Pages

Monday, February 8, 2010

APMM Patah Cubaan Seludup Arak Dan Minyak Petrol Ke Negara Jiran

LANGKAWI, 7 Feb (Bernama) -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Langkawi berjaya mematah percubaan menyeludup arak dan minyak petrol ke Satun, dari sebuah bot penumpang dalam perjalanan menghantar pelancong ke Thailand di lokasi 3.3 batu knot dari barat Pulau Rebak Besar Langkawi pada Sabtu. Ketua Penguatkuasa Wilayah Utara APMM Laksamana pertama maritim Zulkifli Abu Bakar berkata kejayaan itu adalah hasil rondaan bot APMM diketuai Bintara muda maritim Masrun Hamizan bersama lima anggota.Hasil pemeriksaan, APMM menemui 420 liter minyak petrol bersama 53 botol arak pelbagai jenis yang disembunyi di bawah tempat duduk penumpang, katanya dalam kenyataan media di sini.Nilai rampasan minyak petrol sebanyak RM1,176 manakala bagi 53 botol arak adalah RM5,467.79 termasuk duti eksais Kastam.Katanya, tujuh krew bot penumpang bersama 22 pelancong dalam bot berkenaan dibawa ke Jeti Perikanan Bukit Malut di sini untuk siasatan lanjut.Kesalahan ini boleh didakwa di bawah Akta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sekyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Kastam di bawah sekyen 135 (1)(e) 1967.-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment