Pages

Monday, February 8, 2010

Pakej Susuri Sungai Kilim Di Langkawi

LANGKAWI, 4 Feb (Bernama) -- Komuniti Pengurusan Sumber Perikanan Sungai Kilim di Ayer Hangat di sini mensasarkan untuk menarik kira-kira 150,000 pelancong dari dalam dan luar negara untuk menyusuri sungai itu bagi melihat keindahan alam sekitarnya.Pengerusi komuniti tersebut, Omar Ariffin berkata pihaknya menyediakan 70 bot untuk membawa pelancong dengan bayaran antara RM200 dan RM400 bagi satu bot bagi perjalanan antara satu hingga empat jam.

"Di bawah pakej Mangrove Tour ini, para pengunjung boleh melihat pelbagai keunikan seperti hutan bakau, spesis burung, bukit batu kapur yang berusia antara 380 hingga 400 juta tahun, kawasan geopark, ternakan ikan dalam sangkar serta menikmati makanan segar di restoran terapung," katanya. Omar berkata sebanyak 101,790 pelancong seperti dari England, Jerman, Jepun, India, Arab, Finland, Russia, Denmark, Korea dan pelancong tempatan telah mengunjungi Sungai Kilim tahun lepas dengan lebih 15,000 trip perkhidmatan bot dilakukan.Selain mengadakan perkhidmatan bot, komuniti itu juga menjalankan projek menternak ikan dalam sangkar dengan ikan kerapu harimau mendapat pasaran mengalakkan, katanya.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment