahwinan di Malaysia, pengantin dihiasi cantik dan penuh sambutan warna-warni. “Kami berasa bangga dapat bertemu dan bersalaman dengan ikon sejarah Langkawi, selama ini saya hanya membaca kisah moyangnya di internet sahaja,” katanya ketika ditemui di Pekan Rabu, Kuah.

Hadir sama, Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Paduka Abu Bakar Taib, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuah, Datuk Ir Nawawi Ahmad dan Adun Ayer Hangat, Mohd Rawi Abdul Hamid. Seorang pemandu pelancong, Mohd Sidik Adul Rahman, 45, berkata, kisah Mahsuri masih kuat tertanam bagi kalangan penduduk Langkawi. Menurutnya, kisah legenda itu sering diingati olehnya termasuk menjadi daya penarik pelancongan.

“Kami sering memaparkan kisah Mahsuri untuk dikongsi bersama pelancong asing ketika menjejak kaki di Langkawi. “Sungguhpun hanya mitos namun terdapat kaitan sejarah sehingga memberi kesan ke atas pembangunan Langkawi kini,” katanya. Dia berharap pasangan itu akan kerap ke Langkawi bagi menghidupkan kembali sejarah silam moyangnya itu sebagai bukti kewujudan Mahsuri suatu masa dahulu.

Sinar Harian

Anaklangkawi :- Elokla.. paling kurang jadi produk pelancongan..

No comments:

Post a Comment