Pages

Friday, May 28, 2010

Lada Tingkatkan Promosi Tarik Pelancong Singapura

LANGKAWI, 28 Mei (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) bersama 10 agensi pelancongan dari Langkawi mengadakan promosi di Singapura bagi menarik lebih ramai pelancong dari negara jiran itu ke pulau bebas cukai tersebut.

Ketua Penolong Pengurus Bahagian Pelancongan Lada Azmil Munif Mohd Bukhari berkata promosi itu mendapat sambutan yang menggalakkan apabila pakej pelancongan ke Langkawi bernilai RM90,000 dapat dijual pada promosi tiga hari itu bermula 14 Mei lepas.

Katanya pihak hotel di Langkawi menawarkan pakej penginapan yang menarik manakala agensi pelancongan pula menawarkan beberapa lawatan ke tempat menarik seperti kereta kabel, Underwater World Langkawi (UWL), Kota Mahsuri, Galeria Perdana dan Taman Burung.

"Kita melihat Singapura sebagai potensi baik sebagai hub penerbangan yang mampu membawa ramai pelancong republik itu dan asing ke pulau bebas cukai ini," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Beliau berkata sambutan yang diterima pada promosi itu lebih baik berbanding promosi yang diadakan di negara itu sebelum ini.

Mengikut perangkaan unit pelancongan Lada, lebih 40,000 pelancong Singapura dan dari negara lain berkunjung ke Langkawi pada tahun lepas. Pada masa ini empat syarikat penerbangan iaitu Silk Air Singapura, Malaysia Airlines (MAS), AirAsia dan Tiger Always mengadakan penerbangan terus dari Singapura ke Langkawi.

-- BERNAMA

Anaklangkawi :-
Mmg eloklah LADA buat promosi ke Singapura. ASyik ke JB ja tiap2 minggu.. Tukar la sikit kalini..

No comments:

Post a Comment