Pages

Tuesday, December 14, 2010

Ternakan Rusa Tarikan Baru Di Stesen Mardi Langkawi

LANGKAWI, 12 Dis (Bernama) -- Ternakan Rusa menjadi tarikan baru di Taman Agro-Teknologi Stesen Mardi Langkawi, Lubuk Semilang, Ulu Melaka di sini bagi meningkatkan lagi kedatangan pelancong menerusi produk pelancongan yang menarik.

Pemangku Pengurus Stesen Mardi Langkawi Abdul Kadir Din berkata ternakan itu merupakan antara projek yang dilaksanakan di bawah projek prasarana pelancongan di taman itu membabitkan peruntukan berjumlah lebih RM3 juta daripada Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) dan untuk permulaan enam ekor rusa diternak bagi dibiak mulai Disember ini.

"Projek itu dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan untuk memberi lebih keselesaan kepada pengunjung," katanya kepada Bernama di sini Ahad.

Beliau berkata antara kemudahan yang disediakan adalah dewan terbuka yang boleh menampung lebih 100 orang, menara tinjau untuk membolehkan pelancong melihat pemandangan indah, pondok rehat, laluan jalan kaki ke ladang dan kawasan memancing.

Beliau berkata kehadiran pelancong semakin meningkat setiap tahun untuk tempoh 11 bulan pertama tahun ini dengan 41,881 pengunjung melawat taman itu berbanding tahun lepas sebanyak 32,304 orang.

Tahun 2008 mencatat kehadiran pelawat sebanyak 24,722 orang manakala tahun 2007 dengan 18,820 orang.

Beliau berkata 80 peratus pelawat yang berkunjung ke taman itu adalah pelancong asing seperti negara-negara Timur Tengah, Eropah, Jerman, Jepun, Taiwan, India dan China.

-- BERNAMA

Anaklangkawi :-
Baguihla tambahkan tarikan baru rusa kat situ.. Sbb mmg stesen mardi dah famous dikalangan pelancong terutama musim buah-buahan.. Cuma satu ja.. Bela rusa bukan senang maka jgn mati pulak rusa tu.. Harapannya yg menjaganya ada ilmu @ sudah di'train utk menjaga rusa tersebut.. bukan apa takut mati..

No comments:

Post a Comment