Advertisement :- Villa De Porto ~ A Private Gateaway in Langkawi

Showing posts with label PAS Langkawi. Show all posts
Showing posts with label PAS Langkawi. Show all posts

Monday, February 20, 2012

Politik Langkawi.

PRu-13 semakin hampir. PR mahupun BN telah mula memasang pasak. Mula lebih rancak dlm merancanakan agenda masing2. Masing2 akan memberikan yg terbaik.

Kemungkinan seperti biasa adalah calon satu lawan satu. Seperti biasa BN akan diwakili UMNO. PKR pula di Parlimen manakala ADun oleh PAs. Persoalan skrg siapa bakal menjadi calon bg kedua-dua pihak. Adakah kekal calon yg sedia ada @ sebaliknya.

Apa-apa pun dlm kerancakan kita berpolitik yg dilupa bersatu dr segi sesama anak langkawi dlm agenda ekonomi langkawi. Bersatu padulah dr segenap segi. Agar anak cucu langkawi terpelihara. Berpolitik ada batas. Jgn terbawak2 sehingga yg kawan jd lawan. Yg adik beradik putus saudara. Mmg tak berbaloi..

Kita tiada lain selain bumi bertuah ini. Pulau yg kecik ni tmpat kita mencari rezeki & beradu...

Wednesday, September 21, 2011

Group holds protest over revoking of Langkawi ferry discount


LANGKAWI: About 30 Umno, PAS and PKR representatives held a joint protest Tuesday against the sudden decision by the ferry consortium here to revoke the RM3 discount for Langkawi folk on Fridays, Saturdays, Sundays and holidays.
They claimed the discount for both the Kuala Kedah and Kuala Perlis routes was revoked from last Friday, without any prior notice or an announcement on the decision.

They claimed the consortium, , had issued a new directive that the discount, introduced in 2004, would only be given to them from Ferry Services Consortium on Monday to Thursday.
The group held a peaceful demonstration at the jetty terminal parking area, demanding the discount be returned to the locals, before submitting a memorandum to a consortium representative.
"The locals were given RM3 discounts for ferry fares on the KuahKuala Kedah and KuahKuala Perlis routes after showing their identification card at the counter when they buy the tickets," said Langkawi Umno Youth chief Nor Saidi Nayan.
Without the discount, he said the islanders have to pay the normal price of RM23 for adult and RM17 for children for the Kuala Kedah route and RM18 for adult and RM13 for children for the Kuala Perlis route.
Nor Saidi said the ferry consortium should consider the effect on the locals who depend on the ferry services to go to mainland for official and family businesses.

Langkawi PAS chief Zubir Ahmad urged the Transport Ministry to intervene in the matter as it involve the welfare of the local people.
Consortium spokesman Ng Eng Soon when met said the discount for Langkawi people was given since 2004 out of goodwill.
"We are not permanently revoking the discount as we hope that we could urge the Federal Government to give us fuel subsidy. We are now paying the industrial price for fuel," he said.

AL:-
I applause the joint effort of all political parties with regards to the protest. Its fair to give RM 3.00 discount to the folks of Langkawi. Its consider part of Corporate Social Responsibility. By asking government for fuel subsidy does not justify the revoking of the discount. Not only that the government has done so much to promote Langkawi which as well boost the sales of ticket ferry. Perhaps Langkawi Ferry Services should re-check their own services before asking for subsidy. Much comment with regards to safety & services of their staff


Please consider the well being of Langkawi folks which need to travel to the Island nearly everyday or every week.

Please email me if you need any info with regards to your travel to Langkawi & also if you need any advertising enquiry. ( anaklangkawi@gmail.com )

 

Thursday, January 6, 2011

Pembinaan Rumah Transit Di Bukit Malut Tanggungjawab Kerajaan Negeri - Umno Kedah

ALOR SETAR, 5 Jan (Bernama) -- Pembinaan rumah transit bagi mangsa kebakaran di Bukit Malut, Langkawi adalah di bawah tanggungjawab kerajaan negeri dan bukan di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata kerajaan negeri sepatutnya berhenti berdalih dan memulakan langkah membantu rakyat negeri yang menghadapi masalah.

"Kerajaan negeri yang harus memulakan kerja bagi membina rumah baru dengan menyediakan tapak rumah, mengadakan mesyuarat dan sebagainya. Kalau tidak mampu menyediakan peruntukan kewangan, beritahu tidak ada duit, bolehlah pohon kepada kerajaan pusat," katanya dalam satu kenyataan, di sini Rabu.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan negeri Datuk Phahrolrazi Zawawi dilapor berkata tanggungjawab membina rumah bagi 59 keluarga nelayan yang menjadi mangsa kebakaran itu adalah di bawah kerajaan pusat kerana kesemua mereka diletakkan di bawah jagaan MKN.

Mengulas lanjut, Ahmad Bashah berkata kenyataan Phahrolrazi itu mencerminkan sikap sebenar kerajaan negeri yang diteraju PAS tersebut, yang lebih suka mengambil jalan mudah dengan menuding jari kepada kerajaan pusat setiap kali rakyat berdepan bencana.

"Setiap kali apabila timbul soal kebajikan rakyat, kerajaan PAS Kedah 'cuci tangan' dan serah bulat-bulat kepada kerajaan pusat," katanya.

-- BERNAMA

Anaklangkawi :-
Tu dia masing-masing nak lepas tangan. Tapi mmg susah sikit kes Bukit Malut. Masing2 org politik berhati2 buat kenyataan. Silap gaya makan diri baik disini @ disana..

Monday, October 11, 2010

Senario Politik Langkawi

Senario Politik di Langkawi sebenarnya amat unik sekali. Sekalipun berbeza fahaman politik ini tidak memberi erti persahabatan sesama masyarakat diketepikan. Adalah menjadi kebiasaan setiap tahun Ahli Parlimen Langkawi & bbrp pemimpin UMNO bertemu & beramah mesra di Majlis Anjuran PAS @ PKR sesiapa saja.

Moga ia berterusan sesama kita tanpa mengira fahaman politik & apa jua perbezaan sesama insan.

Majlis Open House PKR

Dato' Paduka Abu Bakar Taib menghadiri rumah terbuka PKR Langkawi pada 5 Oct 2010.

Profile Gambaq:
Dato Azizan -MB Kedah,
YB Rawi - ADUN Ayer Hangat,
Pengerusi PAS Langkawi
Pengerusi PKR Langkawi
Dato' Johari - Ahli Parlimen Sungai Petani

Majlis Open House PAS LangkawiDato' Paduka Abu Bakaq Taib menghadiri majlis rumah terbuka anjuran PAS LAngkawi pada 25th September 2010.

Saturday, November 14, 2009

Program pemutihan bakal dilaksanakan ~ PAS Langkawi

KUAH - Kisah ibu tunggal Che Narimah Mohd Kamil, 59, yang dipaparkan akhbar Sinar Harian siaran 11 November (Rabu) mendapat reaksi daripada Yang Dipertua Pas, Zubir Ahmad. Zubir berkata, masalah Che Narimah akan diselesaikan segera dengan membuka semula fail permohonan ibu tunggal berkenaan. Menurutnya, masalah lain yang dibangkitkan apabila status perumahan awam yang pada hakikatnya tidak boleh disewakan.

“Perumahan awam sepatutnya tidak boleh disewakan, kerana kerajaan memberikan rumah tersebut kepada keluarga yang tidak berkemampuan. “Dalam perkara Che Narimah ini, rumah yang didiami adalah disewa daripada pihak tertentu sehingga sewa bulanan memberi beban kepadanya,” katanya ketika ditemui di Kuah. Zubir berkata, masalah itu ditujukan kepada Pengerusi Perumahan dan langkah seterusnya satu program pemutihan akan dilaksanakan. Menurutnya, program itu bertujuan mengenal pasti perumahan awam yang disewakan kepada pihak ketiga yang kian berleluasa di Langkawi.

“Mengikut maklum balas daripada Bahagian :Perumahan di Alor Setar, terdapat ramai permohonan untuk mendapatkan rumah rakyat,” katanya. Zubir berharap penduduk Langkawi tidak sewenang-wenangnya memohon perumahan awam jika berkemampuan kerana masih ramai lagi keluarga yang memerlukan.

Nasib Che Narimah umpama 'menanti kucing bertanduk' apabila permohonan untuk mendapatkan perumahan awam gagal diperoleh. Kehidupan bergelar ibu tunggal bertambah perit apabila dia mengalami masalah diabetes, darah tinggi dan lemah jantung. Che Narimah yang terpaksa bekerja bagi menampung keperluan keluarga dan membayar sewa malah sering diserang penyakit jantung gara-gara terlalu letih dan dibelenggu masalah kewangan.

Sinar Harian

Anaklangkawi :-
Cek sokong kenyataan PAS Langkawi. Kalau dah perumahan awam maka tak sepatutnya disewa kembali kepada sapa2pun. Itu maksudnya tuan punya rumah berkemampuan sampai boleh pula dok tempat lain & sewa pulak kat org lain.

Mmg elok PAS buat pemutihan. Salah tetap salah.

Tuesday, October 20, 2009

Azizan: Langkawi bridge not a necessity

ALOR STAR: Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak yesterday expressed a similar opinion as former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad on the proposal to build a bridge linking Langkawi island and the mainland.

Azizan agreed that there was no need to have such a bridge, adding that there were other issues pertaining to boats and ferries that needed to be solved immediately."I agree with the former prime minister on the matter. It would be better if we resolve issues pertaining to boats and ferries on the island first."The construction of the bridge would be expensive and there are so many other things that needs to be given attention."

Azizan, however, did not elaborate on the details of issues relating to boat and ferries in the island.He was asked to comment on the proposal to build the Langkawi-mainland bridge mooted by Langkawi Umno division head and Kuah state assemblyman Datuk Nawawi Ahmad.

NST

Tuesday, October 13, 2009

Rumah Terbuka PAS Langkawi ~ Kg Pasir Hitam

Pada 09 Oktober 2009 di perkarangan Padang Bolasepak Kg Pasir Hitam Mukim Ayer Hangat Dato' Abu Bakar Taib datang ke rumah terbuka PAS Langkawi.

Kehadiran YB Dato Bakaq adalah bersama-sama dgn YB Rawi & saudara Saiful atas undangan PAS Langkawi En Zubir Ahmad, Pengerusi PAS Kawasan Langkawi.

Tempat : Kg Pasir Hitam, Mukim Ayer Hangat,

Anaklangkawi :-
Elokla.. Mcm ni la YB Contoh. Jgn kita sempitkan pemikiran kita ni parti inilah itulah tapi bersama2 memajukan Langkawi. Bila dah habih pilihanraya tu berbaikla semua bersatula.. Tak guna tarik muka 14.

Sunday, August 30, 2009

Banjir gelombang kedua melanda Langkawi

KEDAWANG - Hampir suku daripada Langkawi lumpuh apabila menerima gelombang kedua ribut banjir sejak petang kelmarin. Hanya berselang 48 jam dari gelombang pertama sebahagian besar pulau itu dengan melibatkan mukim Kedawang, Padang Matsirat dan Bohor terjejas teruk.

Kawasan bendang berubah dengan sekelip mata menjadi lautan, puluhan haiwan ternakan terkandas di tengah bendang dan paling menyedihkan beratus mangsa berpindah ke Pusat Pemindahan Banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kedawang, Mukim Kedawang. Dalam kejadian lewat petang semalam, hujan lebat tidak berhenti diikuti ribut menyebabkan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), pasukan bomba dan penyelamat, polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pusat Kesihatan Padang Matsirat berkawal dan berkampung di Pusat Pemindahan banjir di SMK Kedawang selama 24 jam.

Sehingga jam tiga pagi kelmarin, seramai 360 orang dengan 75 keluarga dicatatkan berpindah ke pusat itu dan sehingga jam dua petang semalam, jumlah keseluruhan menjadi 500 orang melibatkan 100 keluarga. Kampung yang terjejas teruk adalah Kampung Belak, Paya Mempelam, Bohor Tempoyak, Tanjung, Bohor Masjid, Gelam, Bukit Kemboja, Nyior Chabang, Lubuk Setol, Bohor Berendan dan sekitar Padang Matsirat. Namun kawasan sekitar Pantai Chenang yang menjadi tumpuan pelancong terselamat dari bah kedua yang dianggap paling tragis bagi tahun ini.

Menurut Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat, Yaakob Othman, seramai 16 orang diarah untuk memindahkan mangsa dengan kerjasama JPAM. Menurutnya, pihak bomba memantau seluruh kawasan terjejas dan memindahkan mereka ke Pusat Pemindahan Banjir di SMK Kedawang. “Kami mengerakkan dua kumpulan anggota dari Balai Persiaran Putera dan Ayer Hangat, kami berkawal dari petang kelmarin sehingga keadaan pulih.

“Kami melakukan pemantauan serta memindahkan mangsa ke pusat pemindahan yang dibuka mengikut mukim, buat masa ini tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku,” katanya ketika ditemui di Pusat Pemindahan Banjir di SMK Kedawang. Sementara itu, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Gelam, Said Othman berkata punca utama banjir disebabkan oleh pintu air atau kunci air yang terdapat di Kuala Chenang begitu sempit dan gagal mengalirkan air dari bendang sekitar Kedawang sehingga menyebabkan limpahan berlaku.

Menurutnya, kejadian berlaku seolah-olah mengimbau kejadian tsunami lima tahun lalu yang mana kawasan ini terjejas teruk sehingga pangkalan nelayan ini musnah dan terdapatbot nelayan hanyut sehingga merosakkan kediaman dan kenderaan berhampiran. “Kami merayu kepada Jabatan Pengaliran dan Saliran menambah pintu air, dalam kejadian hari ini tembok pintu air tersebut hampir roboh dan kami terpaksa berpindah dan menyelamatkan harta benda,” katanya.

Pada kejadian bermula jam enam petang kelmarin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuah, Datuk Ir Nawawi Ahmad, Pergerakan Pemuda dan Putera UMNO, Persatuan Belia bertungkus lumus menyediakan hidangan berbuka di pusat pemindahan tersebut.

Manakala bagi juadah bersahur, ia disumbangkan Ahli Parlimen Datuk Paduka Abu Bakar Taib dan Yang Dipertua Pas, Zubir Ahmad. Jabatan Kesihatan Padang Matsirat turut mengadakan pemeriksaan kesihatan diikuti polis dan JKM mengumpul segala maklumat mangsa sehingga kini. Sehingga jam dua petang semalam, mangsa di Pusat Pemindahan Banjir di SMK Kedawang terus bertambah dan semakin sesak

Sinar Harian 30/8/09

Anaklangkawi :-
Kalau semua ahli politik begini .. aman & nyaman org2 langkawi.. Apa2pun ni merupakan dugaan kepada keluarga yg terlibat.

Wednesday, July 8, 2009

Penduduk mahu pampasan setimpal ~ Bukit Malut


BUKIT MALUT - Kira-kira 70 penduduk menyatakan rasa tidak puas hati apabila tanah milik yang diusahakan sejak 25 tahun lalu di Kampung Bukit Malut dibersihkan oleh pihak pemaju tanpa bayaran pampasan yang setimpal. Masalah ini timbul apabila mereka mendakwa telah dimaklumkan untuk tidak lagi memasuki dusun seluas 40 hektar tersebut dengan notis 14 hari sedangkan tanah usaha tersebut difahamkan milik kerajaan tempatan yang digazet sebagai Tanah Hutan Simpan Kekal mengikut Akta Perhutanan Negara 1984 (Pindaan 1993).

Apa yang menjadi kekalutan bagi penduduk kampung tersebut apabila pampasan yang dijanjikan tidak dibayar malah difahamkan pihak pemaju dan pihak bertanggungjawab hanya mengadakan perbincangan sekali sahaja iaitu pada tiga tahun lalu bagi penilaian harga pokok.

Seorang wakil penduduk, Che Ani Abu Seman, 50, mendakwa, tiada seorang pun wakil daripada kerajaan tempatan atau pihak pemaju berjumpa dengan mereka bagi membincangkan nilai harga pokok yang terdapat di dusun tersebut. Menurutnya, terdapat beratus pokok buah-buahan yang menjadi sumber pendapatan mereka dengan tiga buah kediaman di dalam dusun ini sejak diusahakan kira-kira 25 tahun lalu.

“Mereka mahu membayar RM60 bagi sebatang pokok matang, sedangkan harga pasaran dan harga yang kami mahukan adalah RM1,500 bagi sebatang pokok. “Kami tidak menghalang sekiranya kerajaan mahu mengambil semula tanah ini bagi dimajukan tetapi berikan pampasan mengikut harga pasaran semasa,” katanya. Che Ani juga memohon supaya pihak Pejabat Tanah dan Galian mengambil berat dan prihatin dengan masalah penduduk kampung di sini.

Seorang lagi penduduk, Rus Ismail, 57, berkata, hasil dusun ini adalah punca pendapatannya sekeluarga malah rezeki semakin bertambah bila tiba musim buah. “Saya mempunyai enam anak dan dengan hasil dusun ini saya menyara keluarga untuk keperluan harian dan persekolahan. Kini sumber pendapatan telah diambil orang, kami sedia berpindah dan memulangkan semula hak kerajaan tetapi berikanlah kami pampasan yang setimpal,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Langkawi, Mansor Bahari ketika diminta mengulas mengenai masalah itu berkata, masalah tersebut akan dibincangkan dan mampu diselesaikan dengan cara diplomasi, malah kerajaan tempatan dan wakil pemaju sepatutnya memberikan penerangan khusus kepada penduduk kampung.

“Mereka terlalu emosional dengan apa yang berlaku pada hari ini. Mereka ingin berjumpa dengan pihak bertanggungjawab bagi mendapatkan pampasan setimpal. “Saya harap pihak terbabit dapat tampil berbuat demikian sebelum keadaan menjadi semakin keruh. Perkara ini tidak melibatkan politik tetapi hak mereka sebagai penduduk kampung harus diambil berat,” katanya ketika ditemui dalam lawatannya ke kawasan terlibat.

Turut menyertai lawatan tersebut, Pengerusi Biro Pengaduan Awam dan Pengguna Saari Saad. Dalam pada itu, Yang Dipertua Pas Bahagian Langkawi, Zubir Ahmad menyatakan bahawa, pihaknya akan mengadakan satu mesyuarat antara Exco dan pihak pemaju bagi menyelesaikan masalah itu.

“Kami akan cuba menjernihkan keadaan dengan mengadakan satu perbincangan. Saya akan maklumkan apa yang diinginkan oleh penduduk kepada Exco terbabit dan pihak pemaju. “Saya tidak boleh janji yang mereka akan memperoleh pampasan yang diminta tetapi saya akan cuba sedaya upaya bagi memberi keadilan kepada mereka,” katanya.


~~~~~
Anaklangkawi :-

Isu yg tak kunjung sudah. Tapi saya amat menghormati & respek pada UMNO & PAS kerana sama2 tidak mengambil kesempatan pada keadaan yg berlaku. Sudah sedia maklum tanah yg diterokai merupakan Tanah Hutan Simpan Kekal.. Ttp penduduk ttp mahu mengusahakan tanah tersebut. Kalau diikutkan kepada peruntukan kerajaan Kerajaan Negeri punya hak tak memberi langsung pampasan. Ttp diberi betis nak paha.. Bagi RM60 nak RM1,500 sepokok...

Saya meminta parti politik tidak mengambil kesempatan terhadap kemelut ini. Bersatu hati dlm kes ini.. Jika tidak habis hutan Simpan di Langkawi diteroka & lepas tu semua pakat claim dah teroka 25 tahunla.. Itula inilah..

p/s: Kerajaan negeri tolong tgk tanah teroka tepi bukit antara Pantai Kok ka Teriang..

Wednesday, July 1, 2009

Pantai Chenang promosi minuman keras ~ Komen


PANTAI TENGAH - Jika melalui sepanjang Jalan Pantai Tengah, suasananya tidak berubah seperti berada di pusat pelancongan di luar negara seperti Phuket atau Bali. Tinjauan wakil Sinar Harian sejak tiga hari lalu, di sepanjang Jalan Pantai Tengah itu dihiasi dengan iklan minuman keras seolah-olah tanpa kawalan.

Walaupun pulau ini adalah pulau bebas cukai namun itu tidak bermakna pengusaha premis perniagaan makanan dan minuman bebas untuk mempamerkan iklan tersebut di sekitar kawasan itu. Limpahan iklan itu kian bertambah dari hari ke sehari dengan meletakkan promosi minuman tersebut di pintu masuk restoran, pada pokok berhadapan dengan premis mereka malah kini di sepanjang jalan ada yang menampalkannya pada tiang lampu jalan.

Perkara ini seolah-olah tidak menghormati hak pulau ini yang berada di bawah kerajaan negeri di bawah naungan kerajaan Parti Pakatan. Daripada pengamatan yang dilakukan, tiada sebarang label daripada Majlis Perbandaran Langkawi (MPL) sebagai mengesahkan iklan itu boleh diletakkan atau digantung.

Menurut seorang penduduk kampung yang enggan dikenali, perkara ini bukan lagi menjadi masalah besar bagi kawasan ini tetapi iklan ini adalah ‘trend’ sebagai langkah promosi. Menurutnya, kawasan Pantai Tengah adalah tumpuan pelancong antarabangsa tertinggi berbanding Pantai Kok, oleh itu, pengusaha restoran berlumba-lumba untuk menarik perhatian pelancong.

“Kami harap pihak MPL bertindak terhadap perbuatan mereka ini kerana ianya menyentuh sensitiviti penduduk setempat,” katanya. Dia berkata, selain itu, pandang sebegitu juga dapat mempengaruhi remaja dan kanak-kanak untuk mencuba mengambil minuman keras tersebut. “Perkara ini juga mampu menyentuh sensitiviti kerajaan negeri, di mana mereka mencanangkan sebagai pemerintah negeri yang merealisasikan adap kesopanan dan keIslaman.

“Tetapi apabila perkara ini berlaku, ianya umpama indah khabar dari rupa malah seolah-olah menghalalkan apa yang haram,” katanya.

-------------------------
Anaklangkawi :-
Salams. Pihak MPL yg dibawah penguasaan Kerajaan PAS Kedah patut mengambil tindakan dari awal2 lagi. Tidak usah menuding jari & berckp2, bertindaklah sejajar dgn manifesto pilihanraya yg dicanang di langkawi. Rakyat langkawi mahukan anak2 kami tidak terkerumus ke lembah maksiat. Ingatlah apa jnji kamu dulu & sekarang..
Ahli2 majlis MPL adalah lantikan daripada Pakatan Rakyat. Jadi pada umumnya secara tak langsung PR mempunyai tanggungjawab utk memantau keadaan promosi diatas...
p/s: Jgn ckp tak serupa bikin...