Pages

Friday, June 17, 2011

Projek Ternakan Ikan Kerapu Langkawi Dijangka Hasilkan RM15 Juta

LANGKAWI, 17 Iun (Bernama) -- Projek Penternakan Ikan Kerapu di Sungai Menghulu di sini dijangka mencatatkan perolehan sehingga RM15 juta setahun.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Wira Johari Baharum berkata keyakinan itu adalah berasaskan nilai pasaran semasa ikan kerapu yang berharga antara RM50 hingga RM60 ringgit sekilogram.

Projek berkonsepkan sangkar terbuka dan terbesar di sini itu adalah Kerjasama antara Pihak Berkuasa Perlaksanaan Koridor Utara (NCIA) dan Syarikat Progessive Ocean Sdn Bhd, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Akuakultur Sungai Menghulu di sini Jumaat.

Projek yang bermula sejak setahun lalu itu mempunyai 880 buah sangkar dengan penglibatan pelaburan RM24 juta, katanya, sambil menyatakan ia masih lagi dalam peringkat awal kerana pelabur masih meneliti kemungkinan berlaku sebarang masalah terhadap ternakan.

Katanya projek itu membuka peluang kepada nelayan setempat untuk mengambil bahagian sebagai pengusaha dan menyediakan 100 peluang pekerjaan kepada anak tempatan.

Yang turut hadir ialah Ketua Eksekutif NCIA Datuk Redza Rafiq.

-- BERNAMA 

AL :-
Agak ragu-ragu dgn projek ini. Sbb dah pernah dibuat oleh Halim Azmin di Kg. Kilim.. Tak menjadi. Tak tahulah. Jgn jadi projek gajah putih dahla. 

No comments:

Post a Comment