Advertisement :- Villa De Porto ~ A Private Gateaway in Langkawi

Saturday, October 16, 2010

Singapura Tumpuan Lada Tarik Pelancong Ke Langkawi

LANGKAWI, 15 Okt (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) menjadikan Singapura sebagai hab bagi menarik lebih ramai pelancong ke Langkawi.

Kedatangan pelancong Singapura dan asing telah bertambah 10 peratus.

"Seramai 22,614 pelancong datang ke sini dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini berbanding 16,770 orang dalam tempoh sama tahun lepas," katanya kepada Bernama di sini Jumaat.

Azman berkata pelancong dari Singapura yang hendak ke Langkawi boleh menggunakan perkhidmatan Penerbangan Malaysia (MAS), AirAsia dan Silk Air dari Singapura, selain melalui jalan darat untuk menaiki feri ke Langkawi.

Lada menempah empat kiosk pada pameran anjuran Tourism Malaysia itu yang mendapat kerjasama Persatuan Bas Ekspres Singapura.

-- BERNAMA

Anaklangkawi :-
Adalah amat wajar tumpuan diberikan terhadap Singapura.. Sekurang-kurangnya boleh dipromosi kepada pelancong Singapura yg mahukan ketenangan di Langkawi..

No comments: