“Saya sendiri terbuka hati memeluk Islam. Saya melakukannya bukan atas paksaan, tetapi hasil pemerhatian dan rasa syahdu setiap kali mendengar azan dari masjid berdekatan rumah ketika di Bangkok.“Ekoran itu, saya memberitahu keluarga supaya jangan halang saya untuk mendalami kebaikan dan keistimewaan agama Islam. Alhamdulillah, saya mendapat kekuatan dan ketenangan ketika ini,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Mengenai ibadah berpuasa, Suhana yang sudah bersuami dan mempunyai empat anak, berkata dia tidak bermasalah menunaikan Rukun Islam ketiga itu sejak pertama kali berpuasa ketika berusia 22 tahun.
“Ketika tinggal bersama keluarga di Bangkok, cabarannya agak kuat kerana saya mempunyai tujuh adik-beradik yang kuat mengamalkan agama Buddha termasuk juga beberapa jiran berdekatan,” katanya.Beliau berkata, sebelum itu, dia hanya melihat umat Islam berpuasa pada Ramadan, tetapi kini peluang merasai nikmat berbuka dan bersahur bersama keluarga.Selain bahagia bersama suaminya, Mohamad Saad Ismail, 49, suri rumah sepenuh masa itu turut dikurniakan empat cahaya mata iaitu Norhidayu, 19, Mohamad Ansori, 16, Nor Sabrina, 13 dan Mohamad Qadafi, berusia enam tahun.
“Alhamdulillah saya tidak menghadapi banyak masalah. Jika remaja dulu sering diserang gastrik teruk jika lambat makan, tetapi kini langsung tidak sakit walaupun tidak makan seharian.“Inilah hikmah berpuasa,” katanya yang kini mahu kekal menetap bersama keluargan di Langkawi, walaupun sesekali pulang menjenguk keluarga di Selatan Thailand dan Bangkok.
Terdahulu, Suhana bersama 100 ahli Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Langkawi menerima sumbangan bungkusan kurma pada Majlis Berkat Ramadan di Masjid Al-Hana Kuah, di sini, pagi semalam.Sumbangan disampaikan Bendahari Perkim Langkawi, Alwi Tan Abdullah yang mewakili Pengerusinya, Datuk Mansor Ismail.
Anaklangkawi :- Rajinlah kita jenguk saudara baru supaya dia dapat bimbingan yg berterusan.
Tu dia... Mmg betui kena follow-up saudara baru tengok mcm mana progress agar sentiasa mendapat bimbingan.
ReplyDeleteMcm tu la geng Kristian dok buat malah lebih canggih program utk saudara baru mereka berbanding Islam buat.
Tapi yang sedihnya, saudara baru sentiasa mengharapkan bimbingan tapi "saudara lama" pulak makin hari makin hilang panduan... Jadi Islam sebab dilahirkan oleh mak yg beragama Islam dlm keluarga Islam. Takat tu ajer...
Wow! St CONVENT GIRL is just awesome
Kah kah kah...
Ya betul.. jgn kes org Islam yg mengidap HIV mencari perlindungan di Gereja berulang..
ReplyDeletebuat malu umat Islam ja.