LANGKAWI, 4 Okt (Bernama) -- Stik daging kerbau menjadi produk terbaru yang disediakan di Buffalo Park Langkawi di Kampung Nyior Cabang sebagai tarikan pengunjung."Ia tiada di tempat lain. Di Buffalo Park, stik kerbaunya tidak berkolestrol," kata pegawai penyelaras ladang tersebut, Juhari Saad. "Kita menerima banyak komen daripada pelancong dan pengunjung yang menyatakan hidangan stik daging kerbau kita sedap dan berkualiti, oleh itu mereka akan datang lagi untuk menikmatinya," tambahnya.
Stik kerbau ini berharga antara RM15 hingga RM18 seberat 150 hingga 180 gram. Juhari berkata ladang tersebut mampu menghasil 400 kg daging kerbau sebulan yang mendapat permintaan mengalakkan daripada pengunjung termasuk pelancong asing. Buffalo Park turut mengeluarkan Langkawi Mozzarela Cheese berasaskan susu kerbau yang mendapat sambutan.
"Pelancong asing termasuk dari Jepun, Australia, Jerman, Rusia, Arab dan negara-negara Eropah sanggup berbasikal (dari tempat penginapan mereka) ke ladang ini untuk menikmati Langkawi Mozzarela Cheese yang dihidang bersama tomato, daun salad, minyak zaitun dan daun selasih dengan harga RM15 untuk 100gm," kata Juhari. Buffalo Park merupakan cerusan idea bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang kini menternak 70 ekor kerbau.
-- BERNAMA
Anaklangkawi:-
Menarik jugak ada stik daging kerbau..
sedap stik kerbau ni.. daging kerbau ternyata lebih sedap daripada daging lembu kerana kerbau kuat bekerja, dagingnya lebih pejal dan kenyal..
ReplyDeletedah rasa ka? huish.. mmg nak kena pi rasa sendiri ni..
ReplyDeleteSaya dah pi makan stik kerbau ni kelmarin... rasanya sedap, cuma depa kena upgrade sikit servis.. stik best makan panas... kat situ awat stk dia sejuk macam baru keluar dari peti ais?? Satu lagi layanan pada tetamu, kami sampai dok pusing2 kat kawasn cafe tu, tak dak sapa mai layan, wal hal hanya kami jer tetamu masa tu. Kena pi dapur, baru ok. tu pun 2 tiga kali pi jugak, Dah angkat stik, kena pi dapor lagi , depa tak mai ambik order ayaq pulak... Tempat bagus, standard servis kena penaik sikit. Potensi ada. Pihak berwajib juga kena upgrade jalan masuk ke situ, sempit sangat, susah nak selisih,,, kalau kereta baru jangan dok pi, calar senerih pokok kiri kanan.
ReplyDeletesaudara thapaa,
ReplyDeleteservis slow..alamak.. baru plan nak pergi cuti nanti. yg saya tahu daging kerbau memang baik drp lembu. kalau servis tak mengancam: habis lah bisnes.
Ya betul.. kena upgradelah mana yg tak elok..
ReplyDeleteToday, I went to the beach front with my children. I found a sea shell and gave it to my 4 year old daughter and said "You can hear the ocean if you put this to your ear." She placed the shell to her
ReplyDeleteear and screamed. There was a hermit crab inside and it pinched her
ear. She never wants to go back! LoL I know this
is completely off topic but I had to tell someone!
" http://tinyurl.com/cfxkvdx buy youtube subscribers "
Also visit my weblog - buy youtube comments
Also see my website :: youtube comments