Pages

Tuesday, October 19, 2010

Beri Bonus Hanya Kepada Penjawat Awam Produktif, Kata Wakil Rakyat

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Beberapa anggota Parlimen hari ini percaya kerajaan akan mempertimbangkan pemberian bonus kepada penjawat awam pada masa depan jika mereka sentiasa cemerlang dan produktif dalam melaksanakan tugas.

Sabtu lepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan bahawa kerajaan tidak dapat memberi bonus sebulan gaji kepada kira-kira 1.2 juta penjawat awam dalam Bajet 2011 kerana ia melibatkan perbelanjaan besar iaitu RM3.1 bilion.

Najib berkata pemberian bantuan khas kewangan RM500 setiap seorang adalah wajar.

Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) pula berkata pemberian bonus merupakan ganjaran kepada tugas-tugas cemerlang yang dilaksanakan penjawat awam.

"Tetapi terdapat juga jabatan kerajaan yang kita lihat banyak membuang masa. Banyak surat dari orang kampung yang tidak berjawab. Masih ramai penjawat awam yang tidak produktif dan tidak menunjukkan hasil kerja mereka," katanya.

Datuk Abu Bakar Taib (BN-Langkawi) dan Hamim Samuri (BN-Ledang) juga bersetuju penjawat awam perlu diberikan ganjaran hanya berdasarkan prestasi yang diberikan.

"Bagilah tambahan (bonus). Jangan hukum (semua penjawat awam) hanya kerana sebilangan kecil, beberapa kerat penjawat awam yang bermasalah," kata Hamim ketika membahaskan bajet itu.

-- BERNAMA

Anaklangkawi :-
Yup.. berilah bonus kepada mereka yg ada KPI yg cemerlang.. terutama yg gred rendah..

No comments:

Post a Comment