Advertisement :- Villa De Porto ~ A Private Gateaway in Langkawi

Saturday, January 15, 2011

50 Pasukan Sahkan Sertai World Cup Asian Paintball 2011 Di Langkawi

ALOR SETAR, 11 Jan (Bernama) -- Lima puluh pasukan telah pun mengesahkan penyertaan dalam Kejohanan World Cup Asian Paintball 2011 yang bakal berlangsung di Langkawi dari 10 hingga 12 Nov depan.

Pengerusi Jawatankuasa Induk kejohanan itu Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata beliau menjangkakan 32 negara termasuk Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah akan menyertai kejohanan itu yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah AS$30,000.


"Kita menyasarkan sebanyak 160 pasukan melibatkan minimum 2,000 peserta akan menyertai kejohanan itu," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat jawatankuasa itu di sini Selasa.


Timbermad :-
Kenapalah nak dibuat Kejohanan dalam Dewan Mahsuri.. Tak sesuai langsung.. saya harap buatla kat kilang marble lama yg mcm kejohanan baru-baru ni. Barula kick & menarik. Paintball adalah sukan lasak. Jadi kalau nak buat dalam dewan hanya menjadi gelak @ ketawa kecil oleh pemain2. Jadi pada penganjur mintak kaji balik idea tersebut & pilih tempat sesuai utk anjur kejohanan peringkat antarabangsa ni.. 

p/s: Rujuk dgn persatuan paintball malaysia dulu (kalo ada la) utk nasihat..


Beliau berkata kejohanan itu yang akan berlangsung di Dewan Mahsuri adalah kejohanan pertama diadakan di Langkawi dan julung kali diadakan dalam dewan.

"Kita dah buat 'road tour' bermula dari Oktober tahun lepas untuk menarik lebih banyak penyertaan pasukan dari Malaysia dalam kejohanan itu nanti," katanya.

Beliau berkata kejohanan yang mendapat kerjasama daripada Yayasan Sultanah Bahiyah itu diadakan di Langkawi kerana mahu membanyakkan lagi acara antarabangsa di pulau legenda tersebut.

-- BERNAMA

No comments: