Pages

Wednesday, August 4, 2010

Dataran Lang Yang Suram


Tah dimana silapnya tapi itulah hakikatnya bila melewati kawasan yg sening dikunjungi pelancong di Dataran Lang. Lantai-lantai & kawasan sekeliling yg compang camping mencacatkan prestasi pulau Lagenda yg gah dimata dunia. Nak kata tiada peruntukan rasanya tidak sebab ‘tourist spot’ yg menjadi kunjungan ini merupakan kawasan seliaan LADA.

Takkan LADA tak peka @ buat2 tak Nampak kawasan tersebut. Atau LADA lebih sibuk melaksanakan projek yg lebih menguntungkan para kontraktor dr benda-benda remeh seperti ini. Peruntukan yg diberikan tidak habis digunakan malahan digunakan di kawasan-kawasan yg kurang menjadi tumpuan pelancong.

Masakan RM 1.4 juta (figure dr soalan MP) boleh digunakan utk memasang papan tanda & panel penerangan di seluruh langkawi tapi kontrak yg kurang dr RM 50,000 tidak boleh di tawarkan demi menambah baik kawasan tumpuan pelancong.

p/s: Malu bila rakan yg berkunjung ke Langkawi ckp dataran Lang agaknya pecah-pecah sbb mlmnya replika burung lang berjalan2 di sekitar dataran.

No comments:

Post a Comment