Pages

Sunday, August 16, 2009

Perhimpunan Mogok Pemandu Teksi Langkawi ~ 400 Teksi

Semalam lebih 400 teksi mogok & berhimpun didataran Lada membantah & meminta JPJ tegas dalam membanteras kegiatan teksi sapu & kereta sewa haram..

Malam tadi juga dgqnya perbincangan berlaku antara wakil teksi dgn JPJ & juga wakil rakyat langkawi Ir Nawawi. Difahamkan kereta yg disita diarahkan supaya dilepaskn atas arahan dr Wakil Rakyat YB Ir Nawawi. Tidak diketahui apakah cerita disebalik arahan tersebut yg menyebabkan persatuan teksi melancarkan perhimpunan aman & mogok.

Pada malam tadi YB Nawawi datang utk mententeramkan keadaan tetapi malangnya bila beliau hendak berucap beliau telah di 'booo' oleh pemandu-pemandu teksi yg hadir. Untuk meredakan keadaan beliau meninggalkan dataran Lada berkenaan tanpa sebarang penyelesaian. Memang tak patut depa buat mcm tu tapi kita kena kaji kenapa pihak pemandu teksi marah sangat.

Tidak dipastikan apa yg berlaku selepas itu, tetapi katanya perbincangan akan diteruskan dgn JPJ. Pada jam pukul 12.00 malam akhirnya perhimpunan bersurai dgn aman.

Cerita yg Sama di Sinar Harian 16/8/09

Anaklangkawi :-
Patutnya YB kena jadi org tengah.. Selesai masalah.. Biasalah mmg susah jadi YB.. Apa yg patut dibuat sekarang adalah memanggil pihak wakil teksi & pihak wakil prebet sapu berbincang elok2. Cara org Melayu.. Selesai masalah..

5 comments:

  1. Tok sah dok bincang2 lagi dah, buang masa saja. Ikut sumber aku, perkara ni dah dimeetingkan sampai beraih pun tinggai tin. Bukan isu baru, malah sejak 2005 lagi dah...

    Nanti kalau dlm meeting, macam biasa Nawai akan kata "Kita tubuhkan jawatankuasa khas utk mengkaji perkara ni" ayat standard.

    La ni pakat2 berusaha cari makan sendiri dgn cara sendiri. The best man win, itu ajer!

    Geng keta sewa berasa kebai sebab KERAjaan pun dok sewa keta depa jugak. Time LIMA nanti, tengok berapa byk keta sewa haram di jalanraya. Menteri Pelancongan pun pernah tegoq JPJ pasai dok buat operasi dgn alasan pelancongan.

    Aku pun dok sewa keta dari depa jugak sbb murah. Lantak pi ada permit ka tak. JPJ tahan aku habaq keta kawan, bukan sewa, heheeheee...

    Teksi plak tambang punya mahai lebih dari yg diluluskan. Tanya geng JPJ Langkawi betui dak apa yg saya kata. Dah tu, x-sion memilih penumpang terutama pelancong ajer.

    Kesimpulan aku, padan muka semua pihak terlibat di Langkawi.

    Wow! GREEN TEA is just awesome

    Kah kah kah...

    ReplyDelete
  2. I would say those people are stupid especially umno members.

    You all should threaten to pull out from umno and join PKR or at least take photo on distribution of PKR membership form and send it to Najib. Then only those morons will take immediate action.

    No point of being an umno member but your said problem is not attended seriously since 2005 as mentioned by Orang Tanjung.

    For me, I would choose car rental as it is cheaper than taxi. Furthermore those touts are more friendly and not selective on their customers.

    As far as I know, even government agencies are renting the car with no permit which had set a precedence that can be used againt JPJ/LPKP in court of law.

    Wait till LIMA 09 and see for yourself, how many cars used are having a valid permit.

    ReplyDelete
  3. Hi Lisa ..
    great to drop by.. Its a shame u turn it as a political issue.. Come on lah its not all about politics. Whatever your alligation is not all taxi's in Langkawi as what Org Tanjung said. Because i know half of them.. Those are good ppl pakcik2 yg make a living by giving the best for the tourist.

    But i know there's alway bad apple. Just dont blame them all. As for the comment about UMNO.. Haha.. Come on lah.. Langkawi already under State Kedah which is under PR.. its easy for me if i want to put the blame on the state government. But well, i dont want to make it into a political argument..

    As for Dato' Nawi please do your job carefully.. this event may effect your future political career.. dont talk but act..

    p/s: there's always ppl want to make political mileage on whatever event.

    ReplyDelete
  4. assalammualaikum!!!! tuan punya blog..

    saya salah 1 wakil dari travel agent kat langkawi ni... saya mmang tak puas ati dgn artikal yg awak tulis ni..
    saya nak tanya lah.. apa sumbangan teksi tanpa ada travel agent..
    rasa-rasanya kami ni cari duit halal..klu kami merompak guest lain la crita.. ni kami kami sewa keta kami ni... risiko kereta sewa ni kami tanggung sendiri.. ada kami mtak tolong kat org teksi ka mai sentle keja kami ni...kami tak tutup periuk nasi org lain.. tp org lain yg tutup periuk nasi kami.. ada kami report kat jabatan yg berkaitan yg pemandu teksi ni pilih customer.. ?? teksi dpt guest yg nak sewa keta, kami bagi lg duit commission kat teksi tu.. apa lagi yg teksi nak.. kami buat keja ada lesen, cukup lengkap, klu tak mcm mana nak ada kaunter.. utk pengetahuan awak, kaunter ni kami bayar sewa sebulan rm 1432.00 tanpa elektrik tp teksi guna free of charges shj.. ada kami complain.. ada kami kacau.. tiap2 tahun kami bayar cukai pendapatan, bayar yuran matta, bayar audit, bayar secetery, dan byk lagi lah yg kami byr..tu tiap2 tahun, tiap2 bulan pulak kami byr kter, byr staff, byr KWSP, byr sosco, bayar kereta yang kami gunakan utk periuk nasi kami.. apa lagi yang tak puas hati.. kami ni bukan travel agent kaya raya mcm kasina tu? org melayu mmang jenis tak boleh tgk org senang.. mcm ni lah org melayu cepat jatuh.. ada otak tu pakai la.. jangan nak menuduh je.. kami tau kami buat kerja tak dak permit.. tu kami dgn undang2.. tp undang2 ni pun sapa yang buat.. sebelum ni tak kalut pun.. tiap kali musin arab semua jd huru hara.. kami bukannya kutip pak arab.. kami bagi sewa kat org yg nak sewa keta je..org yg mai sewa kereta semuanya nak murah2.. entah2 termasuk kaum kerabat awak jugak... klu kami buat mahal, kata la pulak kami cekik darah... serba tak kena...

    byk lagi lah nak crita ni tp tak larat nak menaip.. buat penat je nak cari pasal dgn org macm awak ni...

    ReplyDelete
  5. komen ek??kalo komen pun bukan ada tindakan...sekadar melepaskan batuk ditangga jew...
    time mengundi ni baru best nak minta apa2.....tunggu jew la kalo x caya...dah lama dah mcm ni..

    ReplyDelete