Advertisement :- Villa De Porto ~ A Private Gateaway in Langkawi

Monday, February 22, 2010

LKIM Pohon Peruntukan RM2 Bilion Untuk Projek RMK-10

LANGKAWI, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memohon peruntukan RM2 bilion bagi pelaksanaan pelbagai projek untuk nelayan dalam Rancangan Malaysia ke-10 (2011-2015). Ketua Pengarah LKIM Datuk Mustafa Ahmad Rabu berkata, pelbagai projek kemudahan nelayan seperti pembangunan usahawan, pembinaan jeti, pembinaan unjam dan pemprosesan hasil sumber perikanan adalah antara yang akan dilaksanakan.

Bagaimanapun, katanya, peruntukan itu bergantung kepada kedudukan kewangan kerajaan.Mengenai cadangan pembinaan jeti perkampungan nelayan Sungai Cenang di sini, Mustafa berkata, jeti itu akan memberi kemudahan kepada 250 nelayan. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang melawat ke perkampungan itu semalam mengumumkan peruntukan sebanyak RM7 juta untuk membina jeti di situ bagi memenuhi keperluan nelayan di kawasan tersebut.-- BERNAMA

Anaklangkawi :-
Apa cerita projek LKIM utk buat golf course kat simpang kat Shrimp.

Percutian Perdana Menteri Bawa Tuah Kepada Nelayan Langkawi

LANGKAWI, 16 Feb (Bernama) -- Percutian peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak ke Pulau Langkawi turut membawa tuah kepada nelayan di Kampung Sungai Chenang apabila mereka "dihadiahkan" kelulusan peruntukan segera sebanyak RM7 juta bagi pembinaan sebuah jeti baru.Perdana Menteri dalam perjumpaan secara tidak rasmi dengan kira-kira 100 penduduk kampung nelayan tersebut, mengumumkan peruntukan itu setelah melihat sendiri kesukaran bot-bot nelayan keluar masuk dari laut ke kuala sungai berkenaan.

"Dua malam lepas Datuk Jo (Johari Baharom, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani) ada minta saya melawat ke kawasan ini kerana sungai ini dikatakan terlalu sempit dan susah bot nak keluar masuk."Setelah saya lihat keadaan ini, saya umumkan kelulusan segera peruntukan sebanyak RM7 juta untuk buat jeti baru dan saya berharap dengan pembinaan jeti baru itu, pendapatan nelayan di kawasan ini juga meningkat," katanya pada majlis perjumpaan tersebut.Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor pada Selasa mengakhiri percutian peribadi selama tiga hari ke sini.Perdana Menteri berkata beliau juga mahu pencemaran di Sungai Chenang diatasi segera oleh syarikat pembetungan IWK Sdn Bhd. Katanya lawatan tidak rasmi beliau ke kampung nelayan itu adalah selaras dengan pendekatan tinjauan mesra yang sering beliau lakukan bagi mengetahui masalah dan untuk mendekati rakyat.

"Menerusi lawatan seumpama ini, saya rasa lebih selesa untuk bertemu rakyat kerana ia dilakukan tanpa sebarang protokol," kata beliau.Perkampungan nelayan Sungai Chenang turut dilanda tsunami pada akhir 2004.

-- BERNAMA

Anaklangkawi :-
Alhamdulillah.. Durian runtuh pada nelayan di Kuala Chenang. Jgn jadi mcm projek jambatan terpendek di Kuah udah le..

Kedah masih belum sejahtera ~Kuala Chenang,

PENDEKATAN 'lawatan mesra' Datuk Seri Najib Tun Razak membuahkan hasil lagi. Selepas Puduraya, Jalan Masjid India, UiTM, UIAM, Flat Bukit Sentosa dan Kampung Baru, kini tampaknya ratusan 'nelayan marhaen' dan keluarga mereka di Kuala Chenang, Langkawi, Kedah mendapat nikmat.

Meskipun dalam rangka percutian peribadi bersama keluarga, namun lawatan ramah mesra tanpa protokol, membuktikan bahawa gagasan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' bukan sekadar retorik kosong.

Hasil maklumat yang disampaikan oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Johari Baharom mengenai keperluan komuniti nelayan di kampung itu, maka impaknya sebanyak RM7 juta diluluskan segera bagi pembinaan pangkalan nelayan baru termasuk jeti pendaratan ikan. Ia diharap akan membolehkan aktiviti perikanan dipertingkatkan sekali gus menambah pendapatan dan memperbaiki kualiti hidup.

Sebagai rakyat Kedah, penulis berasa cukup malu kerana perihal rakyat negeri yang sepatutnya diketahui terlebih dahulu oleh kerajaan negeri akhirnya ditangani oleh pemimpin 'besar' negara di peringkat pusat.

Utusan

Anaklangkawi :-
Kelakar tgk tulisan yg mengatakan hasil maklumat Timbalan Menteri Pertanian .. Hahah..
Sedangkan yg bawak ke atas adalah pemimpin tempatan.

p/s: Kalau nak ambik nama pun pada2 laaa..

Bekalan elektrik untuk 4,000 penduduk Pulau Tuba

LANGKAWI 17 Feb. - Seramai 4,000 penduduk Pulau Tuba di sini yang kini menjana tenaga elektrik menerusi generator diesel akan menikmati bekalan elektrik lebih selesa apabila projek kabel dasar laut dari tanah besar ke pulau berkenaan dilaksanakan.
Pengurus Besar Kanan (Operasi Wilayah 2) Bahagian Pembahagian, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Roslan Abdul Rahman berkata, beliau telah dimaklumkan bahawa projek RM50 juta itu akan dimasukkan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

"Pelaksanaan projek ini adalah untuk memastikan penduduk dapat menikmati bekalan elektrik yang lebih selesa," katanya pada majlis dialog bersama masyarakat, di sini hari ini.
Beliau menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan Tuba Barat, Abdul Rani Awang di majlis tersebut.
Bekalan tersebut akan disalurkan meliputi kampung Pulau Tuba Barat, Pulau Tuba Timur, Selat Bagan Nyior, Lubuk Chempedak dan Bagan Pauh.

Roslan juga berkata, TNB telah mengenal pasti beberapa projek lain untuk dilaksanakan di Langkawi tahun ini yang melibatkan peruntukan berjumlah RM10.6 juta.

"TNB telah membelanjakan RM3.2 juta untuk melaksanakan beberapa projek pembekalan elektrik di Langkawi," katanya.
Beliau juga berkata, seramai 1,826 pengguna domestik di Langkawi menikmati potongan rebat bagi bil bulanan berjumlah bawah RM20.

- BERNAMA

Anaklangkawi :- Sapa2 pi tgk Jeti Lada yg dah separuh tenggelam kat Pulau Tuba pulak..

LTdL bakal kembali ke Langkawi

KUALA LUMPUR -- Teguran Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang sedih kerana Pulau Langkawi tidak lagi menjadi laluan Le Tour de Langkawi (LTdL) dipandang serius oleh penganjur perlumbaan basikal berprestij itu.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LTdL, Mohamed Salleh berkata, beliau terharu dengan pandangan Dr. Mahathir, namun akibat kekangan tertentu perlumbaan tidak dapat diadakan di pulau peranginan itu tahun ini.

"Namun itu tidak bermakna LTdL tidak akan diadakan langsung di Pulau Langkawi, secara tidak rasminya kami telah membuat keputusan untuk kembali meletakkan lokasi tumpuan pelancong antarabangsa itu dalam kalendar perlumbaan LTdL pada masa akan datang," katanya dalam sidang media di sini semalam.

Jelasnya lagi, LTdL sentiasa mengubah laluan setiap tahun dan bukan satu masalah besar jika laluan kembali ke Pulau Langkawi.

"Ia secara tidak langsung dapat menjual nama Malaysia di mata dunia terutama sekali dalam bidang pelancongan dan menjana pendapatan negara.
"Ini adalah perlumbaan peringkat antarabangsa, selepas ia kembali ke Pulau Langkawi Malaysia akan lebih dikenali,"
katanya.

Ahad lalu Dr. Mahathir menyatakan kesedihannya kerana Pulau Langkawi tidak lagi menjadi laluan LTdL sejak beberapa tahun lepas berikutan matlamat awal penganjuran kejohanan itu adalah untuk mempromosikan pulau itu di mata dunia.

Dr. Mahathir, yang menjadi pencetus penganjuran LTdL pada 1996, berkata berikutan LTdL tidak lagi diadakan di pulau itu, maka satu kejohanan basikal bukit antarabangsa Langkawi akan dianjurkan pada Jun ini.
Kali terakhir perlumbaan LTdL diadakan di pulau peranginan itu pada 2003 dalam perlumbaan sejauh 9.5 kilometer.

Utusan

Anaklangkawi :- Akhirnya kembali jua ke Langkawi. Apa2pun diharap anak2 Langkawi boikot LtDL sampai mereka kembali ke Langkawi. Mentang2 la kos LtDL di langkawi agak tinggi. Tapi kalau org2 langkawi mintak hak guna nama langkawi teruk juga LtDL ..

p/s: pantang org salah guna nama

Tuesday, February 16, 2010

Timbalan Agong Lancar Buku "Geoforest Parks: Hanging Gardens Of Langkawi"


BANGI, 12 Feb (Bernama) -- Timbalan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada Jumaat berkenan melancarkan buku Geoforest Parks: Hanging Gardens Of Langkawi terbitan Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (Lestari) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).Turut berangkat hadir pada majlis itu permaisuri baginda, Sultanah Kedah, Sultanah Haminah Hamidun.Buku yang menghimpunkan repositori sejarah, lagenda, ilmu dan aspirasi alam semula jadi Pulau Langkawi itu dihasilkan oleh sekumpulan penyelidik UKM yang diketuai Felo Utama Datuk Shaharuddin Mohd Ismail dan Professor Datuk Ibrahim Komoo.Dijual pada harga RM100 sebuah dan ia hanya boleh didapati di Lestari UKM.

Pada majlis sama Timbalan Yang di-Pertuan Agong turut melancarkan Malaysia Knowledge Tour (MyKTours) iaitu satu aplikasi yang mentransformasikan pengetahuan daripada buku kepada satu format yang mudah dicapai dan dimuat turun.Hadir sama pada majlis itu bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak.-- BERNAMA

Perbanyakkan promosi Langkawi - Tun Mahathir

LANGKAWI 14 Feb. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad meminta pihak yang berkenaan memperbanyakkan promosi mengenai Langkawi untuk meningkatkan kehadiran pelancong ke pulau bebas cukai itu. Beliau berkata, iklan mempromosikan Langkawi masih berkurangan dan yakin jika tarikan di pulau legenda itu diberikan promosi sewajarnya, jumlah pelancong pasti lebih ramai lagi.

"Potensi Langkawi untuk dijadikan destinasi pelancongan kepada Malaysia dibuat sejak saya menjadi Perdana Menteri selepas melihat keindahannya semasa bertugas di Langkawi," katanya pada persidangan media selepas melancarkan perkhidmatan feri penumpang My Ferry 2 di Jeti Kuah di sini hari ini. Turut hadir Pengarah Urusan JMV Ferry Services Sdn. Bhd., Ku Azhar Ku Razak.

Feri tiga tingkat milik JMC Ferry Services Sdn. Bhd. berharga RM7 juta itu boleh membawa 430 penumpang pada satu-satu masa dan merupakan feri terbesar beroperasi di Langkawi.
Mengenai perangkaan Kementerian Pelancongan bahawa kemasukan pelancong ke Langkawi menurun sejak tiga tahun kebelakangan ini, Dr. Mahathir berkata, perkara itu adalah bersifat sementara.

"Kita perlu tahu keperluan pelancong dan pengusaha-pengusaha di Langkawi harus bersiap sedia untuk memenuhi kehendak pengunjung," katanya.

Beliau juga menasihatkan peniaga di Langkawi supaya tidak terlalu mengejar keuntungan lebih dengan menaikkan harga barangan sewenang-wenangnya kerana ia boleh menyebabkan pelancong tidak akan datang kembali.

Selain itu, beliau gembira kerana sudah ramai pelancong negara Arab berkunjung ke Langkawi dan ramai pengusaha setempat membuka restoran Arab untuk keperluan pelawat negara Asia Barat. - Bernama/Utusan

Anaklangkawi :- Elokla feri baru.. jgn harga lain dah la.. baru la padan bayaq.. feri selesa la sikit.. asyik langkawi ni jadi feri buangan labuan ja,,,

p/s: harap2 bertahanla feri ni (terkenang saat manis feri2 lada dulu hehe)

Dr Mahathir Sedih Langkawi Tidak Lagi Dalam LTdL

LANGKAWI, 14 Feb (Bernama) -- Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sedih kerana Pulau Langkawi tidak lagi menjadi laluan dalam Jelajah Basikal Le Tour De Langkawi (LTdL) sejak beberapa tahun lepas. Katanya pulau peranginan itu sepatutnya disenaraikan dalam peringkat Jelajah LTdL kerana matlamat awal penganjuran kejohanan itu adalah untuk mempromosikan pulau itu di mata dunia. Dr Mahathir, yang menjadi pencetus penganjuran Jelajah LTdL pada 1996, berkata berikutan LTdL tidak lagi diadakan di pulau itu maka satu kejohanan basikal bukit antarabangsa Langkawi akan dianjurkan pada Jun ini.

"Saya sedih kerana LTdL tidak dipertandingkan di Langkawi, sepatutnya diadakan di pulau peranginan ini," katanya pada sidang akhbar selepas melancar feri penumpang "My Ferry 2" berharga RM7 juta di Jeti Kuah, di sini. LTdL dalam bahasa Perancis bermaksud 'Melancong ke Langkawi' merupakan acara lumba basikal tahunan yang dianjurkan oleh Malaysia sejak 1996 dan edisi ke-15 tahun ini akan bermula 1 hingga 7 Mac ini.Dr Mahathir berkata kejohanan basikal bukit antarabangsa Langkawi akan diadakan pada 26 dan 27 Jun ini bagi menggantikan perlumbaan LTdL di pulau peranginan itu. Katanya kejohanan itu akan dianjurkan oleh sebuah syarikat tempatan dengan menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM500,000. Menurutnya dua kategori akan dipertandingkan iaitu acara merentas desa sejauh 55 kilometer dan marathon 120 kilometer.

Mengenai LTdL, Dr Mahathir berkata ianya adalah bahan promosi bukan sahaja untuk Langkawi malah untuk Malaysia dan adalah lebih berkesan jika perlumbaan itu disiarkan oleh stesen televisyen di luar negara..-- BERNAMA

Anaklangkawi :-
Meh sama2 org langkawi boikot LTDL memandangkan depa pakai trademark nama langkawi tapi takdak langsung laluan di Langkawi.. PENIPUAN yg nyata.. org korperat boleh cakap sbg misleading tau..

Thursday, February 11, 2010

Agih baka kambing galak penduduk menternak


ULU MELAKA - Bidang pertanian dan penternakan mampu membawa pulangan lumayan sekiranya diusahakan secara serius. Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Abu Bakar Taib berkata, peruntukan sebanyak RM35,000 disalurkan bagi merancakkan industri tersebut. Menurutnya, seramai 10 peserta menerima 200 ayam kampung setiap seorang dan lima peserta masing-masing menerima empat kambing termasuk peralatan serta bahan makanan.

“Industri penternakan mempunyai potensi untuk dimajukan, perkara ini juga berupaya merangsang pengurangan bahan makanan import. “Namun sesetengah individu yang terlibat dalam bidang ini selalu terhenti di pertengahan jalan dan akhirnya projek penternakan tersebut terbengkalai dan membazirkan duit kerajaan,” katanya ketika menyampaikan sijil projek penternakan ayam kampung dan kambing di Institut Penyelidikan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) di Taman Agro Teknologi Mardi, Langkawi.

Hadir sama, wakil pegawai Mardi Langkawi, wakil veterinar daerah Langkawi, peserta projek dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) sekitar Langkawi. Bagi penternak ayam kampung, Saad Osman, 41, dari Kampung Kelubi berkata, sejak setahun lalu dia dan isterinya, Che Yan Arshad, 39, giat menjalankan aktiviti ini. Menurutnya, penternakan bermula dengan 100 ekor baka ayam sehinggalah mencecah lebih 200 ekor kini.

Sementara itu, Meriyah Busuh, 47, dari kampung Bukit Temin giat menternak kambing, itik dan ayam. “Saya lebih tumpukan perhatian kepada kambing, kini terdapat 11 kambing dari baka japnapari dan tempatan. “Kambing mempunyai permintaan tinggi di pulau ini, selain itu, saya juga mahu buktikan kaum wanita mampu menjadi penternak berjaya dan berdikari," katanya. Beliau berkata, kambing yang diternak adalah bagi pasaran tempatan dan permintaan akan meningkat menjelang cuti sekolah dan musim perkahwinan.


Anaklangkawi :- Elokla. Bukan apa kambing kat langkawi mahal sangat harga. Sampai kalau nak buat korban tak pun akikah boleh cecah Rm 1,000 ringgit sekoq.

Monday, February 8, 2010

Air Terjun Telaga Tujuh terbiar

Keadaan bumbung yg rosak.



LANGKAWI: Penduduk tempatan dan Kemudahan uzur jejas imej kawasan tumpuan pelancong pelancong meminta kerajaan dan pihak berkuasa tempatan (PBT) membaiki segera kemudahan asas di kawasan Air Terjun Telaga Tujuh. Ramai berpendapat, kemudahan awam, termasuk dua tandas dan tiga pondok rehat di kawasan itu perlu dibaiki segera kerana sudah uzur dan sebahagian lantainya reput hingga menyulitkan orang ramai menggunakannya.
Tinjauan Berita Harian mendapati, tandas awam berhampiran telaga pertama ditutup dipercayai akibat ketiadaan air, manakala sebuah pondok rehat dalam keadaan tidak terurus dan membahayakan orang ramai. Pelancong dari Kulim, Abdul Rahim Mahmad, 59, berkata seluruh kawasan perkelahan itu sebenarnya masih memerlukan beberapa pembangunan bagi melengkapkan kemudahan asas sedia ada. “Walaupun kerosakan berpunca sikap pengguna, pihak berkaitan perlu memantau kemudahan asas yang disediakan setiap bulan, bukannya menyerahkan 100 peratus tanggungjawab kepada kontraktor pembersihan.
“Lantai pondok yang sudah reput dan atap terkopak perlu diperbaiki segera kerana ia hanya menambahkan lagi kecacatan kawasan perkelahan yang menjadi tumpuan ramai ini,” katanya. Beliau yang juga pesara kerajaan berkata, pihak bertanggungjawab perlu turun padang dan tidak hanya selesa duduk di bilik berhawa dingin bagi memastikan keperluan rakyat diutamakan. Pengunjung tempatan, Ismail Awang Kechik, 51, berkata tindakan menutup tandas di tempat tumpuan awam seperti yang berlaku di kawasan itu tidak seharusnya berlaku kerana ia akan menyusahkan pengunjung. “Pada musim cuti sekolah kawasan air terjun ini dikunjungi lebih 1,000 orang sehari untuk mandi-manda. Bayangkan bagaimana pengguna mahu menukar pakaian dan membuang air kecil kerana tandas yang ada ditutup.

“Pelancong asing ada menegur mengapa tiada pihak tampil membaiki semula tandas dan pondok rehat yang rosak. Malah cukup menyedihkan apabila najis manusia turut ditemui dalam surau di sini. “Sebagai warga tempatan, saya malu dengan keadaan ini dan berharap PBT melakukan sesuatu mengatasi masalah yang berlarutan agak lama ini,” katanya. Sementara itu, Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dalam lawatannya meninjau produk pelancongan di pulau ini, baru-baru ini, turut kecewa dengan kemudahan asas yang tidak terurus di kawasan itu. “Selepas meninjau sekitar gerai dan tempat letak kereta, saya mahu melawat bagaimana keadaan air terjun. Bagaimanapun, saya dimaklumkan beberapa kekurangan dan kerosakan membabitkan kemudahan awam di sana.

“Berikutan itu, saya tidak jadi naik, sebab kalau naik ke sana nanti berjumpa banyak masalah saya akan sedih,” katanya sambil meminta pihak berkaitan memberi perhatian serius terhadap isu kebersihan membabitkan produk pelancongan.
Anaklangkawi :-
Bukan telaga tujuh ja. Tapi ada 2 3 tempat yg perlu diberi perhatian. Yg penting maintainance..

Kerajaan Tubuh Jawatankuasa Bertindak Tangani Masalah Kebersihan

LANGKAWI, 2 Feb (Bernama) -- Kementerian Pelancongan menubuhkan sebuah Jawatankuasa Bertindak untuk menangani masalah kebersihan di pulau Langkawi. Timbalan Menteri Pelancongan Datuk Dr James Dawos Mamit berkata jawatankuasa itu dianggotai oleh pelbagai jabatan dan agensi kerajaan seperti Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada), Majlis Perbandaran Langkawi, Pejabat Daerah Langkawi, Tourism Malaysia, Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Laut.

"Jawatankuasa itu akan mengadakan mesyuarat sekurang-kurang sebulan sekali atau mengikut keperluan untuk mendapat maklumbalas, selain itu pemantauan terus dibuat oleh kementerian berkenaan," katanya kepada pemberita di sini Selasa.Beliau berkata langkah kerajaan untuk menswastakan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam kepada syarikat Environment Idaman (E-Idaman) mulai semalam adalah satu daripada langkah menangani masalah kebersihan di pulau bebas cukai itu. Sementara itu, beliau berkata kementerian akan memasang lebih banyak papan tanda pelbagai bahasa di tempat tumpuan pelancong bagi memudahkan mereka memahami keadaan sebenar kawasan itu termasuk aspek keselamatan. Selain bahasa Inggeris, papan tanda yang akan dipasang mengikut kehadiran pelancong seperti Jerman, Itali, Jepun dan Arab, katanya.-- BERNAMA

APMM Patah Cubaan Seludup Arak Dan Minyak Petrol Ke Negara Jiran

LANGKAWI, 7 Feb (Bernama) -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Langkawi berjaya mematah percubaan menyeludup arak dan minyak petrol ke Satun, dari sebuah bot penumpang dalam perjalanan menghantar pelancong ke Thailand di lokasi 3.3 batu knot dari barat Pulau Rebak Besar Langkawi pada Sabtu. Ketua Penguatkuasa Wilayah Utara APMM Laksamana pertama maritim Zulkifli Abu Bakar berkata kejayaan itu adalah hasil rondaan bot APMM diketuai Bintara muda maritim Masrun Hamizan bersama lima anggota.Hasil pemeriksaan, APMM menemui 420 liter minyak petrol bersama 53 botol arak pelbagai jenis yang disembunyi di bawah tempat duduk penumpang, katanya dalam kenyataan media di sini.Nilai rampasan minyak petrol sebanyak RM1,176 manakala bagi 53 botol arak adalah RM5,467.79 termasuk duti eksais Kastam.Katanya, tujuh krew bot penumpang bersama 22 pelancong dalam bot berkenaan dibawa ke Jeti Perikanan Bukit Malut di sini untuk siasatan lanjut.Kesalahan ini boleh didakwa di bawah Akta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sekyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Kastam di bawah sekyen 135 (1)(e) 1967.-- BERNAMA

Pakej Susuri Sungai Kilim Di Langkawi

LANGKAWI, 4 Feb (Bernama) -- Komuniti Pengurusan Sumber Perikanan Sungai Kilim di Ayer Hangat di sini mensasarkan untuk menarik kira-kira 150,000 pelancong dari dalam dan luar negara untuk menyusuri sungai itu bagi melihat keindahan alam sekitarnya.Pengerusi komuniti tersebut, Omar Ariffin berkata pihaknya menyediakan 70 bot untuk membawa pelancong dengan bayaran antara RM200 dan RM400 bagi satu bot bagi perjalanan antara satu hingga empat jam.

"Di bawah pakej Mangrove Tour ini, para pengunjung boleh melihat pelbagai keunikan seperti hutan bakau, spesis burung, bukit batu kapur yang berusia antara 380 hingga 400 juta tahun, kawasan geopark, ternakan ikan dalam sangkar serta menikmati makanan segar di restoran terapung," katanya. Omar berkata sebanyak 101,790 pelancong seperti dari England, Jerman, Jepun, India, Arab, Finland, Russia, Denmark, Korea dan pelancong tempatan telah mengunjungi Sungai Kilim tahun lepas dengan lebih 15,000 trip perkhidmatan bot dilakukan.Selain mengadakan perkhidmatan bot, komuniti itu juga menjalankan projek menternak ikan dalam sangkar dengan ikan kerapu harimau mendapat pasaran mengalakkan, katanya.

-- BERNAMA

Tuesday, February 2, 2010

Langkawi a big hit with Koreans

LANGKAWI: Koreans who have grown fond of Langkawi, are back for the second time to enjoy the islanders' warm hospitality.

The latest group is made up of 31 visitors aged between 40 and 78. Cheong Am Middle School of Seoul principal Choo Se Young said the participants, enrolled in a special programme for the poor and needy, were selected as part of the Malaysia-Korea Homestay programme.

"We learnt so many interesting things about Langkawi and the residents from a group of secondary students who came here last year. "We are so happy to have been chosen to savour the warm hospitality of Langkawi residents," he said after arriving at Kampung Keda Wang Tok Rendong here yesterday for a three-day stay with foster families. The VIP visitors were earlier wowed with a traditional welcome by their hosts. Many among the guests were seen clicking their cameras to record the warm welcoming ceremony which included youngsters beating the kompang while they were escorted by young village women carrying the bunga manggar to meet their foster families.

Choo said they were very touched by the warm reception by the Malaysian Homestay Operators' Association and its Langkawi chapter. "I know the group would remember this day forever. "This has been a truly moving experience for us and we want to learn more about the people, their culture and we will also not want to miss visiting the many tourist attractions that we have heard so much about in Langkawi." Meanwhile, Langkawi Homestay Association chairman Mokhtar Shabudin said the visit by the Korean guests was made possible after Tourism Malaysia held discussions with its Korean counterparts last October.

NST Online

Tahap Kebersihan Langkawi Perlu Diberi Perhatian - James Dawos Mamit

LANGKAWI, 1 Feb (Bernama) -- Timbalan Menteri Pelancongan Datuk Dr James Dawos Mamit hari Isnin menggesa pihak yang berkenaan agar memastikan tahap kebersihan di pulau peranginan Langkawi ditingkatkan selaras dengan kedudukan pulau itu sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.Beliau berkata ini kerana aspek kebersihan menjadi antara aset penting dalam usaha mempromosikan produk pelancongan."Kita yakin dengan beberapa langkah diambil termasuk penswastaan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam kepada Environment Idaman (E-Idaman) mulai hari ini, masalah itu dapat diatasi", katanya kepada pemberita selepas melawat Jeti Sungai Kilim Ayer Hangat, di sini.Pada masa sekarang kutipan sampah di pulau peranginan itu adalah sekitar 86 tan metrik setiap hari.Dawos turut meminta agar Majlis Perbandaran Langkawi mengambil tindakan tegas terhadap masalah pembuangan sampah merata-rata di pulau itu.Dawos yang diiringi Anggota Parlimen Langkawi Datuk Paduka Abu Bakar Taib dan bekas Pegawai Daerah Langkawi Datuk Mansor Ismail adalah dalam lawatan pertama beliau ke pulau peranginan itu selepas dilantik sebagai timbalan menteri berkenaan.-- BERNAMA