LANGKAWI, 7 Nov (Bernama) -- Program pengedaran barang perlu dan pelarasan harga membolehkan kira-kira 5,000 penduduk Pulau Tuba di sini menikmati harga yang ditetap kerajaan ke atas barangan harian, gas petroleum cecair (LPG) dan bahan bakar.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata penduduk dapat menjimatkan perbelanjaan harian secara keseluruhan berjumlah RM40,000 setiap bulan.
Beliau berkata kementerian sentiasa prihatin dan faham akan kesukaran dan keperitan hidup masyarakat pulau ini untuk memperoleh bekalan barangan keperluan harian terutama barang perlu seperti beras, gula, tepung gandum dan minyak masak.
"Selain itu harga LPG dan minyak agak tinggi berbanding dengan harga yang ditetapkan," katanya pada majlis pelancaran pengedaran barang perlu, penyeragaman harga LPG serta program kemasyarakatan di Pulau Tuba di sini semalam.
Beliau berkata keadaan itu berlaku disebabkan pemborong, peniaga atau peruncit terpaksa menanggung kos pengangkutan yang tinggi.
Untuk tujuan itu, kementeriannya memulakan pelaksanaan projek itu sejak tahun lepas yang membolehkan penduduk menikmati barang-barang pada harga yang jauh lebih murah dari harga sebelumnya.
"Ini membolehkan penduduk berkenaan mengunakan wang baki untuk keperluan lain seperti pendidikan dan perubatan keluarga," kata Ismail Sabri.
Katanya pelaksanaan program itu dapat membantu meringankan bebanan rakyat untuk mendapat bekalan barangan dengan harga yang ditetap kerajaan.
-- BERNAMA
Anaklangkawi :
Berita baik utk penduduk Pulau Tuba. Harapannya agar pemborong & peruncit bekerjasama & memberikan harga sebaiknya..
Jgn hanya retorik saja, lepas ni wal asal balik asal... Harga masih tinggi.
ReplyDeleteHemmmm....... bila aku berpeluang melawat pulau tu?
Wakakakakakaa..........
Hang kan bwk bot.. singgah jelah
ReplyDelete