Advertisement :- Villa De Porto ~ A Private Gateaway in Langkawi

Saturday, July 11, 2009

Program Pertandingan Kawad Kebombaan Langkawi


~Email diterima~

Program Pertandingan Kawab Kebombaan Langkawi

Diadakan pada : 04 July 09

Bertempat : Perkarangan Bangunan Lada
Anjuran : Jabatan Bomba Langkawi, Majlis Tindakan Pelancongan Langkawi (MTPL), Kelab Bomba Langkawi
Turut Serta : Taliworks, Hospital Langkawi, LADA, Kadet Bomba & Penyelamat Sek Men Teknik, Sek Men Kedawang, Langkawi Port Sdn Bhd, Agensi Penguatkuasaan Maritim Wilayah Utara & JPM, Majlis Perbandaran Langkawi, & bbrp agensi lain.

Disempurnakan oleh : Pengarah Bomba Negeri Kedah

Dihadiri : Dato' Bakaq, Ketua Jab serta pengurus besar Hotel2 Seluruh Langkawi, Persatuan2 Langkawi,

Sumbangan Diberikn (Ahli Parlimen) : RM 3,000 ~ utk jamuan makan malam..

Penyerahan Surat Kuasa Peruntukan Ahli Parlimen Langkawi (Dato' Bakar) 2009


~Email diterima~

Penyerahan Surat Kuasa Peruntukan Ahli Parlimen Langkawi

Diadakan pada : 04 July 09

Bertempat : Pejabat Ahli Parlimen Langkawi

Mukim & Anjuran : Parlimen Langkawi

Yg Hadir : YB Dato Bakaq, 25 Pengerusi Masyarakat, MCA, MIC dll.

Jumlah Peruntukan diberikan : RM 125,000.00 (+-)

Seramai 25 org pemimpin2 masyarakat parlimen langkawi termasuk daripada pemimpin kaum telah hadir dalam program ini. Lebih kurang dalam RM 125,000 telah diberikan kepada pemimpin masyarakat. Peruntukan utk kaum Cina diwakili oleh Timbalan Pengerusi MCA Langkawi (En Oii Chin Tong) & Ketua Wanita MCA. Peruntukan utk kaum India diwakili oleh Pengerusi MIC Langkawi (En. T Manogaran)


Anaklangkawi :- Gunaknlah peruntukan yg diberikan sebaik2nya..

Juara tilawah KPM ke peringkat kebangsaan

KUAH - Qari dan qariah yang menjuarai pertandingan Tilawah Al-Quran Warga Pendidik Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Peringkat Negeri Kedah 2009 bakal mewakili negeri itu ke peringkat kebangsaan.

Qari dari Pendang, Tarmizi Mustafa, 35, yang juga guru agama di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lubuk Merbau mengekalkan kejuaraan kali kedua selepas memperoleh markah keseluruhan 85 peratus mengatasi lapan qari lain. Menurutnya, mengajar guru dan kanak-kanak membuatkan dirinya mahir dalam menguasai ilmu tilawah yang memerlukan pelbagai kriteria.

“Saya menerima ramai kunjungan guru dan kanak-kanak datang mengaji selain yang berhasrat menguasai ilmu fardu ain. “Dalam pertandingan tilawah ini penguasaan seperti tajwid, teranum dan fasohah dinilai sebagai permarkahan,” katanya ketika ditemui selepas majlis tersebut yang diadakan di Akademi Koreksional Malaysia, di sini.

Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri kedah, Abdullah Saad, Ketua Sektor Pendidikan Islam dari Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Zainab Md Saman dan Pegawai Pelajaran Daerah Langkawi, Aziz Ahmad.

Seramai 14 peserta dari tujuh daerah memperdengarkan bacaan masing-masing dengan pecahan lapan qari dan tujuh qariah yang terdiri daripada wakil Langkawi, Kota Setar, Kulim Bandar Baru, Pendang, Kuala Muda/Yan, Padang Terap dan Baling/Sik.

Sementara itu bagi juara qariah, Wan Marzian Mad Deli, 29, yang berjaya menewaskan peserta lain dengan memperoleh 86 peratus pemarkahan, penyertaannya buat kali kelima ini membuatkan dirinya bersemangat dan yakin untuk mengekalkan kejuaraan. Dia yang juga ustazah di Kolej Maktab Changlon berkata, ibunya merupakan idola yang mencetus semangat kepadanya untuk merangkul kejayaan.

“Ibu saya, Che Zaiton Latef juga merupakan seorang qariah yang pernah mewakili negeri Perak dan juga johan qariah peringkat kebangsaan. Semangat yang ibu tanamkan di dalam diri saya sentiasa membuahkan kejayaan serta menjadi peniup semangat bagi diri saya," katanya.

Sinar Harian 10/7/09

Majlis Perasmian Penutup & Penyampaian Hadiah Pertandingan Dart & Pingpong & Sepakraga Tuju


Satu aktiviti masyarakat kampung diadakan & dianjurkan oleh JKKKP kampung kumpulan. Tujuan aktiviti diadakan adalah bertujuan utk merapatkan lagi tali persabahatan & diantara penduduk kedua2 kampung.

Majlis Perasmian Penutup Pertandingan Persahabatan Kg Kumpulan A & Kg Kumpulan B

Diadakan pada : 3 July 09

Bertempat : Dewan Long Jika Kg Kumpulan

Mukim : Ulu Melaka

Anjuran : JKKKP Kg Kumpulan A & Kg Kumpulan B

Yg Hadir : YB Dato Bakaq, YB Mohd Rawi, Pengerusi Belia 4B Mohd Saiful, Haji Kasa Chin Pengerusi (JKKKP Kampung A), Ahmad Sobre Wan Teh (Pengerusi JKKKP Kg Kumpulan B), Serta Penduduk Kg Kumpulan A & B

Majlis Perasmian Penutup dihadiri & disempurnakan oleh YB Dato' Paduka Abu Bakar Taib.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Dato' Bakaq & YB Rawi.

~~
Anaklangkawi :-

Moga2 aktiviti seperti ini dibykkan supaya dptlah kita merapatkan tali persahabatan sesama kampung.

Wednesday, July 8, 2009

Jemputan Program Kesihatan Rakyat Langkawi

~Email diterima~

Assalamualaikum..

Semua Penduduk Mukim Bohor & belia2. Ahli Parlimen Langkawi Dato' Bakaq Taib bersama2 Belia 4B Langkawi akan menganjurkan program dibawah.

Program Kesihatan di Kalangan Rakyat Malaysia bg Parlimen Langkawi
Mukim : Bohor
Tempat : Padang Bola, Kg Nyior Chabang (sebelah Sek Kebangsaan)
Tarikh : 11 July 09
Waktu : 8.30 pagi ke 12.30 tghari.
Dihadiri : YB Dato' Abu Bakar Taib & Yb Mohd Rawi.
Dirasmikan : Pengarah Hospital Daerah Langkawi

Aturcara Program :
Gotong royong penduduk kampung & TLDM & APMM & PLKN & Ahli Belia 4B Langkawi
Pemeriksaan kesihatan percuma & makan tengahari bersama2 disediakan.

Anjuran :
Ahli Parlimen Langkawi dgn kerjasama Jab Kesihatan Langkawi & Pengerusi JKKP Mukim Kuah & Belia 4B Langkawi.

Datanglah Beramai2 meramaikan majlis.

Penduduk mahu pampasan setimpal ~ Bukit Malut


BUKIT MALUT - Kira-kira 70 penduduk menyatakan rasa tidak puas hati apabila tanah milik yang diusahakan sejak 25 tahun lalu di Kampung Bukit Malut dibersihkan oleh pihak pemaju tanpa bayaran pampasan yang setimpal. Masalah ini timbul apabila mereka mendakwa telah dimaklumkan untuk tidak lagi memasuki dusun seluas 40 hektar tersebut dengan notis 14 hari sedangkan tanah usaha tersebut difahamkan milik kerajaan tempatan yang digazet sebagai Tanah Hutan Simpan Kekal mengikut Akta Perhutanan Negara 1984 (Pindaan 1993).

Apa yang menjadi kekalutan bagi penduduk kampung tersebut apabila pampasan yang dijanjikan tidak dibayar malah difahamkan pihak pemaju dan pihak bertanggungjawab hanya mengadakan perbincangan sekali sahaja iaitu pada tiga tahun lalu bagi penilaian harga pokok.

Seorang wakil penduduk, Che Ani Abu Seman, 50, mendakwa, tiada seorang pun wakil daripada kerajaan tempatan atau pihak pemaju berjumpa dengan mereka bagi membincangkan nilai harga pokok yang terdapat di dusun tersebut. Menurutnya, terdapat beratus pokok buah-buahan yang menjadi sumber pendapatan mereka dengan tiga buah kediaman di dalam dusun ini sejak diusahakan kira-kira 25 tahun lalu.

“Mereka mahu membayar RM60 bagi sebatang pokok matang, sedangkan harga pasaran dan harga yang kami mahukan adalah RM1,500 bagi sebatang pokok. “Kami tidak menghalang sekiranya kerajaan mahu mengambil semula tanah ini bagi dimajukan tetapi berikan pampasan mengikut harga pasaran semasa,” katanya. Che Ani juga memohon supaya pihak Pejabat Tanah dan Galian mengambil berat dan prihatin dengan masalah penduduk kampung di sini.

Seorang lagi penduduk, Rus Ismail, 57, berkata, hasil dusun ini adalah punca pendapatannya sekeluarga malah rezeki semakin bertambah bila tiba musim buah. “Saya mempunyai enam anak dan dengan hasil dusun ini saya menyara keluarga untuk keperluan harian dan persekolahan. Kini sumber pendapatan telah diambil orang, kami sedia berpindah dan memulangkan semula hak kerajaan tetapi berikanlah kami pampasan yang setimpal,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Langkawi, Mansor Bahari ketika diminta mengulas mengenai masalah itu berkata, masalah tersebut akan dibincangkan dan mampu diselesaikan dengan cara diplomasi, malah kerajaan tempatan dan wakil pemaju sepatutnya memberikan penerangan khusus kepada penduduk kampung.

“Mereka terlalu emosional dengan apa yang berlaku pada hari ini. Mereka ingin berjumpa dengan pihak bertanggungjawab bagi mendapatkan pampasan setimpal. “Saya harap pihak terbabit dapat tampil berbuat demikian sebelum keadaan menjadi semakin keruh. Perkara ini tidak melibatkan politik tetapi hak mereka sebagai penduduk kampung harus diambil berat,” katanya ketika ditemui dalam lawatannya ke kawasan terlibat.

Turut menyertai lawatan tersebut, Pengerusi Biro Pengaduan Awam dan Pengguna Saari Saad. Dalam pada itu, Yang Dipertua Pas Bahagian Langkawi, Zubir Ahmad menyatakan bahawa, pihaknya akan mengadakan satu mesyuarat antara Exco dan pihak pemaju bagi menyelesaikan masalah itu.

“Kami akan cuba menjernihkan keadaan dengan mengadakan satu perbincangan. Saya akan maklumkan apa yang diinginkan oleh penduduk kepada Exco terbabit dan pihak pemaju. “Saya tidak boleh janji yang mereka akan memperoleh pampasan yang diminta tetapi saya akan cuba sedaya upaya bagi memberi keadilan kepada mereka,” katanya.


~~~~~
Anaklangkawi :-

Isu yg tak kunjung sudah. Tapi saya amat menghormati & respek pada UMNO & PAS kerana sama2 tidak mengambil kesempatan pada keadaan yg berlaku. Sudah sedia maklum tanah yg diterokai merupakan Tanah Hutan Simpan Kekal.. Ttp penduduk ttp mahu mengusahakan tanah tersebut. Kalau diikutkan kepada peruntukan kerajaan Kerajaan Negeri punya hak tak memberi langsung pampasan. Ttp diberi betis nak paha.. Bagi RM60 nak RM1,500 sepokok...

Saya meminta parti politik tidak mengambil kesempatan terhadap kemelut ini. Bersatu hati dlm kes ini.. Jika tidak habis hutan Simpan di Langkawi diteroka & lepas tu semua pakat claim dah teroka 25 tahunla.. Itula inilah..

p/s: Kerajaan negeri tolong tgk tanah teroka tepi bukit antara Pantai Kok ka Teriang..

Tuesday, July 7, 2009

Hotel digesa segera dapatkan Sijil Perakuan Bomba

KUAH - Sebanyak 42 kompaun telah dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) daerah Langkawi ke atas pelbagai kesalahan terhadap pengusaha hotel dan premis perniagaan.

Ketua balainya, Ishak Hashim berkata, operasi terhadap status Sijil Perakuan Bomba (SPB) ditingkatkan sebagai langkah keselamatan menjelang Pameran Antarabangsa Udara dan Maritim Langkawi (LIMA 2009) khususnya.

Menurutnya, operasi dan penguatkuasaan dilakukan mengikut fasa dengan menguatkuasakan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (UKBS) terhadap struktur bangunan. “Pengusaha hotel dan premis gagal mengemukakan pelan asal bangunan, bangunan yang telah diubah suai, pintu kecemasan dan pili bomba di dalam premis dan tangga kecemasan.

“Kegagalan berbuat demikian dianggap serius memandangkan mereka seolah tidak mengambil berat mengenainya,” katanya ketika ditemui wakil Sinar Harian. Ishak berkata, beberapa premis perniagaan dan hotel masih belum mengetahui keperluan dan kepentingan mendapatkan SPB.

Menurutnya, JBPM masih memberi tempoh untuk mendapatkan sijil SPB dan sedia berkompromi sekiranya terdapat sebarang masalah. “Tetapi sekiranya mereka ambil mudah maka tindakan undang-undang mengikut Akta Perkhidmatan Bomba 1988, iaitu denda kurang dari RM5,000 bagi satu kesalahan akan dikenakan,” katanya.


Related Artikel
~~~
Anaklangkawi :-

Persoalan ini pembinaan hotel tanpa kelulusan telah menjadi seperti 'norm' kepad sstgh penduduk langkawi. Pada hemat saya satu jawatan kuasa perlu dilaksanakan segera diantara pihak berwajib & wakil pengusaha hotel (terutama yg tiada kelulusan)..

Syarat bangunan hotel yg memerlukan keluasan minimum utk bangunan di langkawi tidak releven. Kerana tanah2 di langkawi amat kecil & mahal. Jadi amat mustahil utk membangunkn tanah2 di langkawi jika syarat ketat ini tidak dikaji semua.

Diharap pihak berwajib mengkaji semula syarat & mungkin mengenakan exemption utk pengusaha hotel.

Sunday, July 5, 2009

Majlis Penyerahan & Perasmian Stesen Teksi di Hotel Langkawi Lagoon Resort

~ Stesen TEKSI DI Hotel Langkawi Resort ~

1 July 09


Usaha YB Dato' Paduka Abu Bakar bin Taib & pengusaha teksi utk mendapatkan stesen teksi di Kuala Melaka tercapai hari ini. Bila pada hari bersejarah ini Y Berbahagia Tan Sri Mustafa Kamal bin Abu Bakar iaitu Pengerusi EMKEY merasmikan Stesen teksi bertempat di Hotel Langkawi Lagoon Resort.



Atas Usaha : YB Dato' Paduka Abu Bakar Taib

Dirasmikan Oleh : Y Bahagia Tan Sri Mustafa Kamal Abu Bakar (Pengerusi EMKEY)

Bertempat : Perkarangan Hotel Langkawi Lagoon Resort, Kuala Melaka

Yg Hadir : Pemandu2 teksi Kawasan Langkawi & staff Emkay (hotel)


Stesen Teksi ini adalah hasil usaha YB Dato Paduka Ahli Parlimen Langkawi yang menghantar surat mohon bantuan dan sumbangan daripada Tan Sri Mustafa Kamal.Perkara ini dibuat adalah kerana bila YB Dato Paduka melihat sebelum ujudnya stesen teksi ini,pemandu-pemandu teksi menjadikan bawah jambatan sg kuala Melaka sebagai stesen dan tempat rehat mereka.


Alhamdulilah dengan permohonan daripada YB Dato paduka kepada Tan Sri Mustafa Kamal, maka wujudnya stesen teksi hari ini yg bakal menjadi tempat persinggah penduduk setempat disamping tempat berehat utk pemandu-pemandu teksi teksi bersembahyang (surau di Stesen teksi).


Kemudahan Stesen Teksi :
~ Menempatkan ruang berehat kepada pemandu2 teksi langkawi.
~ Mengelakkan berlakunya dibawah jambatan Kuala Melaka sbg stesen sementara.
~ Memudahkan penduduk setempat & pelancong utk mengambil teksi di tempat yg dikhaskan.
~ Menyediakan kemudahan solat kepada pemandu & penumpang teksi.


~~~~~~~~~~~~~~
Anaklangkawi :-

Terima Kasih dato' bakaq atas usaha yg dicurahkan sehingga tercapainya impian pemandu teksi Langkawi. Moga2 usaha dato' berterusan & menjadi ikutan semua warga langkawi tak kira perbezaan politik.. & terima kasih kepada Pengerusi EMKAY Tan Sri Mustafa Kamal merangkap dalam membiayai stesen teksi.. Moga2 lebih ramai pengusaha hotel tidak melupakan tanggungjawab Social or corporate responsibility kepada rakyat..



:) Tersenyum girang org2 teksi ada tempat lepak baru..

Wednesday, July 1, 2009

Langkawi Maju Penduduk Mesra ~ Komen


SEBAGAI warga yang berkhidmat di Kuala Lumpur lebih daripada 10 tahun, saya sentiasa menunggu peluang untuk bercuti bersama keluarga di musim cuti sekolah. Kesempatan cuti sekolah baru-baru ini membawa saya berehat bersama keluarga di Pulau Langkawi selama empat hari.
Langkawi sentiasa berubah wajah setiap kali saya berkunjung ke sana. Tahniah kepada pelbagai pihak yang membangunkan Langkawi. Apa yang membanggakan saya, walau pun wujud perubahan dari segi pembangunan dan prasarana, sikap warga Langkawi tetap sama dan tidak banyak bezanya.

Tiba di Jeti Kuah sudah meriah dengan pelbagai tawaran istimewa penyewa kereta, perkhidmatan teksi, malah ada yang bersikap ramah menawarkan perkhidmatan rekreasi dan tempat tinggal. Sungguh mudah urusan saya dari jeti hingga ke hotel tempat tinggal saya dengan bayaran teksi yang berpatutan.
Saya tidak ketinggalan menyewa sebuah kereta Proton Wira yang hanya RM70 untuk satu hari yang pada saya sungguh berbaloi dengan keadaan kereta yang bersih dan berkeadaan baik. Harga makanan juga sungguh berpatutan dan saya masih boleh membeli kuih dan nasi lemak dengan harga seolah-olah seperti dua atau tiga tahun yang lepas.
Tidak nampak di mata saya warga Langkawi cuba mengambil kesempatan menaikkan harga makanan di musim cuti sekolah walaupun sedar saya ‘orang luar’ yang berkunjung ke tempat mereka. Saya sungguh terharu mendapat layanan ramah mesra mak cik-mak cik dan kakak-kakak yang menjual kuih-muih bertanyakan itu dan ini kepada saya.
Saya mengucapkan tahniah kepada seluruh warga Langkawi dan berharap Langkawi terus kekal sebagai destinasi yang menjadi pilihan pelancong. Ingatlah, kekalkan kualiti Langkawi, pasti pengunjung akan datang lagi.
Anaklangkawi :-
Amat seronok melihat komen2 yg baik terhadap langkawi. Syabas anak2 langkawi. Meskipun kita dihimpit kemelesetan ekonomi & kekurangan pelancong sikap kita masih tidak berubah terhadap pelancong2. Moga2 komen2 yg dilemparkan seperti ini berterusan & dijadikan iktibar utk anak2langkawi Maju Ke depan.

Pantai Chenang promosi minuman keras ~ Komen


PANTAI TENGAH - Jika melalui sepanjang Jalan Pantai Tengah, suasananya tidak berubah seperti berada di pusat pelancongan di luar negara seperti Phuket atau Bali. Tinjauan wakil Sinar Harian sejak tiga hari lalu, di sepanjang Jalan Pantai Tengah itu dihiasi dengan iklan minuman keras seolah-olah tanpa kawalan.

Walaupun pulau ini adalah pulau bebas cukai namun itu tidak bermakna pengusaha premis perniagaan makanan dan minuman bebas untuk mempamerkan iklan tersebut di sekitar kawasan itu. Limpahan iklan itu kian bertambah dari hari ke sehari dengan meletakkan promosi minuman tersebut di pintu masuk restoran, pada pokok berhadapan dengan premis mereka malah kini di sepanjang jalan ada yang menampalkannya pada tiang lampu jalan.

Perkara ini seolah-olah tidak menghormati hak pulau ini yang berada di bawah kerajaan negeri di bawah naungan kerajaan Parti Pakatan. Daripada pengamatan yang dilakukan, tiada sebarang label daripada Majlis Perbandaran Langkawi (MPL) sebagai mengesahkan iklan itu boleh diletakkan atau digantung.

Menurut seorang penduduk kampung yang enggan dikenali, perkara ini bukan lagi menjadi masalah besar bagi kawasan ini tetapi iklan ini adalah ‘trend’ sebagai langkah promosi. Menurutnya, kawasan Pantai Tengah adalah tumpuan pelancong antarabangsa tertinggi berbanding Pantai Kok, oleh itu, pengusaha restoran berlumba-lumba untuk menarik perhatian pelancong.

“Kami harap pihak MPL bertindak terhadap perbuatan mereka ini kerana ianya menyentuh sensitiviti penduduk setempat,” katanya. Dia berkata, selain itu, pandang sebegitu juga dapat mempengaruhi remaja dan kanak-kanak untuk mencuba mengambil minuman keras tersebut. “Perkara ini juga mampu menyentuh sensitiviti kerajaan negeri, di mana mereka mencanangkan sebagai pemerintah negeri yang merealisasikan adap kesopanan dan keIslaman.

“Tetapi apabila perkara ini berlaku, ianya umpama indah khabar dari rupa malah seolah-olah menghalalkan apa yang haram,” katanya.

-------------------------
Anaklangkawi :-
Salams. Pihak MPL yg dibawah penguasaan Kerajaan PAS Kedah patut mengambil tindakan dari awal2 lagi. Tidak usah menuding jari & berckp2, bertindaklah sejajar dgn manifesto pilihanraya yg dicanang di langkawi. Rakyat langkawi mahukan anak2 kami tidak terkerumus ke lembah maksiat. Ingatlah apa jnji kamu dulu & sekarang..
Ahli2 majlis MPL adalah lantikan daripada Pakatan Rakyat. Jadi pada umumnya secara tak langsung PR mempunyai tanggungjawab utk memantau keadaan promosi diatas...
p/s: Jgn ckp tak serupa bikin...

Monday, June 29, 2009

Gambar Sekitar Program Kesihatan Rakyat Langkawi ~ PARLIMEN



Tarikh : 27 June 09

Tempat : Sekolah Kebangsaan Kelibang

Dihadiri oleh : YB Dato Paduka Abu Bakar

Dirasmikan oleh : Pegawai Pelajaran Daerah LangkawiAktiviti :Program gotong-royong bersama penduduk kampung, TLDM, APMM, PLKN, ahli Belia 4B Langkawi, Pemeriksaan Kesihatan Percuma, Penerangan mengenai kesihatan, & makan tengahari disediakan.

Anjuran : Ahli Parlimen Langkawi "Dato' Bakaq"Jabatan Kesihatan Langkawi Belia 4B Langkawi Pengerusi JKKKP Mukim Kuah

Warga emas mohon bantuan zink ganti atap bocor

KEDAWANG - Setiap hari, sepasang warga emas dari Kampung Bukit Lembu, Mukim Kedawang ini tidak pernah putus asa mencari daun nipah untuk dijadikan atap bumbung. Selepas dicantas, nipah-nipah tersebut dianyam di anjung rumah yang bakal roboh, pada setiap petang sambil ditemani dua cucu kesayangan mereka.

Zainon Osman, 56, yang bekerja sebagai tukang kebun secara kontrak dan Zaharah Ismail, 54, suri rumah, hampir putus asa untuk meminta bantuan daripada Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKKP) apabila aduan mereka umpama ‘mencurah air di daun keladi’.

Zainon berkata, JKKKP pernah berkunjung ke rumahnya tetapi tiada sebarang perkembangan, malah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga tidak membantu. “Kami hanya mahu memohon zink bagi menggantikan atap nipah bukannya wang ringgit, saya tidak mampu membeli zink.

“Setiap kali hujan pasti bocor dan rumah ini juga turut bergegar jika ribut atau petir,”
katanya ketika ditemui Sinar Harian. Menurutnya, rumah itu juga diperbuat dengan menggunakan pasak daripada kayu pokok dan keadaannya juga telah reput. Menurutnya, dia berasa kesal dengan JKKKP dan wakil rakyat yang seperti tidak mengendahkan penderitaan mereka.

“Ketika pilihan raya kami menyokong pemimpin yang boleh buat kerja, yang berjanji itu dan ini tetapi apabila kami dalam keadaan daif mereka seperti terlepas pandang,” katanya.

Sinar Harian 29/6/09
~~
Anaklangkawi :
Pakat2 pi jenguk Noo..

Friday, June 26, 2009

Program Kesihatan di Kalangan Rakyat Langkawi 'SRK Kelibang' ~ Parlimen

~sms diterima~

Semua Penduduk Langkawi di jemput hadir ke Program Kesihatan di kalangan Rakyat Malaysia bagi Parlimen Langkawi (Mukim Kuah).

Tarikh : 27 June 09
Tempat : Sekolah Kebangsaan Kelibang
Waktu : 8.30 pagi & 12.30 tgh
Dihadiri oleh : YB Dato Paduka Abu Bakar & YB Dato Ir Nawawi
Dirasmikan oleh : Pegawai Pelajaran Daerah Langkawi

Aktiviti :
Program gotong-royong bersama penduduk kampung, TLDM, APMM, PLKN, ahli Belia 4B Langkawi, Pemeriksaan Kesihatan Percuma, Penerangan mengenai kesihatan, & makan tengahari disediakan.

Anjuran :
Ahli Parlimen Langkawi "Dato' Bakaq"
Jabatan Kesihatan Langkawi
Belia 4B Langkawi
Pengerusi JKKP Mukim Kuah


SEMUA DIJEMPUT HADIR...

Pengusaha hotel perlu dapatkan SPB

KUAH - Exco Pelancongan dan Pembangunan Masyarakat negeri, Mohammad Radzhi Salleh mengingatkan pengusaha hotel di Langkawi supaya memperbaharui atau mendapatkan Sijil Perakuan Bomba (SPB) sebelum tindakan undang-undang dikenakan. Mohammad Radzhi berkata, tempoh yang diberikan adalah sehingga hujung bulan ini, memandangkan SPB penting dan melibatkan keselamatan pelanggan, terutama ketika berlaku kebakaran.

Menurutnya, kebanyakan pengusaha hotel di pulau ini telah memperoleh sijil berkenaan tetapi telah tamat tempoh dan mereka gagal memperbaharuinya mengikut tempoh yang ditetapkan. “Kami telah mengenal pasti beberapa hotel tersebut, malah pihak bomba juga telah maklumkan, operasi pemeriksaan juga giat dilakukan. “Kami berharap pengusaha hotel mengambil berat mengenai perkara terbabit dan jangan terlepas pandang mengenai perkara ini.

Ada juga sebilangan hotel yang gagal mengemukakan lakaran pelan bangunan yang diubah suai kepada bomba,” katanya ketika dihubungi. Mohammad Radzhi berkata, daripada perbincangan yang telah dilakukan dengan pihak hotel, semua hotel bersetuju dan akur dengan arahan daripada pihak bomba dan kerajaan negeri.

Menurutnya, ketiadaan sijil perakuan itu menyukarkan bomba mengetahui laluan dan pintu keselamatan jika berlaku kebakaran. “Bomba mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang di mengikut Akta Perkhidmatan Bomba 1988, sekiranya perkara ini dipandang remeh oleh pengusaha hotel,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri berharap pihak hotel dapat mewujudkan atau melakukan latihan daripada Pasukan Bertindak Kecemasan dari masa ke semasa. “Pulau ini adalah pulau pelancongan tersohor, kehadiran pelancong semakin bertambah malah kedatangan Pameran Antarabangsa Udara dan Maritim Langkawi (LIMA 2009) akan bermula 1 Disember ini, mendorong kehadiran lebih ramai pelancong ke sini.

“Oleh itu, semua faktor keselamatan harus dikenal pasti dari sekarang, bagi menjanjikan keselamatan penginapan berada di tahap memuaskan,” katanya. Kelmarin, Penolong Kanan Penguasa Bomba Kedah, Md Saad Napi menggesa pemilik 30 hotel di negeri ini supaya segera mendapatkan sijil berkenaan.

Semua hotel berkenaan didapati masih menangguhkan proses mendapatkan sijil perakuan itu walaupun lama beroperasi, terutama di Langkawi.

Anaklangkawi :-

Rata2 hotel yg dimaksudkan dimiliki oleh org Melayu. Kebanyakan daripada mempunyai hotel & tidak mempunyai SPB. Saya mencadangkan satu pertemuan dgn pengusaha hotel dgn bomba dilakukan & digerakkan oleh ADUN agar perkara ini dapat diselesaikan.

Malah utk pihak hotel mengetahui apakah keperluan minimum utk mendapat @ renew sijil SPB.

Sinar Harian- 25/6/09

Tuesday, June 23, 2009

Mozarela kerbau pertama di Malaysia


BOHOR - Sekali makan, pasti nak lagi, demikian kata pemilik Friendly Farms Sdn Bhd (Friendly Farms), Norzana Ghazali, ketika memperkenalkan keju mozarela buatan tangan yang dihasilkan daripada susu kerbau dipercayai yang pertama di negara ini. Produk yang dihasilkan di sebuah premis terpencil di Kampung Nyior Chabang, di sini, kira-kira sebulan lalu mula mendapat perhatian apabila bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menulis dalam blog beliau http://www.chedet.com/.

Kini, Friendly Farms yang diusahakan bersama Norzana, 25, dan suaminya, Michael Bruschi, 53, seorang ahli perniagaan Itali yang berpengalaman dalam pembuatan keju dikunjungi ramai pelanggan untuk melihat produk itu secara lebih dekat. Norzana berkata, keju mozarela yang berasaskan susu kerbau bersama beberapa produk lain termasuk ‘fior di latte (diperbuat daripada susu lembu) dan potongan daging dipasarkan di bawah jenama Friendly Farms.

“Semua produk Friendly Farms dihasilkan secara buatan tangan di premis saya sendiri yang beroperasi di Kampung Nyior Chabang ini dengan menggunakan tenaga kerja terdiri daripada penduduk tempatan. “Pada masa ini, mutu produk kami khususnya keju mozarela mendapat pujian daripada chef berpengalaman daripada hotel terkemuka di pulau ini seperti Four Seasons Resort Langkawi dan The Datai Langkawi,” katanya.

Sementara itu, Bruschi berkata, beliau yakin keju mozarela yang dihasilkan syarikatnya mampu berkembang ke peringkat antarabangsa, malahan kualitinya lebih baik berbanding Itali iaitu negara pengeluar utama mozarela ketika ini. “Selepas mencuba ramai tidak mempercayainya, yang mozarela sebaik itu boleh dihasilkan daripada susu kerbau yang diternak di negara ini, dan sejak itu permintaan hampir tidak henti-henti dan bertambah setiap hari.

“Sehingga kini, kami mampu menghasilkan antara 10 hingga 15 kilogram mozarela sehari dan ia bergantung kepada bekalan susu kerbau daripada Taman Kerbau Langkawi milik Jabatan Perkhidmatan Haiwan berdekatan,” katanya. Mereka yang ingin mencuba keju mozarela yang berkelembapan tinggi dan kerap digunakan dalam hidangan piza boleh mendapatkannya terus dari Friendly Farms dengan harga antara RM100 dan RM150 sekilogram.