Pages

Monday, May 16, 2011

Perjalanan Khuzaimi Ke Langkawi ~ Unit Pembangunan Perolehan Aset Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang


Saya folow trip ni kelolaan opis wife saya iaitu Unit Pembangunan & Perolehan Aset Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang. Group yg seramai 40 org lebih.

Selama 3 hari 2 malam (sabtu hingga isnin) ketika sampai di jeti kuala perlis org begitu ramai disebabkan ramai yg ingin pergi bercuti oleh kerana cuti hari pekerja.

Sampai jeti langkawi, kami diambil oleh sebuah bas yg telah dimasukkan dlm pakej utk pergi ke pekan kuah utk shopping(haji ismail group,langkawi saga..) Selepas tu baru check in di pantai tengah. mandi2 pantai tengah.

Hari kedua, pagi island hopping(pulau dayang bunting,pulau beras basah, eagle feeding) menaiki speed bot. ramai org di pulau dayang bunting. Saya, isteri dan anak menaiki solar bot di tasik dayang bunting. rm30. kalau yg pedal manual rm20(tp 2 org saja).

Kemudian bertolak ke pulau beras basah. cantik pantai. air jernih. nampak ikan2. Ramai pelancong. air tin rm2.50 dijual di pulau tu. (Mahai jugak air tin. Jadi kepada pengunjung dinasihat bawak air siap2)

Bertolak ke eagle feeding, melihat burung helang yg begitu byk memakan ikan yg disambar di permukaan air. selepas itu pulang ke jeti berhampiran awana porto malai.

Balik ke tempat penginapan utk makan,solat dan kemudian bertolak ke Langkawi Cable Car. Saya telah dimakluman terlebih dahulu melalui facebook.com/lgkcablecar berkenaan penutupan dan pembukaan semula setelah penyelengaraan dibuat. Pada tarikh 30hb baru dibuka semula dan kami pergi adalah 1may. Org bergitu ramai sehingga beratur ke bawah. Hampir 2 jam kami berdiri menunggu utk menaiki cable car. pihak langkawi cable car menyediakan laluan beratur secara zig zag Z bg menjimatkan ruang beratur. berada di puncak dlm pukul 6ptg. menikmati keindahan. Saya begitu tertarik sebelah kanan saya waktu sunset, sebelah kiri saya waktu cerah. (Cek pun belum pernah naik waktu sunset). Berada di tengah2. hujan rintik2 kami pun turun. balik semula ke penginapan pantai tengah.



Hari ketiga, checkout. pegi ke gamat nusantara. selepas itu ke underwater world. Sesuai utk kanak2 yg teruja melihat ikan2 dan haiwan2. Anak saya seronok sgt tgk ikan. selepas tu bertolak ke idaman suri. makan tengahari sebelah idaman suri. nasi campur. sedap juga, harga pun ok. Ayam percik dia sedap. Dan akhir sekali ke jeti kuah. Utk bertolak ke kuala perlis.

Catatan oleh Khuzaimi.. Terima Kasih Khuzaimi.com kerana sudi berkongsi trip ke Langkawi. Lebih gambar disini





1 comment: