Advertisement :- Villa De Porto ~ A Private Gateaway in Langkawi

Sunday, March 21, 2010

Marina Pendaratan Nelayan Perlu Dibina

LANGKAWI, 19 Mac (Bernama) - Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) disaran membina marina pendaratan nelayan di Kuala Teriang di sini untuk memberi kemudahan kepada lebih 100 nelayan tanpa menunggu air pasang untuk keluar menangkap ikan. Pengerusi Persatuan Nelayan kawasan Langkawi (PNKL) Mahadzir Ibrahim berkata buat masa ini para nelayan terpaksa menunggu air pasang untuk keluar, mereka juga perlu pulang awal untuk mengelak air surut. Oleh itu pembinaan marina diperlukan segera bagi kemudahan nelayan di kawasan berkenaan, katanya di sini pada Jumaat. Mengenai masalah nelayan Sungai Kuah, beliau berharap Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) dapat menimbang membina jeti pendaratan nelayan untuk kemudahan 100 nelayan.

Mahadzir juga berharap agar Lada dapat mempercepatkan tindakan bagi membolehkan Kompleks Pendaratan nelayan di Penarak, Kuah berharga RM6 juta yang telah siap, beroperasi secepat mungkin.Menurutnya kompleks itu telah disiapkan sejak tahun lepas, tapi sehingga kini belum boleh diduduki. Sebelum ini Mahadzir berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meluluskan peruntukan RM7 juta untuk pembinaan Jeti Nelayan Kuala Chenang di sini. Sementara itu, PNKL akan mengadakan mesyuarat agung tahunan pada 31 Mac ini di Kompleks sukan Langkawi di sini.-- BERNAMA

Anaklangkawi :- Perdalam lagi kot sungai tu.. tak pun apa kata buat jambatan marina drpd tambak laut yg panjang tu..

No comments: