Advertisement :- Villa De Porto ~ A Private Gateaway in Langkawi

Monday, March 15, 2010

Pembangunan Kedah Di Bawah Pakatan Rakyat Mengecewakan, Kata Mukhriz

ALOR SETAR, 14 Mac (Bernama) -- Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir menyuarakan rasa kecewa dengan pembangunan Kedah yang dianggapnya tiada menampakkan sebarang kemajuan sepanjang tempoh dua tahun ia ditadbir oleh Pakatan Rakyat (PR). Katanya beliau melihat Kedah mempunyai potensi yang besar untuk maju, namun apa yang disaksikan sepanjang dua tahun pentadbiran PR amat mengecewakan. Beliau berkata Langkawi merupakan aset utama negeri yang boleh dibangunkan sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia, tetapi kerajaan Kedah tidak peka dan gagal mengekploitasi potensi pulau lagenda itu.

"Dalam soal ini rakyatlah yang rugi kerana tidak mendapat manfaat. Sebab itu saya menggalakkan anak-anak negeri Kedah supaya pulang dan bangunkan negeri ini bersama," katanya ketika ditemui selepas menyampaikan ucapan pada program Matrade bersama usahawan dan pengeksport wilayah utara di sini, pada Ahad. Sementara itu Mukhriz yang juga Anggota Parlimen Jerlun berkata Barisan Nasional, khasnya Umno tidak pernah menjanjikan perkara-perkara yang diluar kemampuannya sebagaimana yang dilakukan oleh PR untuk memenangi pilihan raya.-- BERNAMA

Anaklangkawi :-
:) Pada hemat saya kalau disebut Kedah dibawah PR kurang maju saya setuju. Tapi jika disebut Langkawi yg merupakan aset negeri & gagal dieksploitasi oleh Negeri Kedah saya tak setuju. Sbb utk memajukan langkawi bukan tanggungjawab kerajaan negeri sahaja..

Ia merupakan tanggungjawab bersama antara Kerajaan Negeri & Pusat (melalui LADA).
Jadi bersama2lah majukan langkawi & jgnlah tuduh menuduh satu sama lain..

Penumpang feri ditahan bawa dadah ke Langkawi

LANGKAWI- Satu lagi kes penumpang feri membawa masuk dadah ke Langkawi di kesan apabila polis menahan seorang lelaki dan merampas 14 kilogram daun ketum daripadanya di Jeti Kuah semalam. Penumpang berusia 20-an itu ditahan selepas diperiksa sebaik sahaja turun dari feri tersebut."Polis menjumpai daun ketum di dalam beg yang dibawanya," kata Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Ishak Hasan.Beliau berkata, polis akan sentiasa memantau kegiatan menyeludup dadah, jenayah dan teksi haram bagi menjaga imej pulau pelancongan ini.
-Bernama

Anaklangkawi :-
Elokla.. biar kita sasarkan sifar dadah di langkawi

Mesyuarat khas tangani masalah obor-obor

KUAH - Mesyuarat khas akan diadakan bagi menangani masalah obor-obor sekitar pantai di Langkawi terutama di Pantai Chenang, Kedawang. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, S.Manikumar yang terkejut dengan masalah yang pernah membawa kepada kematian berkata, beliau tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian itu. Menurutnya, perkara itu juga akan dibincangkan bersama Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada), Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) dan agensi berkaitan.

“Kami akan meminta analisa terperinci mengenai kehadiran obor-obor di pantai sekitar Langkawi. “Perkara ini dipercayai berpunca daripada keadaan laut yang tercemar dan perlukan pembersihan segera,” katanya ketika ditemui selepas Pertandingan Tomoi di Kompleks Sukan Lada di Kuah.

S Manikumar berkata, pihak seperti WWF, universiti tempatan turut dijemput untuk melakukan kajian penyelidikan. Menurutnya, masalah itu tidak boleh diabaikan sungguhpun industri pelancongan akan goyang tetapi mengikut jangka panjang masalah ini perlu diberi perhatian serius. “Jika masalah ini berterusan sehingga menyebabkan kematian atau lebih banyak kecederaan, imej pelancongan di Langkawi akan terjejas teruk, kami meminta pakar dalam bidang kajian ini tampil dan memberikan pandangan,” katanya. - Sinar Harian

Anaklangkawi :-
Jika ada betul masalah obor2 yg serius di Pantai Cenang cek nasihatkan hotel disekitar buat warning kepada semua pengunjung.. Jgnla nasi menjadi bubur pulak nanti..

Saturday, March 13, 2010

Sumbangan RM15,000 Kepada Kumpulan Muzik Metro Rokers ~ Dato' Abu Bakar

~Email diterima ~

YB Dato Paduka Abu Bakar Bin Taib, Ahli Parlimen Langkawi telah membuat lawatan ke Kumpulan Muzik METRO ROKERS pada 05 March 2010 lalu di Kg Padang Lalang, Mukim Ayer Hangat ,Langkawi. Kumpulan Muzik METRO ROKERS ini adalah terdiri daripada belia-belia Kg Pdg Lalang yg juga merupakan ahli Persatuan Gerakan Belia 4B Malaysia Cawangan Kg Pdg Lalang , Mukim Ayer Hangat ,Langkawi dalam lawatan ini YB Dato telah di persembahkan dengan beberapa lagu bagi menunjukan yang kumpulan ini aktivi dalam latihan dan persembahan di Langkawi.

Memandangkan dengan peralatan sediada yang tidak mencukupi serta sudah uzur maka Yb Dato Paduka Abu Bakar B. Taib telah meluluskan sumbangan beliau sebanyak RM 15,000.00 untuk pembelian peralatan muzik baru. YB Dato Paduka berharap dengan adanya kumpulan muzik seperti ini maka boleh mengurangkan gejala sosial di kalangan belia dan belia wanis di Langkawi. Beliau juga berkata kerajaan pusat amat perihatin dan sentiasa mangambil berat kepada para belia dan belia wanis di Langkawi. Beliau juga amat berbangga dengan kumpulan muzik ini kerana ahli-ahli nya terdiri daripada anak-anak tempatan Parlimen Langkawi.

Daripada :-

Mohd Saiful Bin Mustafa
Setiausaha & pegawai khas
Kepada Ahli Parlimen Langkawi.

Anaklangkawi :-
Ha.. elokla.. tapi jgnla berenti kat sini ja.. Dah pandai esok buat la persembahan pada majlis2 & keramaian kat langkawi. Jgn disia-siakan peruntukan yg diberikan..

p/s: kenduri open house dato' bakar hangpa offer la nak buat persembahan noo..

MATTA Fair 2010 To Enhance Langkawi's Tourism Sector This Year

By Prem Kumar Panjamorthy

KUALA LUMPUR, March 12 (Bernama) --

The Malaysian Association of Tour and Travel Agents Travel Fair 2010, or popularly known as the MATTA Travel Fair, is expected to boost Langkawi's tourism sector, this year.The Langkawi Development Authority (LADA) Tourism Manager, Megat Shahrul Azman Abas said three million tourists are expected to visit the historical island, this year. "This is an increase of approximately half a million from the 2.5 million tourist arrivals recorded last year."Malaysians are still the major contributor to this figure and Thailand, Singapore and China, follow suit.

The MATTA Fair 2010 is being held at the Putra World Trade Centre (PWTC) from Friday till Sunday. In order to further boost Langkawi's tourism, LADA has come up with the "1Passport Langkawi". This is a document similar to a passport, which offers six major attractions in Langkawi at a single price.The passport is being sold at LADA's booth at the MATTA Fair's Domestic Hall at RM40 for adults and RM25 for children.The 1Passport Langkawi will cover the Langkawi Cable Car, Langkawi Wildlife Park, Langkawi Mahsuri Town, the Langkawi Craft Complex, the Underwater World Langkawi and "Galeria Perdana", a historical museum on Langkawi."It was launched at the MATTA Fair in September last year and we managed to sell about 1000 of it."As this is the second attempt, we are expecting to sell more than 2000 passports," Underwater World Langkawi Sdn Bhd's Assistant Manager for Marketing and Communications, Haizolsam Mustaffa said.He added the passport has seen an increasing demand compared to the last fair and both the company and LADA are very confident of the sales target.

-- BERNAMA

Anaklangkawi :-
After sometime, this is the time i can see LADA is activily involve with MAtta Fair.. The 1 passport scheme is a good initiatve.. It will give boost to langkawi tourism factor.. Having to said that. Next time LADA should increase more places inside the offer let say at Kilim Eagle nest or Island hopping trip..

Perahu Layar: Malaysia Raih Satu Emas, Dua Perak, Satu Gangsa Di Pattaya

LANGKAWI, 12 Mac (Bernama) -- Malaysia meraih satu emas, dua perak dan satu gangsa pada hari terakhir Kejohanan Perahu Layar Laser Asia Pasifik yang berlangsung di Pattaya, Thailand.Pengurus Besar Persatuan Pelayaran Malaysia, Mohd Afendy Abdullah berkata pingat emas disumbang oleh pelayar kebangsaan Mohd Romzi Muhammad dalam kelas Laser Radial terbuka.

"Mohd Romzi mengekalkan kedudukannya menjadi pendahulu sejak diawal perlumbaan dengan mengutip sembilan mata, pencapaian yang sukar dicabar pelayar lain," katanya.Mohd Afendy berkata pelayar wanita negara, Nur Amirah Hamid turut cemerlang untuk meraih pingat perak dalam acara Laser Radial. Harithammry Nassation menyumbang pingat perak kedua apabila menduduki tempat kedua kelas Laser Standard. Khairulnizam Mohd Afendy pula berpuashati memenangi pingat gangsa manakala rakannya Nik Ashraf Qaedi Nik Azizan menduduki tangga kelima.

BERNAMA

APMM Tahan 93 Pendatang Tanpa Izin Di Langkawi

LANGKAWI, 11 Mac (Bernama) -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Langkawi berjaya menahan 93 orang pendatang tanpa izin (PATI), dipercayai warganegara Myanmar, yang cuba masuk ke negara menerusi jalan laut di 27 batu nautika barat daya Pulau Singa Besar di sini petang Rabu. Ketua Penguatkuasa Wilayah Utara APMM Laksamana Pertama Maritim Zulkifli Abu Bakar berkata kesemua lelaki berumur antara 16 hingga 50 tahun itu ditahan dalam sebuah bot kayu panjang.

"Kami menerima maklumat daripada APMM Pulau Pinang mengenai terdapatnya satu aduan oleh sebuah bot ikan tuna bahawa mereka tersempak dengan bot yang sarat membawa orang di perairan Langkawi," katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.Katanya sebuah bot peronda APMM yang diketuai Lt Maritim Hilmi Abdullah kemudiannya mengesan bot pendatamg tanpa izin itu kira-kira pukul 2 petang.Beliau berkata setelah membuat pemeriksaan, bot yang dinaiki oleh 93 orang itu tidak mempunyai nombor pendaftaran dan kesemua penumpangnya tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.

Katanya APMM turut menemui beberapa kampit beras dan dapur yang disimpan dalam bot itu dan mereka dipercayai telah belayar selama 40 hari. Zulkifli berkata bot dan 93 orang penumpangnya itu dibawa ke pangkalan Bukit Malut di sini untuk siasatan lanjut dan mereka akan didakwa di bawah Akta Imigresen kerana cubaan memasuki negara ini secara haram.
-- BERNAMA

Anaklangkawi :-
Cek akan cari nombor telefon APMM supaya kalau nak buat report pendatang tanpa izin senang.. Kalau sahabat2 diluar sana ada bagitaula noo

Pelajar, ibu tunggal terima RM27,350

KUAH - Seorang ibu tunggal dari Kampung Lubuk Buaya, Mukim Kedawang, bersyukur dan berterima kasih selepas menerima sumbangan wang zakat dari Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat). Che Om Bahari, 42, berkata, sumbangan ini mampu meringankan bebannya untuk menampung dua anak yang masih bersekolah di tingkatan dua dan tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan Kedawang. “Wang zakat yang diterima akan disimpan dan digunakan untuk belanja harian terutama dalam perbelanjaan persekolahan,” katanya. Bank Rakyat menyumbang bantuan wang zakat RM27,350 kepada 345 pelajar miskin dari Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Hangat dan 28 ibu tunggal. Penyampaian zakat oleh Ketua Wilayah Utara Bank Rakyat, Mohd Azmir Mohd Nasurdin itu merupakan pembayaran zakat perniagaan bank berkenaan bagi tahun 2008. Hadir sama, Pengurus Bank Rakyat cawangan Langkawi, Husin Mahadi dan kakitangan.

Pada majlis sama juga, sebanyak 28 masjid dan sebuah surau di daerah ini dipilih menerima sumbangan jam dinding. Mohd Azmir berkata, sumbangan zakat RM27,350 itu adalah tambahan kepada sumbangan sama yang diberikan pada Ramadan lalu lebih RM60,000. Menurutnya, bantuan itu adalah sebahagian program sosial bank berkenaan kepada golongan pelajar miskin dan individu kurang bernasib baik. “Dengan bantuan yang tidak seberapa ini diharap pelajar dapat memanfaatkannya untuk menampung keperluan pembelajaran mereka serta meringankan beban keluarga. “Bank Rakyat Wilayah Utara memperuntukkan lebih RM1 juta untuk bayaran zakat perniagaan bagi tahun 2008,” katanya.

Sinar Harian

Pembukaan cawangan baharu itu yang membantu pelanggannya menjimatkan masa dan memberi kemudahan rakyat setempat berurusan dengannya, katanya pada pemberita selepas menyerah wang zakat Bank Rakyat kepada 28 ibu tunggal dan sumbangan jam dinding kepada imam-imam masjid seluruh Langkawi, yang berjumlah RM27,350.00 di sini pada Jumaat. Selain itu, bank berkenaan turut menyampaikan zakat kepada 345 pelajar miskin dari Sekolah Menengah Ayer Hangat, Langkawi yang berjumlah RM27,350.Peruntukan zakat itu adalah tambahan kepada peruntukan awal bagi cawangan Langkawi sebelum ini yang telah menerima peruntukan RM64,050. Mohd Azmir berkata, Wilayah utara diperuntukkan sebanyak RM1.094 juta wang zakat Bank Rakyat untuk disumbangkan kepada golongan asnaf yang berhak menerimanya.

Bernama

Anaklangkawi :-
Amat seronok bila mendengar zakat diberikan kepada penduduk langkawi..Elokla..
Satu lagi, agak2 pengusaha hotel2 kat Langkawi bayaq zakat tak?

Thursday, March 11, 2010

Golf: Piala Dr Mahathir Di Langkawi Ogos Ini

LANGKAWI, 10 Mac (Bernama) -- Kejohanan Golf Piala Dr Mahathir akan dianjurkan di pulau lagenda ini pada Ogos ini sebagai usaha mempromosikan Langkawi sebagai destinasi sukan golf. Kejohanan anjuran Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) cawangan Kedah itu akan diadakan pada 7 Ogos di Kelab Golf Datai di sini. Pengerusi Matta Kedah Pishol Ishak berkata piala bagi kejohanan itu disumbangkan sendiri oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Selain menarik pelancong datang ke pulau peranginan itu, kutipan daripada kejohanan tersebut akan disumbangkan kepada Tabung Rakyat Palestin, katanya kepada Bernama di sini Rabu. Pemain negara jiran seperti Brunei, Singapura dan Thailand akan diundang bagi memeriahkan kejohanan yang julung kali dianjurkan itu, katanya.Katanya, bayaran penyertaan adalah di antara RM300 dan RM350 seorang, dan pihak penganjur mensasarkan untuk mengumpul RM100,000 daripada yuran penyertaan dan penajaan.

Wednesday, March 10, 2010

Letter from Concern Regular Tourist

From : Cumbria England,

To : Datuk Paduka Abu Bakar

Dear Sir,

For the last 19 years, I have been a frequent visitor to Langkawi, and for a three year period, my husband & i returned here & fully intended to stay. However, it became apparent that many services, utilities were deteriorating resulting in the present chaos.

The collection of rubbish has become infrequent, resulting in piles of refuse left for days on the roadside. Areas of land cleared for development of cheap & badly constructed buildings with no thoughts of surrounding environment. A point in fact is the ongoing destruction of Tanjung Mali Hill.

There is now a "FUNFAIR" on Mukim Kedawang which has remained in place despite many pleas to the authorities by neighbouring residents & guest in the area to stop the deafening music which continous all evening, every day until 01.00 or 02.00am. The rubbish from the "FUNFAIR" is thrown onto the adjoining waterlogged land & left to rot into a stinking mess.

Langkawi is reputed to be a place of peace & beauty. It no longer is & I, for one will not return untill such time as these serious problem are resolved. For me the dream is over.

I would also mention that there is only one ATM in the whole area of Pantai Tengah & Pantai Cenang. It is frequently "OUT OF SERVICE".

I hope that something is done to restore Langkawi to its proper condition or for the island too.. the dream is over..

Yours Faithfully,

VALERIE BEECHINOR.

CC : Datuk Nawawi ,
Tourism Malaysia, Pusat Penerangan Pelancongan, Langkawi
Abdul Aziz Abdul Ghani, Majlis Perbandaran Langkawi
Bahagian Perhubungan Awam, LADA,
Mr. Jeffrey Sunset Beach
Mr. Saidi Ramli, White Lodge Langkawi

Anaklangkawi :-
A letter from a concern regular tourist complaining about current situation of langkawi. This is some of the grouses we heard from time to time. It is sad to hear such grouses when the we've tried all we can to promote our lovely island.

I urge/ demand that authorities take serious concern regarding this. I know most of the complains can only be solve by the local authorities, LADA & tourism ministry. So please take act.. The ADUN & MP's can only raise the concern & complains but at the end those ppl in the office can only solve it..

So if they said its only the locals complain then think again.. For other let us write more complains & letters so that our lovely island become a dream again to people like Valerie..
As for the banks.. Please-lah.. increase your ATM's .. if you dont want the services than MPL should open to other banks.

p/s: Thanks to Parliment Langkawi office by sharing the letter.

Monday, March 8, 2010

Bomba jalani latihan kecemasan TelagaTujuh

PADANG MATSIRAT - Bomba dan Penyelamat daerah Langakwi mengambil langkah awal sebelum menjelang cuti sekolah bagi meminimakan kes kemalangan di Taman Rekreasi Telaga Tujuh di Teluk Burau, Padang Matsirat. Taman yang menjadi tumpuan awam itu, sering kali meragut nyawa dan berlaku kemalangan atas kelalaian diri sendiri. Ketua Bomba dan Penyelamat daerah Langkawi, Ishak Hashim berkata, latihan mencari dan menyelamat (Sar) melibatkan 28 anggota. Menurutnya, tali sepanjang 530 meter diikat di beberapa kawasan sebagai arah pandu dan tempat orang ramai berpaut.

“Kami mengenal pasti beberapa lokasi merbahaya di kawasan air terjun setinggi 701 meter dari aras laut ini. “Tali nylon dan polister nylon diikat di empat lokasi utama iaitu di puncak 701, rabung batu di tingkat tiga, lereng sungai di tingkat dua dan perantaraan tingkat dua dan tiga,” katanya ketika ditemui selepas sesi latihan itu. Ishak berkata, kawasan air terjun ini sering meragut nyawa, terutama pelancong asing kerana tergelincir.

Menurutnya, pada tahun ini sebanyak dua kematian dan empat orang sesat dilaporkan. “Manakala pada tahun lepas sebanyak enam kematian dan sembilan sesat tercatat,” katanya. Beliau berkata, lokasi lain turut menjalankan operasi Sar adalah di Gunung Raya dan dilakukan pada waktu malam pada April nanti.

Sinar Harian

Anaklangkawi :-
Elokla.. Patut tambah sikit signboard 'awas' or beware..

Melawat Pesakit ~ Telok Baru


- Email diterima dr Pejabat Ahli Parlimen

Hasil daripada maklumat, YB Dato Paduka Abu Bakar Bin Taib , Ahli Parlimen Langkawi telah melawat pesakit En Saad Bin Dalil,Telok Baru, Pantai Tengah mukim Kedawang ,Langkawi pd 04 March 2010 di rumah pesakit tersebut….

YB Dato Paduka akan usahakan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk pesakit dalam masa terdekat ini. Insyallah.

En. Saad mengalami sakit darah tinggi, kencing manis & stroke.

Saturday, March 6, 2010

180 Pemancing Dari 12 Negara Sah Sertai LASIFC 2010

LANGKAWI, 3 Mac (Bernama) -- Seramai 180 orang dari 12 negara telah mengesahkan penyertaan pada Pertandingan Memancing Antarabangsa Langkawi Adang-Satun (LASIFC 2010) pada 22 April depan. Ketua Penolong Pengurus Pelancongan Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) Azmil Munif Mohd Bukhari berkata peserta luar negara yang mengambil bahagian ialah dari Filipina, Singapura, Brunei, India, Amerika Syarikat dan Thailand."Setiap pasukan akan diwakili oleh enam pemancing pada pertandingan anjuran bersama Lada dan Gabenor Wilayah Satun itu dan bagi tahun ini Thailand menjadi tuan rumah bagi pertandingan itu," katanya kepada Bernama di sini pada Rabu. Katanya pemancing yang mengambil bahagian berpeluang memancing di perairan antara Thailand dan Malaysia dan pertandingan itu menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM30,000.Beliau berkata pertandingan itu dibahagi kepada tiga kategori iaitu pasukan terbaik, pemancing dan tekong terbaik.--

BERNAMA

Anaklangkawi :-
Elokla ada lagi satu event. Mehla beramai2

Kelas Kafa terpaksa tumpang masjid ~ Ulu Melaka

ULU MELAKA - Kelas Fardu Ain dan al-Quran (Kafa) di Masjid Nurul Naim, Kampung Bukit Temin, Ulu Melaka serba kekurangan dan perlukan bantuan segera. Imam masjid itu, Hashim Ismail berkata, masjid yang lebih 20 tahun itu, menumpangkan sebahagian kawasan bilik untuk melaksanakan kelas Kafa. Menurutnya, bilik yang dijadikan kelas hanya dipisahkan dengan dinding papan dan seramai 102 murid yang mengikuti pengajian masih bersila dengan sistem udara kurang sempurna sepanjang pembelajaran.

“Sebelum ini kami kekurangan al-Quran dan kini mencukupi, kini kami memohon untuk baik pulih kelas dan bahagian dapur. “Disebabkan jumlah murid semakin bertambah kami berharap satu dewan dapat didirikan disebelah kawasan masjid,” katanya ketika ditemui. Hashim berkata, terdapat tanah kosong bersebelahan masjid dan kawasan itu amat sesuai didirikan bangunan baru. Hashim yang menjadi imam lebih 10 tahun berkata, murid terpaksa berhimpit-himpit sepanjang kelas. “Mereka berkongsi meja panjang bersaiz kecil dengan tiga orang sebaris dan keadaan ini dilihat kurang selesa,” katanya. Beliau berharap pihak Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) dapat memberikan peruntukan bagi mendirikan bangunan baru atau membaik pulih kelas bagi digunakan oleh kanak-kanak di kampung ini.

Sinar Harian

Anaklangkawi :-
Wakil kerajaan negeri pi la jenguk sikit..

Nelayan dapat 88 enjin bot sangkut tempatan


KANGAR 2 Mac - Technology Park Malaysia (TPM) baru-baru ini menyerahkan sebanyak 88 enjin bot sangkut dengan inovasi alat kemudi hasil pencipta tempatan dengan kerjasama saintis TPM kepada para nelayan di Langkawi dan Perlis.
Pengurus Besar TPM Engineering Sdn. Bhd., Aggus Salim Halmee Haidar berkata, inovasi alat kemudi yang dinamakan RED1 itu diilhamkan oleh seorang bekas nelayan di negeri ini, Ridzduan Hashim, 43.
Menurutnya, ia bertujuan membantu meminimumkan kos operasi nelayan dari segi penggunaan bahan api dan kos tenaga kerja.
''Dari segi pengendalian, bot menggunakan RED1 boleh dikendalikan oleh seorang nelayan dengan kemampuan beroperasi ke hadapan dan ke belakang berbanding bot konvensional yang tidak boleh diundur dan perlu dikendalikan oleh dua nelayan,'' katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Aggus Salim memberitahu, komponen yang digunakan dalam pembikinan RED1 adalah seratus peratus tempatan dengan kos RM7,000 bagi setiap unit termasuk kos penyelidikan dan pembangunan.
"Penggunaan komponen tempatan memudahkan penukaran alat ganti yang sedia ada di pasaran tempatan berbanding komponen import," jelasnya.
Beliau berkata, projek RED1 menerima peruntukan bernilai RM4.1 juta dari Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan dijangka mampu menyiapkan kira-kira 400 unit RED1 tahun ini untuk diserahkan kepada nelayan melalui kawasan Parlimen masing-masing.
Antara aplikasi lain RED1 adalah penggunaan satu unit 'shaft' memudahkan pengendalian enjin yang lebih ringan sekali gus dapat meminimumkan penggunaan minyak.
Selain itu, katanya, penggunaan enjin komersial atau enjin standard industri dapat menjimatkan penggunaan bahan api tanpa perlu menggunakan minyak 2T.
Sementara itu, enjin dan alat kemudi yang boleh dibuka membolehkan enjin digunakan untuk tujuan lain seperti pam air dan mesin tebu selain harga RED1 yang lebih murah berbanding enjin yang ada di pasaran sekarang.

Menurut Aggus Salim, projek RED1 yang bermula Julai tahun lalu dengan tenaga kerja seramai enam orang dari TPM itu dijangka berkeupayaan menghasilkan 10 RED1 dalam tempoh seminggu.
Dalam pada itu, pada majlis perasmian Malaysia Inovatif 2010 (MI2010) baru-baru ini, sebanyak 44 unit RED1 diserahkan kepada Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Paduka Abu Bakar Taib dan 44 unit lagi diserahkan kepada kawasan Parlimen Arau.
Majlis penyerahan dilakukan oleh Ketua Unit Dana MOSTI, Suhaimi Hamzah dengan disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif TPM, Datuk Mohd. Azman Shahidin.
Anaklangkawi :- alhamdulillah.. dapat nelayan langkawi.