Pages

Tuesday, August 18, 2009

Exco jawab isu 'ulat', kereta sewa Langkawi ~ Kuah

KUAH - Pergolakan dan perselisihan faham antara pengusaha kereta sewa tanpa lesen dan kereta sewa dan teksi berlesen merugikan pelbagai pihak dan menjejaskan industri pelancongan. Exco Pelancongan dan Pembangunan Masyarakat Mohammad Radzhi Salleh berkata, apa yang berlaku sungguh menyedihkan dan mengaibkan pulau pelancongan ini.

Menurutnya, beberapa rungutan diterima daripada pengusaha hotel, pelancong dan destinasi pelancongan apabila mereka merungut ketiadaan teksi dan kereta sewa pada hari kejadian kelmarin. “Saya harap kejadian ini tidak berulang dan jalan penyelesaian dibincangkan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan, Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan, Kementerian Pelancongan dan pihak terbabit.

“Saya bertegas dalam perkara ini, yang mana pengusaha kereta sewa tanpa lesen perlu segera mengambil permit sebelum dikenakan tindakan undang-undang hingga menjejaskan periuk nasi mereka,” katanya ketika dihubungi. Mohammad Radzi berkata, masalah ini telah lama dikesan dan kini penguatkuasaan dilakukan, ini bermakna kerajaan tidak memandang remeh perkara seperti ini.

Menurutnya, bagi pengusaha teksi dan kereta sewa berpermit, mereka diingatkan supaya meningkatkan perkhidmatan cemerlang dan salurkan maklumat mengenai kegiatan 'ulat' ini sekiranya mereka beroperasi juga. “Kami mahukan kerjasama dari semua pihak, ini pulau pelancongan dan segala kegiatan pelancongan dikongsi bersama. Oleh itu saya merayu ikutlah saluran undang-undang,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya pihak teksi dan kereta sewa berpermit menjalankan operasi tanpa memilih pelanggan atau jarak perjalanan, maka masalah 'ulat’ dapat dikurangkan. “Saya diberitahu, pemandu teksi dan kereta sewa di Langkawi memilih pelanggan, sekiranya penumpang meminta untuk dihantar dalam jarak yang dekat, pemandu enggan menghantar mereka.

“Malah mereka memilih pelancong asing dengan jarak yang jauh untuk mengambil dan menghantar mereka serta membawa mereka melancong di sekitar Langkawi,” katanya. Beliau berharap perkara ini tidak akan berlaku kerana jika sebaliknya maka industri pelancongan di Langkawi akan malap dan akan terkenal dengan aktiviti penipuan.

Sinar Harian 18/8/09

Anaklangkawi :-
Eloklah Exco Kedah bersuara.. Bercakap tidak melibatkan politik.. Ini masalah undang2 maka jgnlah sesiapa buat political mileage..

5 comments:

  1. assalammualaikum!!!! tuan punya blog..

    saya salah 1 wakil dari travel agent kat langkawi ni... saya mmang tak puas ati dgn artikal yg awak tulis ni..
    saya nak tanya lah.. apa sumbangan teksi tanpa ada travel agent..
    rasa-rasanya kami ni cari duit halal..klu kami merompak guest lain la crita.. ni kami kami sewa keta kami ni... risiko kereta sewa ni kami tanggung sendiri.. ada kami mtak tolong kat org teksi ka mai sentle keja kami ni...kami tak tutup periuk nasi org lain.. tp org lain yg tutup periuk nasi kami.. ada kami report kat jabatan yg berkaitan yg pemandu teksi ni pilih customer.. ?? teksi dpt guest yg nak sewa keta, kami bagi lg duit commission kat teksi tu.. apa lagi yg teksi nak.. kami buat keja ada lesen, cukup lengkap, klu tak mcm mana nak ada kaunter.. utk pengetahuan awak, kaunter ni kami bayar sewa sebulan rm 1432.00 tanpa elektrik tp teksi guna free of charges shj.. ada kami complain.. ada kami kacau.. tiap2 tahun kami bayar cukai pendapatan, bayar yuran matta, bayar audit, bayar secetery, dan byk lagi lah yg kami byr..tu tiap2 tahun, tiap2 bulan pulak kami byr kter, byr staff, byr KWSP, byr sosco, bayar kereta yang kami gunakan utk periuk nasi kami.. apa lagi yang tak puas hati.. kami ni bukan travel agent kaya raya mcm kasina tu? org melayu mmang jenis tak boleh tgk org senang.. mcm ni lah org melayu cepat jatuh.. ada otak tu pakai la.. jangan nak menuduh je.. kami tau kami buat kerja tak dak permit.. tu kami dgn undang2.. tp undang2 ni pun sapa yang buat.. sebelum ni tak kalut pun.. tiap kali musin arab semua jd huru hara.. kami bukannya kutip pak arab.. kami bagi sewa kat org yg nak sewa keta je..org yg mai sewa kereta semuanya nak murah2.. entah2 termasuk kaum kerabat awak jugak... klu kami buat mahal, kata la pulak kami cekik darah... serba tak kena...

    byk lagi lah nak crita ni tp tak larat nak menaip.. buat penat je nak cari pasal dgn org macm awak ni...

    ReplyDelete
  2. hehehe.. aku nak gelak baca komen zarina79 pasal teksi ni.. aku nak gelak juga pasal kereta sewa.. hangpa dua-dua betol.. aku ni orang awam langkawi.. 2-3 hari sekali naik feri ketanah besar.. boleh kata selalu ler.. nak cerita pasal kereta sewa ni dulu.. yang zarina hantar orang dia pi tunggu sampai pintu feri tu dok jual kereta sewa tu buat apa..??ganggu orang .. sibuk sungguh depa.. dah tu kalau orang tak mau kereta sewa depa cakap bukan-bukan. ada yang sanggup maki kat pelancong lagi.. depa pula lagi sibukdari penumpang yang nak turun feri.. pernah aku marah depa.. tapi depa maki aku balik.. yang ni orang zarina79.. memang patut JPJ ambik tindakan kat depa.. aku parking kat jeti.. depa kopak kereta aku.. sebab depa kata ni parking kami.. bewak sungguh orang Zarina79 ni..

    cerita teksi pun sama.. kalau kat jeti tu nampak selekeh.. anak beranak ramai... tak mai tanya pun.. kalau nampak kemas.. macam nak pi hotel.. pakat celapak mai tanya.. berebut.. nampak pelancung lagi ler.. pernah satu masa aku nak naik teksi balik.. (serik parking kat jeti.. kereta sewa kopak kereta aku)aku cakap nak pi kedawang. depa kata tak pi ler.. tapi lepas tu ada satu pelancung mai.. nak pi pantai cenang.. terus dia cepalak pi.. awat pantai cenang dengan kedawang jalan lain-lain ka..?? atau duit aku tak laku..??

    ReplyDelete
  3. akum.. CIKGU zubair samat...

    klu nak cakap tu biar pandang2 sama.. mcm ni teladan seorang cikgu... utk pengetahuan la, saya ni tak pernah ada wakil ULAT2 yg p tunggu kat pintu feri... dan saya tak pernah bela ULAT2 ni... kat jety @ kat mana2 kter pelancongan ni berlambak org buat kereta sewa... masalah skrg ni TEKSI yg cari pasal... yg cikgu ni tak pasal2 kutuk saya ni pasal apa?
    NI 1 LG, masalah paking ni, cikgu silap tempat parking keta kut.. setiap travel agent, kami bayar kaunter dan dapat 1 petak paking kat depan kaunter masing2... petak kuning hadapan kaunter bersebelah jln tu, tempat parking teksi yg punya... utk pengetahuan cikgu, paking utk org awam, terletak di peking MDL atau METRO parking yang berbayar.. itu baru betul... jgn semua BENDA NAK FREE.. TANDAS PUN KENA BAYAR...

    kami ni travel agent yg berdaftar, kami sanggup keluarkan duit buat promosi tentang langkawi.. nak bagi org mai langkawi... tp ada sesetengah pihak ni, dah la tak buat promosi ttang langkawi tup3x, senang je nak tuduh yg kami ni kacau periuk nasi org...apasalah klu dari awal lagi, teksi buat kerja teksi dan kami travel agent buat kerja kami... setiap kali pihak pelancongan buat promosi, kami sanggup p ke hulu ke hilir sbb nak jual pakej kami.. tp ada sesetengah org ni nak ambik kesempatan je... duduk kat kaunter tu tggu je guest mai cari depa... skrg ni cuba lah pikir, sapa yg patut dapat lebih... org yg kerja keras @ ibarat (org yg tunggu buah jatuh ke tanah....)

    KES KAMI NI, ORG LAIN YG BUAT TAHI, ORG LAIN YG KENA... SBLUM NAK CAMPUR TANGAN SIASAT DULU... JGN IKUT LEPAS JE...

    MAAF LA SBB SAYA NI TAK PANDAI SGT NAK SUSUN AYAT.. SBB SAYA NI BERSEKOLAH TAKAT SPM JE... IBU BAPA TAK MAMPU... SAYA NI ANAK ORG NELAYAN JE... BUKANNYE ANAK ORG KAYA PUN TP KERANA MINAT DLM BIDANG PERLANCONGAN NI SAYA HARUNGI JGAK...

    KLU DAH CIKGU TERKENA MCM TU KENAPA CIKGU TAK REPORT JE KAT BAHAGIAN PELANCONGAN YG TERLETAK DI TEPI MASJID AL-HANA TU...

    SEMUA ULAT2 KAT JETI @ KAT AIRPORT TU ADA KERETA SEWA PANDU SENDIRI MASING2...

    ReplyDelete
  4. hehehe... aku nak gelak lagi kat zarina79... marah dia kat aku... tapi cuba dia turun pi kat jeti dan tengok sendiri bila feri sampai.. maybe sebab dia ada kaunter dan bayar sewa kaunter dia RM1500 sebulan makan dia tak payah turun pi tengok... sesekali pi tengok... betul dak apa yang aku kata... tengok sendiri.. sapa yang dok berebut kat pintu feri.. kat jalan nak masuk jeti... depan KFC... memang depa nak cari makan.. aku pun tau... tapi bagi la bersopan sikit... untuk pengetahuan zarina aku parking dalam Metro.. sejam RM3. tapi ada mamat kereta sewa yg dok tipu kad metro.. tanya la metro.. betul ka tidak.. betul ke tidak..???

    ReplyDelete
  5. AIK.... tak puas hati nampak...mcm ni ka org melayu...?? utk pengetahuan., kat jeti mmang byk org yg buat kereta sewa pandu sendiri tp perlu di ingatkan, setiap ulat2 tu ada kenderaan masing2... dan tak dak syarikat sendiri... so jgn salah saya... jgn kerana 1 pihak yg buat pasal kami yg kena tanggung...

    tu nasib baik ulat2 tu tak merompak, klu ulat2 tu merompak lagi bermasalah... sepatutnye kita perlu bersyukur sbb langkawi ni jarang ada kes ragut, merompak dan mengemis... dan nasib baik jgak ulat2 dan kami ni tak p mintak duit kat cikgu...

    hah lagi 1, mai mana tah metro paking sejam rm 3, setahu saya metro paking cas sejam rm 1 aje.. entah2 paking 3 jam kut..

    ZAMAN LA, SEMUANYA KENA ADA DUIT...
    ADA SESETENGAH CIKGU KAT LANGKAWI NI PUN ADA BUAT KHIDMAT KERETA SEWA PANDU SENDIRI... SEKARANG NI SAPA RAJIN, DPT LAH DUIT LEBIH SIKIT... NAK HARAP MAKAN GAJI, CUKUP KE??

    hah, pasal mamat ni, klu dah tau report je la kat bos metro... kami duk sini pun tak tau bab2 ni... zaman la ni, semua main dgn duit... ada duit semua jadi...

    ReplyDelete