Pages

Tuesday, January 18, 2011

Kereta kabel Langkawi: Mana budi bahasa? - Utusan

SAYA sekeluarga ke Pulau Langkawi pada 17 Disember lalu. Kereta kabel Langkawi menjadi agenda wajib yang harus dilawati. Keadaan di Oriental Village (kaunter tiket kereta kabel) pada pagi 19 Disember sesak dengan pengunjung. Dengan semangat berkobar-kobar, saya berbaris dari pukul 11.15 pagi untuk mendapatkan tiket walaupun kaunter hanya buka pukul 12.30 tengah hari akibat kesesakan di dewan menunggu.

Tepat pukul 12.30, petugas maklumkan perkhidmatan dihentikan kerana angin kencang dan kami diminta untuk beredar.Pukul 4.15 petang, kami datang semula ke kaunter dan mendapati kaunter masih tutup dan makluman di papan notis elektronik, ia akan dibuka semula 5.30 petang.
Malangnya, pukul 5.30 petang (paparan jam elektronik di luar kaunter), petugas kaunter masih belum kelihatan. Ini mungkin kerana mereka mengikut jam dalam kaunter yang menunjukkan waktu 5.20 petang (berbeza dengan paparan jam di luar).

Sebaik sahaja kaunter dibuka, seorang pengunjung bertanya, jam mana perlu diikut dan dengan angkuhnya, petugas wanita itu menjawab, “kami ikut jam kami”.Dalam masa yang sama, seorang pelancong datang bertanya dengan memanggil petugas tersebut dengan panggilan “amoi” dan dengan biadabnya petugas wanita itu menengking “apa hoi hoi, saya ada nama tau, panggil orang hoi hoi bla bla bla...”

Kebanyakan yang berada di hadapan kaunter tersentak dengan insiden itu termasuk beberapa orang pelancong asing yang menggeleng-gelengkan kepala.Sepanjang perjalanan menaiki kereta kabel, saya terfikir, sepatutnya mereka itu dilatih untuk berbudi bahasa dan bertata-susila.


SUKA MELANCUNG LUAR NEGARA - Utusan Malaysia
Melaka

AL :- 
Pihak pengurusan Langkawi Cable Car/ Kereta kabel patut jgn ambik ringan komen-komen sebegini. Ia boleh mencalarkan nama Langkawi & Oriental Village

Lanjutan Hasil Komen (pada 15/1/11)  

 AL :- Elokla Prasarana Negara ambil tindakan sewajarnya kepada pekerja yg tidak mematuhi etika menghormati pelanggan. Kalau tak malu jelah..
Syabars Prasarana Negara Berhad.

2 comments:

  1. I blog often anԁ I genuіnelу thank you foг your contеnt.

    This gгeаt artіcle has truly peaked my іnterest.
    I'm going to take a note of your site and keep checking for new information about once a week. I opted in for your RSS feed too.

    Look into my blog post :: Yacht brokerage

    ReplyDelete
  2. Greetings! Ӏ κnow this is kinda οff topic
    neverthеless I'd figured I'd ask. Would уou be іnterestеd іn eхchangіng
    lіnks or maybe gueѕt authorіng a blog poѕt or vice-versa?

    My site dіѕcusses a lot of the same toрics аs
    yours and I believe we соuld gгeаtly benefit from each othеr.

    If you might be interesteԁ feel free to send me an e-maіl.
    I look foгwarԁ to heаrіng fгom
    you! Wonderful blog bу the way!

    Alѕo visіt my ωeb sіte Boston car service

    ReplyDelete