Pages

Tuesday, July 28, 2009

Kes Kematian 2 ~ H1N1 ~ Bercuti di Langkawi ?


Fakta yg mungkin warga Langkawi Tidak Sedar?

Berita 28/7/09 menyatakan bahawa kes Kedua kematian H1N1 yg melibatkan warga Belgium adalah selepas pulang dr bercuti di Pulau Langkawi. Warga Belgium ini berumur 46 tahun & meninggal dunia di ICU Subang Jaya Selangor.

Lelaki tersebut & keluarganya bercuti di Langkawi pada 13 Julai lalu. Diberitakan bahawa pada mulanya beliau sihat ttp mengalami demam & batuk setelah bercuti di Pulau Langkawi. Sekembalinya ke PJ beliau disahkan positif H1N1 pada 23 Julai lalu. Beliau telah meninggal dunia setalah tujuh hari mendapat rawatan di Hospital berkenaan.

Tidak dapat dipastikan adakah warga Belgium tersebut mendapat jangkitan semasa melawat Langkawi @ sebelumnya. Jadi kepada warga langkawi satu nasihat diberikan. Mungkin Virus tersebut telah mula bertapak di Langkawi. Jadi langkah berjaga2 perlu dilaksanakan oleh warga Langkawi.

Rajin2-lah lawat website ini utk nasihat & langkah2 pencegahan & updates ttg H1N1.

Jadi sesiapa@ adik beradik @ rakan2 mengalami demam yg berpanjangan & teruk dr kebiasaan perlulah merujuk kepada Hospital Langkawi utk pemeriksaan lanjut secepat mungkin.

p/s : Cegah sebelum parah.. Saya telah email kepada pihak kementerian utk maklumat ttg tempat tinggal warga belgium semasa di Langkawi.

Monday, July 27, 2009

Pertandingan Bola Sepak Veteran Langkawi 2009


Satu pertandingan akhir antara bolasepak antara veteran berlangsung pada 11 July 09. Pertandingan akhir ini melibatkan Pasukan Veteran Ulu Melaka berdepan dgn Pasukan Veteran Kilang Simen Langkawi utk merebut Piala YB Dato Paduka Abu Bakar Taib.

Terdapat 14 Pasukan dr kawasan2 dlm seluruh Parlimen Langkawi yg menyertai pertandingan ini. Perlawanan akhir telah dijuarai oleh Pasukan Veteran Kilang Simen dgn jaringan 4-1.

Mukim : Seluruh Langkawi

Tempat : Stadium Utama Langkawi

Tarikh : 11 July 09

Waktu : 9.00 malam

Dirasmi & Penutup : YB Dato' Paduka Abu Bakar Taib


Sumbangan diberikan : Semua kos dalam penganjuran pertandingan ini bersama2 medal hadiah dll oleh Dato' Bakaq

Hadiah Johan RM 2,000.00 bersama2 Piala Pusingan, Piala Tetap & Medal,
Hadiah Naib Johan RM 1,000.00 bersama2 Piala Pusingan, Piala Tetap & Medal
Tempat ke-3 & 4, RM 500.00 bersama2 Piala Pusingan, Piala Tetap & Medal

Anjuran : Ahli Parlimen Langkawi & Belia4B

Aturcara Program : Perlawanan Akhir Veteran Ulu Melaka Vs Veteren Kilang Simen
~~

~~~
Anaklangkawi :-
Perbanyakkan aktiviti seperti ini. Moga mungkin lain kali boleh invite pihak swasta utk masuk sekali liga supaya lebih meriah & lebih kick'

Friday, July 24, 2009

Mutu khidmat feri perlu dipertingkat ~ Kuah

KUAH - Kementerian Pengangkutan menggesa pengusaha feri di Langkawi supaya meningkatkan kualiti perkhidmatan bersesuaian dengan tambang yang dikenakan. Menterinya, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata, kementerian sentiasa memantau mutu perkhidmatan feri bukan sahaja di Langkawi tetapi di negeri lain yang menjalankan perusahaan sama.

Menurutnya, faktor keselesaan dan keselamatan serta ketepatan masa adalah perkara yang ditekankan dalam memberi perkhidmatan bukan sahaja kepada masyarakat tempatan tetapi pelancong asing. “Kami berharap pengusaha feri dapat memberi keselesaan kepada penumpang dengan keadaan feri yang baik dan mengikut ketetapan masa. “Feri adalah pengangkutan utama di pulau ini dan kementerian masih boleh bertolak ansur dengan tidak menyentuh harga tambang,” katanya ketika merasmikan bangunan baru MCA Bahagian Langkawi di Kuah.

Tee Keat berkata, situasi menang-menang antara pengusaha dan penumpang harus diwujudkan bagi keselesaan bersama. Menurutnya, perkhidmatan feri adalah salah satu daripada pemangkin ekonomi dalam menyumbang kepada sumber kewangan di pulau pelancongan itu. Sementara itu, beliau akan mengusahakan satu lagi cadangan bagi sektor pengangkutan udara dengan mengadakan laluan terus Langkawi ke Bangkok dan penerbangan dari London ke Langkawi.

“Perkara ini akan dikaji dan dinilai bagi mendapat persetujuan dari pihak penerbangan terutama syarikat penerbangan tambang murah,” katanya. Beliau berkata, tawaran itu akan dikaji semula memandangkan sebelum ini laluan itu terdapat di Langkawi. “Oleh kerana situasi ekonomi tidak menentu, maka syarikat tersebut terpaksa memberhentikan penerbangan tetapi kementerian berjanji akan mengkajinya semula,” katanya.

Sementara itu, majlis perasmian bangunan baru MCA bahagian Langkawi itu telah disempurnakan oleh Pengerusinya, Datuk Chen Liau Weng dan turut mengiringi Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kuah, Datuk Ir Nawawi Ahmad dan ADUN Ayer Hangat, Mohd Rawi Abdul Hamid. Bangunan bernilai RM310,000 itu dibeli pada tahun 2006 bagi kegunaan 5,000 masyarakat Cina di Langkawi.

SinarHarian 23/7/09

Anaklangkawi :-
Diharap kementerian membuka lebih laluan utk kapal utk keluar masuk langkawi. Jgn dimonopoli oleh sesebuah pihak sahaja.

Punca jambatan Sungai Kuah terbengkalai


SAYA ingin merujuk kepada surat bertajuk Apa Sudah Jadi Dengan Langkawi? oleh Cucu Mahsuri yang tersiar di ruangan ini pada 16 Julai 2009.

Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) amat prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh pelbagai pihak termasuk penduduk, peniaga dan pelancong berikutan masalah pembinaan jambatan Sungai Kuah yang terbengkalai.

Jambatan Sungai Kuah telah diberi milik tapak kepada kontraktor pada 1 November 2006 dan dijadualkan siap pada 2 Oktober 2007.
Walau bagaimanapun, penyiapan projek telah tergendala disebabkan kontraktor menghadapi masalah kewangan yang serius.

Sehubungan itu, kontraktor penyelamat telah dilantik pada 30 April 2008. Projek ini kemudiannya telah diberi lanjutan masa sehingga 31 Disember 2008. Namun demikian, kontraktor penyelamat juga menghadapi masalah kewangan berikutan kenaikan harga bahan binaan dan masalah untuk berurusan dengan kontraktor asal yang tidak lagi aktif, selain masalah dengan pihak juru perunding.

Kelewatan projek semakin meruncing apabila pemilik kontraktor penyelamat meninggal dunia baru-baru ini menyebabkan tiada peneraju di pihak kontraktor penyelamat untuk meneruskan projek ini walaupun baki kerja yang tinggal hanyalah sebanyak tujuh peratus sahaja lagi untuk disiapkan.

Bagi membantu kontraktor bumiputera, LADA sentiasa memberikan mereka peluang yang munasabah untuk menyiapkan projek walaupun kami sedar ia berjalan dengan amat perlahan.
Ini adalah suatu usaha yang diambil oleh LADA untuk membangunkan kontraktor bumiputera supaya mereka tidak disenaraihitamkan. Namun ia didapati tidak membantu LADA khususnya dan penduduk Langkawi amnya.

Sehubungan itu, LADA telah memutuskan untuk menamatkan khidmat kontraktor dan juga juru perunding yang berkenaan kerana gagal menunjukkan prestasi kerja yang diharapkan.
LADA sedang mengambil tindakan untuk melantik juru perunding baru dan seterusnya menguruskan pelantikan kontraktor yang baru. Ia dijangka mengambil sedikit masa kerana kami perlu mematuhi peraturan kewangan kerajaan yang berkuat kuasa berhubung pelantikan tersebut dan juga menilai kos pembinaan sebenar yang telah dibelanjakan oleh kontraktor terdahulu.

LADA melahirkan rasa amat dukacita dengan permasalahan ini kerana tidak dapat memenuhi hasrat penduduk Langkawi untuk menggunakan jambatan Sungai Kuah dalam masa terdekat ini.

Pihak pengurusan LADA berjanji akan memperkemaskan lagi sistem pemilihan juru perunding dan kontraktor projek-projek LADA pada masa hadapan supaya masalah seperti ini tidak berulang.

RAMIZI HASSAN Utusan 22/7/09
Pegawai Perhubungan Awam
Lembaga Pembangunan Langkawi

Komen yg serupa berada dalam Sinar Harian

Anaklangkawi :-
Apa2 pun diharap LADA dapat meletakkan tarikh jambatan tersebut akan siap..

Apa sudah jadi dengan Langkawi?

AWAL Julai lalu, saya pulang ke kampung halaman saya di Pulau Langkawi, setelah hampir lapan bulan saya tidak pulang kerana kesibukan tugas dan sebagainya.

Sebelum pesawat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, fikiran saya terbayang akan perubahan yang mungkin berlaku dalam tempoh lapan bulan sebelum ini, baik dari segi infrastruktur, program pelancongan, kedatangan pelancong dan juga tempat menarik yang baru dibina.

Dari udara, pemandangan Pulau Langkawi amat menakjubkan dengan Laut Andaman terbentang luas, pulau-pulau berselerakan dan kebiruan laut yang terpesona mata memandang. Saya berasa beruntung kerana dilahirkan dan dibesarkan di Pulau Langkawi yang indah ini. Tidak semua orang berpeluang merasai kehidupan di sebuah pulau yang dikatakan antara pulau tercantik di dunia yang dianugerahkan kepada Malaysia.

Namun begitu, setibanya saya di Kuah, tiba-tiba hati saya tersentak apabila mendapati projek pembinaan jambatan yang merentasi Sungai Kuah yang panjangnya tidak sampai 30 meter masih dalam pembinaan. Seingat saya, projek berkenaan bermula dari akhir tahun 2007 lagi tetapi sampai hari ini, masih belum siap. Sudahlah tidak siap, tiada langsung saya dapati kerja-kerja pembinaan sedang dilakukan oleh pekerja di tapak tersebut. Dengan kata lain, saya beranggapan ia salah satu 'projek sakit' yang ada di Pulau Langkawi.

Apa yang bermain di fikiran saya ialah kenapa pihak berkaitan terutamanya Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) tidak mengambil langkah sepatutnya dalam usaha menyiapkan projek berkenaan. Tidak nampakkah pihak Lada bahawa anda telah menyusahkan orang awam yang terpaksa melencong masuk ke pekan Kuah sebelum boleh meneruskan perjalanan ke jeti atau ke Padang Matsirat. Ini sedikit sebanyak telah menyumbang kesesakan kenderaan dan keselamatan pejalan kaki terutamanya para pelancong yang ingin membeli-belah di kawasan pekan Kuah.

Selain itu, apabila jalan tersebut dilencongkan maka pemandu kenderaan terpaksa menggunakan jalan alternatif lain seperti Jalan Penarak yang lebih sempit berbanding jalan utama itu. Sedar atau tidak, ia telah menyumbang kepada peningkatan bilangan kemalangan di jalan tersebut kerana pertambahan kenderaan terutamanya penunggang motosikal yang tiada pilihan lain.

Menjelang 1 hingga 5 Disember 2009 nanti, Pulau Langkawi akan dibanjiri oleh pelancong sama ada dalam negeri atau luar negara kerana penganjuran LIMA 09. Ketika itu bilangan kenderaan bertambah berkali ganda. Sekiranya projek pembinaan jambatan itu masih tidak siap ketika LIMA 09 berlangsung nanti, sedikit sebanyak ia akan memberi imej yang kurang baik oleh pelancong kerana infrastruktur jalan raya di Pulau Langkawi tidak sempurna malah terbengkalai pula. Namun bagi saya, imej adalah perkara kedua tetapi apa yang lebih penting ketika ini ialah keselesaan penduduk terhadap kemudahan jalan raya yang lebih sempurna dan selamat.

Penduduk berhak mendapat kemudahan infrastruktur awam yang terbaik kerana mereka telah membayar cukai kepada kerajaan dan tanggungjawab kerajaan pula untuk melaksanakan amanah yang diberi oleh penduduk selaras dengan konsep 'rakyat didahulukan pencapaian diutamakan'.

Cadangan saya kepada Lada, sekiranya kontraktor yang diamanahkan itu telah cabut lari maka pihak berkenaan boleh menawarkan tender semula kepada syarikat yang layak untuk menyiapkannya. Projek yang belum siap semestinya masih mempunyai peruntukan kewangan yang mencukupi kerana ia dibayar berdasarkan peratus siap projek.

Seandainya projek itu telah dibayar sepenuhnya sedangkan cuma tiang-tiang konkrit sahaja kelihatan ketika ini, maka Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Audit Negara janganlah tunggu sehingga pegawai terbabit pula cabut lari. Siasatan mesti dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kelewatan menyiapkan projek 'mega' tersebut kerana saya sebagai penduduk di pulau ini sudah tidak sabar dengan keadaan yang dilalui ketika ini apatah lagi penduduk yang tinggal dan bekerja di sini.

Esok saya akan meninggalkan Pulau Langkawi dan kembali bertugas semula seperti biasa di Borneo. Walaupun diri saya tiada di sini, namun hati saya tetap berada di pulau tercinta ini. Walaupun saya hanyalah pegawai kerajaan dan bukan ahli politik mahupun Pengurus Besar Lada, tetapi sekiranya masalah ini menyebabkan kesusahan kepada penduduk di Pulau Langkawi, maka hati saya akan terpanggil untuk menyatakan hak dan kebenaran.
Kepada Lada, mohon disiapkan projek ini yang telah makan masa bertahun lamanya. Lagi lama projek terbengkalai, lagi tinggi kosnya yang terpaksa ditanggung nanti.

CUCU MAHSURI Utusan 16/7/09

Kampung Air Hangat, Langkawi

Monday, July 20, 2009

Graduan dipelawa sertai APMM ~ Kuah

KUAH - Wanita kini berupaya mempelopori aktiviti menembak secara aktif dalam melaksanakan tugas terutama di perairan negara. Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Datuk Amdan Kurish berkata, hal ini disebabkan terdapat kakitangan wanita dalam Agensi Penguatkuasa Maritim (APMM) Wilayah Utara yang berpangkalan di perairan Langkawi.
Menurutnya, sehingga kini terdapat kira-kira 10 peratus kakitangan wanita daripada 3,000 jumlah keseluruhan kakitangan APMM. “Graduan menganggur dipelawa menyertai APMM kerana proses merekrut kini giat dijalankan dari masa ke masa. “Pihak APMM kini mempunyai lebih daripada 3,000 anggota yang ditempatkan di lima wilayah termasuk Utara, Selatan, Timur, Sabah dan Sarawak,” katanya ketika Kejohanan Menembak di Langkawi International Shooting range Malaysia (LISRAM) di Kuah.

Amdan berkata, penambahan anggota dilakukan dua kali setahun yang mana ia dilakukan secara berperingkat agar memudahkan anggota baru menjalani latihan di Pusat Latihan APMM di Bandar Indera Sri Mahkota, Pahang. Menurutnya, APMM kini bukan sahaja menumpukan kepada tugas menyelamat di laut sahaja tetapi anggota APMM kini boleh bertugas di bahagian udara dan APMM juga akan membuka peluang kepada anggotanya yang untuk menyertai unit menyelam tidak lama lagi.

Kini mereka yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada anggota APMM boleh memohon melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awan (SPA),” katanya. Sementara itu, kira-kira 140 peserta diuji dalam kemahiran menembak dengan penyertaan media dan agensi keselamatan lain. Ujian menembak itu dilakukan menggunakan Rifel M16, acara tim jatuh piring dan precision individu. Kejohanan ini turut disertai Pusat latihan Maritim Malaysia yang berpusat di Kuantan Pahang.

Sinar Harian 20/7/09

Anaklangkawi :-
Cek sokong..

Sunday, July 19, 2009

D’Bendang erat hubungan keluarga ~ Chenang

PANTAI CHENANG - Karnival yang julung kalinya diadakan di Laman Padi sejak beroperasi pada 1998 di atas tanah seluas 14.28 ekar yang dibina oleh Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) berjaya menarik kira-kira 1,000 pengunjung.

Pengarah penganjur karnival itu, Aziz Desa berkata, sasaran awal pengunjung adalah seramai 800 orang tetapi dalam dua hari pertama, karnival ini menerima hampir 900 pengunjung sejak dari pagi. Menurutnya, ini adalah karnival yang pertama dan dianggap berjaya, malah karnival seperti ini akan dijadikan acara tahunan kerana mendapat sambutan di luar jangkaan.

“Pelbagai aktiviti dilakukan antaranya menangkap ikan dengan tangan, bola bendang, membuat orang-orangan, demonstrasi kuih berasaskan beras dan teknik bersawah. “Program ini adalah bagi memperkenalkan aktiviti tradisional kepada generasi muda dan moden yang tidak pernah mereka lalui,” katanya ketika ditemui di tapak Karnival D’Bendang di Laman Padi, Pantai Chenang.

Aziz berkata, selain daripada program itu terdapat juga program lain seperti Forum Anak Cemerlang yang membincangkan perihal kanak-kanak antara pihak sekolah dan waris serta panel penceramah profesional. Menurutnya, karnival itu turut diselitkan dengan program pendidikan dan mengeratkan keluarga dengan tema ‘Terima Kasih Cikgu & Jom Berkelah D’Bendang’.

“Program ini memberi impak yang tinggi dalam mengeratkan hubungan kasih-sayang antara keluarga yang semakin terhakis,” katanya. Beliau berkata, gerai jualan yang menjual produk barangan tempatan Langkawi juga dipasarkan dalam memperkenalkannya kepada umum.

“Kami sasarkan lebih daripada RM50,000 aktiviti jualan dapat dikutip dalam tiga hari penganjuran karnival. Biarpun ini adalah percubaan kali pertama tetapi kami yakin dengan adanya program lain seperti hiburan ianya mampu menggamit pelancong asing dan penduduk sekitar Langkawi untuk turut serta,” katanya.

Sinar Harian 19/7/09

Saturday, July 18, 2009

Hari Keluarga Kelab Rukun Tetangga ~ Tmn Desa Kemboja


Satu program telah dijalankn oleh Kelab Rukun Tetangga Tmn Desa Kemboja minggu lepas. Program ini dijalankan bagi merapatkan silaturahim penduduk disampin mengenali satu sama lain. Program diadakan dgn jayanya oleh penduduk taman yg disertai oleh Dato' Bakaq sebagai penduduk taman juga.

Mukim : Bohor
Tempat : Padang Bola, Tmn Desa Kemboja
Tarikh : 11 July 09
Waktu : 8.30 pagi ke 1.00 tghari.
Dirasmi & Penutup : YB Dato' Paduka Abu Bakar Taib

Sumbangan diberikan : RM 1,000.00 utk menjayakan majlis. RM 2,000.00 kepada Persatuan Dikir Bakat Anak2 Kelantan

Aturcara Program : Sukaneka & Hari Keluarga penduduk kampung

Anjuran : Kelab Rukun Tetangga Taman Desa Kemboja

Friday, July 17, 2009

50 anak buaya mati akibat khianat ~ Teluk Datai

TELUK DATAI - Lima puluh ekor anak buaya komersial bernilai kira-kira RM75,000 yang ditempatkan di Taman Buaya Teluk Datai, di sini mati dipercayai akibat perbuatan khianat. Ketua Polis daerah Langkawi, Superintendan Ishak Hasan berkata, satu laporan telah diterima kelmarin daripada pihak taman itu berkaitan kematian buaya tersebut.

Menurutnya, 50 ekor anak buaya bersaiz 0.6 meter itu adalah tujuan komersial dan bukannya untuk dipamerkan. “Anak-anak buaya tersebut akan dihantar ke Jabatan Haiwan dan Veterinar untuk tujuan bedah siasat manakala air di kolam yang menjadi habitat haiwan eksotik itu akan diuji oleh Makmal Jabatan Kimia. “Punca kejadian masih disiasat, anak-anak buaya yang diternak itu adalah bagi tujuan komersial dengan dagingnya untuk tujuan masakan dan kulitnya untuk membuat pelbagai produk,” katanya ketika dihubungi.

Dalam tinjauan Sinar Harian selama dua jam di taman itu, insiden tersebut tidak mengganggu kehadiran pelancong untuk mengunjungi taman berkenaan. Namun, apa yang dikesali, pihak pengurusan taman itu enggan memberi sebarang ulasan berikutan kejadian berlaku. Taman Buaya Langkawi itu, merupakan syarikat pertama yang sepadu dan melaksanakan kesemua proses membiak, mengilang, memasarkan dan menjual produk kulit buaya eksklusif sebagai produk unggul keluaran negara.

Ladang buaya terbesar di negara ini ditubuhkan untuk mendorong populasi spesies buaya 'Crocodylus Porosus' yang merupakan antara 23 spesies buaya terbaik dunia, sekali gus berupaya menampung pasaran. Terdapat lebih daripada 1,000 ekor buaya hidup di dalam persekitaran yang hampir dengan habitat semula jadi.

Sinar Harian 16/7/09

Thursday, July 16, 2009

Program Kesihatan di Kalangan Rakyat Malaysia bg Parlimen Langkawi ~ Bohor


Program Kesihatan di Kalangan Rakyat Malaysia bg Parlimen Langkawi ~ Bohor

Telah diadakan pada 11 July 2009,di Pdg Bolasepak kg nyior chabang dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Melibatkan semua penduduk kg nyior chabang serta penduduk mukim bohor. Di rasmikan oleh pengarah hospital daerah Langkawi. Dalam program ini,YB Dato Paduka telah menyerahkan sumbangan 3 kerusi roda kepada 3 orang penduduk Kg Nyior Chabang yang sakit dan uzur. Penerima pada hari tersebut telah diwakili oleh kaum keluarga pesakit. YB Dato paduka juga telah menyerahkan 1 unit mesin rumput jenis tolak kepada penduduk kg nyior chabang bagi kegunaan mesin rumput pdg bolasepak dan sebagainya.

Mukim : Bohor

Tempat : Padang Bola, Kg Nyior Chabang (sebelah Sek Kebangsaan)

Tarikh : 11 July 09

Waktu : 8.30 pagi ke 12.30 tghari.

Dihadiri : YB Dato' Abu Bakar Taib & Yb Mohd Rawi.

Dirasmikan : Pengarah Hospital Daerah Langkawi


Sumbangan diberikan : 3 Kerusi roda kepada 3 warga Kg Nyior yg uzur & sakit. 1 Mesin rumput jenis tolak utk kegunaan pdg bolasepak.

Aturcara Program : Gotong royong penduduk kampung & TLDM & APMM & PLKN & Ahli Belia 4B Langkawi. Pemeriksaan kesihatan percuma & makan tengahari bersama2 disediakan.

Anjuran :Ahli Parlimen Langkawi dgn kerjasama Jab Kesihatan Langkawi & Pengerusi JKKP Mukim Kuah & Belia 4B Langkawi.


Anaklangkawi : Dekatilah rakyat selalu jadi takdakla org kata bila time nak mengundi ja nampak muka. Yg dok berangan nak jadi calon PKR @ UMNO PRU-13 buatla program2 macam Tok Bakaq buat. (cita2 tinggi tapi apa haram taknampak batang hidung)

Tuesday, July 14, 2009

Penduduk gesa jambatan disiapkan ~ Kuah


KUAH - Kegagalan menyiapkan sebuah jambatan di Pandak Mayah di sini yang proses pembinaannya hanya tinggal tujuh peratus menimbulkan tanda tanya kepada penduduk. Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, mereka sanggup bergotong-royong menyelesaikan pembinaan jambatan itu sekiranya pihak yang bertanggungjawab gagal menyiapkannya.

Menurutnya, pelbagai kesulitan dihadapi terutamanya bagi pemandu bas pelancong yang terpaksa menggunakan jambatan sampan yang curam malah adakalanya berlaku kemalangan. “Kami mahu masalah ini diselesaikan segera. Kami difahamkan kontraktor penyelamat yang dilantik telah gagal menyiapkan jambatan tersebut ekoran masalah kewangan. “Kami berharap pihak yang berkuasa dapat melakukan siasatan berhubung masalah itu, tetapi masalah dalaman kami tidak mahu masuk campur apa yang penting adalah kepentingan semua penduduk di Langkawi ini,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Sinar Harian difahamkan, jambatan tersebut bakal disiapkan sebelum Pameran Antarabangsa Udara dan Maritim Langkawi (LIMA 2009) hujung tahun ini. Kos asal pembinaan jambatan sepanjang 35 meter itu adalah RM5.3 juta dan kini nilai itu telah melonjak pada RM6.5 juta. Jambatan itu mula dibina pada 1 November 2006 dan dijangka siap pada 2 Oktober 2007, namun sehingga sekarang, ianya masih gagal disiapkan.

Hasil tinjauan yang dibuat mendapati, jambatan tersebut telah dipasang konkrit namun belum berturap dan kawasan sekitarnya dipenuhi sampah sarap dengan lampu jalan telah dipasang. Seorang kontraktor yang juga enggan dikenali, turut menyelar pihak berkenaan apabila segala projek yang terdapat di Langkawi gagal disiapkan dalam masa yang ditentukan ekoran masalah pembayaran.

Menurutnya, kegiatan perniagaan di Kompleks Pekan Rabu kini sunyi sehingga pekedai di kawasan itu bersungut apabila tiada pelanggan. “Mereka yang mendapat kedai di sini tidak menjalankan perniagaan malah mereka yang mendapat tapak kedai di dalam kompleks ini bermatlamat menyewakan kepada orang lain, pekedai di sini mahukan keuntungan atas angin.

“Tetapi bagaimana mereka layak dalam permohonan tersebut, kompleks berusia hampir setahun ini juga mengalami masalah kebocoran tangki air,” katanya.

Sinar Harian 14/7/09

Anaklangkawi :-

Cek tak paham awat jambatan yg sejemput panjang tak habis2 buat. Sudah hampir 3 tahun jambatan tu dibina masih tak siap2.. Tolonglah pihak berkuasa tgk2kan biaq cepat2 sikit siap.. Bantu apa yg boleh..

p/s: amat paham apa perasaan penduduk & peniaga kat situ.. YB Kuah pi la jenguk2 .. takkan tiap2 hari lalu tak perasan kot..

Sunday, July 12, 2009

Santai di Datai ~ Golf

LANGKAWI memang terkenal sebagai salah sebuah destinasi pelancongan terkemuka. Pulau Legenda itu menawarkan pelbagai bentuk percutian menarik untuk pilihan pengunjung.
Dari pantai yang bersih dan putih kepada hutan semulajadi yang menenangkan.

Bagi kaki golf pula ia ada tiga lapangan iaitu Kelab Golf Datai, Gunung Raya dan Kelab Golf Langkawi yang kini ditutup kepada umum kerana sedang dinaik taraf.
Bagi Datai mungkin ada yang sudah beraksi dan ada pula yang hanya mendengar cerita. Ia sebuah lapangan yang menggabungkan keindahan semulajadi sebagai cabaran utamanya.

Sebagai sebuah lapangan yang terletak di pulau pelancongan, penampilan Datai adalah lebih untuk memberikan ketenangan kepada pemainnya. Sambil beraksi pemain boleh merasainya suasana segar udara hutan sambil mendengar siulan suara unggas.

Namun di sebalik suasana santai dan menenangkan itu, lapangan ini turut mencabar keupayaan pemain melalui halangan tasik, bunker dan sudah tentunya hutan yang terdapat di kiri dan kanan fairway.Greennya laju dan bercerun. Fairway yang sempit dan hampir semuanya membengkok atau dogleg juga cukup menguji keupayaan pemain.

Uniknya kelab ini kerana mempunyai satu lubang tambahan iaitu lubang ke-19 par-3 yang terletak di tepi pantai menghadap Laut Andaman. Jika anda memilih untuk bermain di lubang 19, anda tidak perlu bermain lubang 17 yang juga Par-3. Lubang 19 ini unik kerana ia di tepi laut yang menyediakan cabaran seolah-olah beraksi di lapangan-lapangan hebat seperti St. Andrews.
Datai cukup sesuai untuk mereka yang ingin bersantai. Ia direkabentuk dan dimiliki oleh Landmark Berhad. Mula dibuka pada 1992 ia merupakan lapangan terbaik di Pulau Legenda.
Kedudukannya di kaki Gunung Mat Chincang dan menganjur ke Laut Andaman menghasilkan kombinasi antara hutan hujan tropika dengan keindahan pantai yang menarik.

Lapangan par-72 sepanjang 5,594 meter ini boleh dikatakan di kelilingi hutan yang berusia jutaan tahun serta Laut Andaman di timurnya. Sebab itu Datai dianggap sebagai salah satu lapangan golf yang mempunyai pemandangan paling unik dan cantik dam diiktiraf antara 10 kelab tercantik di Asia oleh majalah Golf Asia tahun lalu.


Anaklangkawi :-
Lama tak mandi ayiaq terjun temurun.. (masih ada lagi ka ayaq)

Saturday, July 11, 2009

Program Pertandingan Kawad Kebombaan Langkawi


~Email diterima~

Program Pertandingan Kawab Kebombaan Langkawi

Diadakan pada : 04 July 09

Bertempat : Perkarangan Bangunan Lada
Anjuran : Jabatan Bomba Langkawi, Majlis Tindakan Pelancongan Langkawi (MTPL), Kelab Bomba Langkawi
Turut Serta : Taliworks, Hospital Langkawi, LADA, Kadet Bomba & Penyelamat Sek Men Teknik, Sek Men Kedawang, Langkawi Port Sdn Bhd, Agensi Penguatkuasaan Maritim Wilayah Utara & JPM, Majlis Perbandaran Langkawi, & bbrp agensi lain.

Disempurnakan oleh : Pengarah Bomba Negeri Kedah

Dihadiri : Dato' Bakaq, Ketua Jab serta pengurus besar Hotel2 Seluruh Langkawi, Persatuan2 Langkawi,

Sumbangan Diberikn (Ahli Parlimen) : RM 3,000 ~ utk jamuan makan malam..

Penyerahan Surat Kuasa Peruntukan Ahli Parlimen Langkawi (Dato' Bakar) 2009


~Email diterima~

Penyerahan Surat Kuasa Peruntukan Ahli Parlimen Langkawi

Diadakan pada : 04 July 09

Bertempat : Pejabat Ahli Parlimen Langkawi

Mukim & Anjuran : Parlimen Langkawi

Yg Hadir : YB Dato Bakaq, 25 Pengerusi Masyarakat, MCA, MIC dll.

Jumlah Peruntukan diberikan : RM 125,000.00 (+-)

Seramai 25 org pemimpin2 masyarakat parlimen langkawi termasuk daripada pemimpin kaum telah hadir dalam program ini. Lebih kurang dalam RM 125,000 telah diberikan kepada pemimpin masyarakat. Peruntukan utk kaum Cina diwakili oleh Timbalan Pengerusi MCA Langkawi (En Oii Chin Tong) & Ketua Wanita MCA. Peruntukan utk kaum India diwakili oleh Pengerusi MIC Langkawi (En. T Manogaran)


Anaklangkawi :- Gunaknlah peruntukan yg diberikan sebaik2nya..

Juara tilawah KPM ke peringkat kebangsaan

KUAH - Qari dan qariah yang menjuarai pertandingan Tilawah Al-Quran Warga Pendidik Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Peringkat Negeri Kedah 2009 bakal mewakili negeri itu ke peringkat kebangsaan.

Qari dari Pendang, Tarmizi Mustafa, 35, yang juga guru agama di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lubuk Merbau mengekalkan kejuaraan kali kedua selepas memperoleh markah keseluruhan 85 peratus mengatasi lapan qari lain. Menurutnya, mengajar guru dan kanak-kanak membuatkan dirinya mahir dalam menguasai ilmu tilawah yang memerlukan pelbagai kriteria.

“Saya menerima ramai kunjungan guru dan kanak-kanak datang mengaji selain yang berhasrat menguasai ilmu fardu ain. “Dalam pertandingan tilawah ini penguasaan seperti tajwid, teranum dan fasohah dinilai sebagai permarkahan,” katanya ketika ditemui selepas majlis tersebut yang diadakan di Akademi Koreksional Malaysia, di sini.

Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri kedah, Abdullah Saad, Ketua Sektor Pendidikan Islam dari Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Zainab Md Saman dan Pegawai Pelajaran Daerah Langkawi, Aziz Ahmad.

Seramai 14 peserta dari tujuh daerah memperdengarkan bacaan masing-masing dengan pecahan lapan qari dan tujuh qariah yang terdiri daripada wakil Langkawi, Kota Setar, Kulim Bandar Baru, Pendang, Kuala Muda/Yan, Padang Terap dan Baling/Sik.

Sementara itu bagi juara qariah, Wan Marzian Mad Deli, 29, yang berjaya menewaskan peserta lain dengan memperoleh 86 peratus pemarkahan, penyertaannya buat kali kelima ini membuatkan dirinya bersemangat dan yakin untuk mengekalkan kejuaraan. Dia yang juga ustazah di Kolej Maktab Changlon berkata, ibunya merupakan idola yang mencetus semangat kepadanya untuk merangkul kejayaan.

“Ibu saya, Che Zaiton Latef juga merupakan seorang qariah yang pernah mewakili negeri Perak dan juga johan qariah peringkat kebangsaan. Semangat yang ibu tanamkan di dalam diri saya sentiasa membuahkan kejayaan serta menjadi peniup semangat bagi diri saya," katanya.

Sinar Harian 10/7/09

Majlis Perasmian Penutup & Penyampaian Hadiah Pertandingan Dart & Pingpong & Sepakraga Tuju


Satu aktiviti masyarakat kampung diadakan & dianjurkan oleh JKKKP kampung kumpulan. Tujuan aktiviti diadakan adalah bertujuan utk merapatkan lagi tali persabahatan & diantara penduduk kedua2 kampung.

Majlis Perasmian Penutup Pertandingan Persahabatan Kg Kumpulan A & Kg Kumpulan B

Diadakan pada : 3 July 09

Bertempat : Dewan Long Jika Kg Kumpulan

Mukim : Ulu Melaka

Anjuran : JKKKP Kg Kumpulan A & Kg Kumpulan B

Yg Hadir : YB Dato Bakaq, YB Mohd Rawi, Pengerusi Belia 4B Mohd Saiful, Haji Kasa Chin Pengerusi (JKKKP Kampung A), Ahmad Sobre Wan Teh (Pengerusi JKKKP Kg Kumpulan B), Serta Penduduk Kg Kumpulan A & B

Majlis Perasmian Penutup dihadiri & disempurnakan oleh YB Dato' Paduka Abu Bakar Taib.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Dato' Bakaq & YB Rawi.

~~
Anaklangkawi :-

Moga2 aktiviti seperti ini dibykkan supaya dptlah kita merapatkan tali persahabatan sesama kampung.

Wednesday, July 8, 2009

Jemputan Program Kesihatan Rakyat Langkawi

~Email diterima~

Assalamualaikum..

Semua Penduduk Mukim Bohor & belia2. Ahli Parlimen Langkawi Dato' Bakaq Taib bersama2 Belia 4B Langkawi akan menganjurkan program dibawah.

Program Kesihatan di Kalangan Rakyat Malaysia bg Parlimen Langkawi
Mukim : Bohor
Tempat : Padang Bola, Kg Nyior Chabang (sebelah Sek Kebangsaan)
Tarikh : 11 July 09
Waktu : 8.30 pagi ke 12.30 tghari.
Dihadiri : YB Dato' Abu Bakar Taib & Yb Mohd Rawi.
Dirasmikan : Pengarah Hospital Daerah Langkawi

Aturcara Program :
Gotong royong penduduk kampung & TLDM & APMM & PLKN & Ahli Belia 4B Langkawi
Pemeriksaan kesihatan percuma & makan tengahari bersama2 disediakan.

Anjuran :
Ahli Parlimen Langkawi dgn kerjasama Jab Kesihatan Langkawi & Pengerusi JKKP Mukim Kuah & Belia 4B Langkawi.

Datanglah Beramai2 meramaikan majlis.

Penduduk mahu pampasan setimpal ~ Bukit Malut


BUKIT MALUT - Kira-kira 70 penduduk menyatakan rasa tidak puas hati apabila tanah milik yang diusahakan sejak 25 tahun lalu di Kampung Bukit Malut dibersihkan oleh pihak pemaju tanpa bayaran pampasan yang setimpal. Masalah ini timbul apabila mereka mendakwa telah dimaklumkan untuk tidak lagi memasuki dusun seluas 40 hektar tersebut dengan notis 14 hari sedangkan tanah usaha tersebut difahamkan milik kerajaan tempatan yang digazet sebagai Tanah Hutan Simpan Kekal mengikut Akta Perhutanan Negara 1984 (Pindaan 1993).

Apa yang menjadi kekalutan bagi penduduk kampung tersebut apabila pampasan yang dijanjikan tidak dibayar malah difahamkan pihak pemaju dan pihak bertanggungjawab hanya mengadakan perbincangan sekali sahaja iaitu pada tiga tahun lalu bagi penilaian harga pokok.

Seorang wakil penduduk, Che Ani Abu Seman, 50, mendakwa, tiada seorang pun wakil daripada kerajaan tempatan atau pihak pemaju berjumpa dengan mereka bagi membincangkan nilai harga pokok yang terdapat di dusun tersebut. Menurutnya, terdapat beratus pokok buah-buahan yang menjadi sumber pendapatan mereka dengan tiga buah kediaman di dalam dusun ini sejak diusahakan kira-kira 25 tahun lalu.

“Mereka mahu membayar RM60 bagi sebatang pokok matang, sedangkan harga pasaran dan harga yang kami mahukan adalah RM1,500 bagi sebatang pokok. “Kami tidak menghalang sekiranya kerajaan mahu mengambil semula tanah ini bagi dimajukan tetapi berikan pampasan mengikut harga pasaran semasa,” katanya. Che Ani juga memohon supaya pihak Pejabat Tanah dan Galian mengambil berat dan prihatin dengan masalah penduduk kampung di sini.

Seorang lagi penduduk, Rus Ismail, 57, berkata, hasil dusun ini adalah punca pendapatannya sekeluarga malah rezeki semakin bertambah bila tiba musim buah. “Saya mempunyai enam anak dan dengan hasil dusun ini saya menyara keluarga untuk keperluan harian dan persekolahan. Kini sumber pendapatan telah diambil orang, kami sedia berpindah dan memulangkan semula hak kerajaan tetapi berikanlah kami pampasan yang setimpal,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Langkawi, Mansor Bahari ketika diminta mengulas mengenai masalah itu berkata, masalah tersebut akan dibincangkan dan mampu diselesaikan dengan cara diplomasi, malah kerajaan tempatan dan wakil pemaju sepatutnya memberikan penerangan khusus kepada penduduk kampung.

“Mereka terlalu emosional dengan apa yang berlaku pada hari ini. Mereka ingin berjumpa dengan pihak bertanggungjawab bagi mendapatkan pampasan setimpal. “Saya harap pihak terbabit dapat tampil berbuat demikian sebelum keadaan menjadi semakin keruh. Perkara ini tidak melibatkan politik tetapi hak mereka sebagai penduduk kampung harus diambil berat,” katanya ketika ditemui dalam lawatannya ke kawasan terlibat.

Turut menyertai lawatan tersebut, Pengerusi Biro Pengaduan Awam dan Pengguna Saari Saad. Dalam pada itu, Yang Dipertua Pas Bahagian Langkawi, Zubir Ahmad menyatakan bahawa, pihaknya akan mengadakan satu mesyuarat antara Exco dan pihak pemaju bagi menyelesaikan masalah itu.

“Kami akan cuba menjernihkan keadaan dengan mengadakan satu perbincangan. Saya akan maklumkan apa yang diinginkan oleh penduduk kepada Exco terbabit dan pihak pemaju. “Saya tidak boleh janji yang mereka akan memperoleh pampasan yang diminta tetapi saya akan cuba sedaya upaya bagi memberi keadilan kepada mereka,” katanya.


~~~~~
Anaklangkawi :-

Isu yg tak kunjung sudah. Tapi saya amat menghormati & respek pada UMNO & PAS kerana sama2 tidak mengambil kesempatan pada keadaan yg berlaku. Sudah sedia maklum tanah yg diterokai merupakan Tanah Hutan Simpan Kekal.. Ttp penduduk ttp mahu mengusahakan tanah tersebut. Kalau diikutkan kepada peruntukan kerajaan Kerajaan Negeri punya hak tak memberi langsung pampasan. Ttp diberi betis nak paha.. Bagi RM60 nak RM1,500 sepokok...

Saya meminta parti politik tidak mengambil kesempatan terhadap kemelut ini. Bersatu hati dlm kes ini.. Jika tidak habis hutan Simpan di Langkawi diteroka & lepas tu semua pakat claim dah teroka 25 tahunla.. Itula inilah..

p/s: Kerajaan negeri tolong tgk tanah teroka tepi bukit antara Pantai Kok ka Teriang..

Tuesday, July 7, 2009

Hotel digesa segera dapatkan Sijil Perakuan Bomba

KUAH - Sebanyak 42 kompaun telah dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) daerah Langkawi ke atas pelbagai kesalahan terhadap pengusaha hotel dan premis perniagaan.

Ketua balainya, Ishak Hashim berkata, operasi terhadap status Sijil Perakuan Bomba (SPB) ditingkatkan sebagai langkah keselamatan menjelang Pameran Antarabangsa Udara dan Maritim Langkawi (LIMA 2009) khususnya.

Menurutnya, operasi dan penguatkuasaan dilakukan mengikut fasa dengan menguatkuasakan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (UKBS) terhadap struktur bangunan. “Pengusaha hotel dan premis gagal mengemukakan pelan asal bangunan, bangunan yang telah diubah suai, pintu kecemasan dan pili bomba di dalam premis dan tangga kecemasan.

“Kegagalan berbuat demikian dianggap serius memandangkan mereka seolah tidak mengambil berat mengenainya,” katanya ketika ditemui wakil Sinar Harian. Ishak berkata, beberapa premis perniagaan dan hotel masih belum mengetahui keperluan dan kepentingan mendapatkan SPB.

Menurutnya, JBPM masih memberi tempoh untuk mendapatkan sijil SPB dan sedia berkompromi sekiranya terdapat sebarang masalah. “Tetapi sekiranya mereka ambil mudah maka tindakan undang-undang mengikut Akta Perkhidmatan Bomba 1988, iaitu denda kurang dari RM5,000 bagi satu kesalahan akan dikenakan,” katanya.


Related Artikel
~~~
Anaklangkawi :-

Persoalan ini pembinaan hotel tanpa kelulusan telah menjadi seperti 'norm' kepad sstgh penduduk langkawi. Pada hemat saya satu jawatan kuasa perlu dilaksanakan segera diantara pihak berwajib & wakil pengusaha hotel (terutama yg tiada kelulusan)..

Syarat bangunan hotel yg memerlukan keluasan minimum utk bangunan di langkawi tidak releven. Kerana tanah2 di langkawi amat kecil & mahal. Jadi amat mustahil utk membangunkn tanah2 di langkawi jika syarat ketat ini tidak dikaji semua.

Diharap pihak berwajib mengkaji semula syarat & mungkin mengenakan exemption utk pengusaha hotel.

Sunday, July 5, 2009

Majlis Penyerahan & Perasmian Stesen Teksi di Hotel Langkawi Lagoon Resort

~ Stesen TEKSI DI Hotel Langkawi Resort ~

1 July 09


Usaha YB Dato' Paduka Abu Bakar bin Taib & pengusaha teksi utk mendapatkan stesen teksi di Kuala Melaka tercapai hari ini. Bila pada hari bersejarah ini Y Berbahagia Tan Sri Mustafa Kamal bin Abu Bakar iaitu Pengerusi EMKEY merasmikan Stesen teksi bertempat di Hotel Langkawi Lagoon Resort.



Atas Usaha : YB Dato' Paduka Abu Bakar Taib

Dirasmikan Oleh : Y Bahagia Tan Sri Mustafa Kamal Abu Bakar (Pengerusi EMKEY)

Bertempat : Perkarangan Hotel Langkawi Lagoon Resort, Kuala Melaka

Yg Hadir : Pemandu2 teksi Kawasan Langkawi & staff Emkay (hotel)


Stesen Teksi ini adalah hasil usaha YB Dato Paduka Ahli Parlimen Langkawi yang menghantar surat mohon bantuan dan sumbangan daripada Tan Sri Mustafa Kamal.Perkara ini dibuat adalah kerana bila YB Dato Paduka melihat sebelum ujudnya stesen teksi ini,pemandu-pemandu teksi menjadikan bawah jambatan sg kuala Melaka sebagai stesen dan tempat rehat mereka.


Alhamdulilah dengan permohonan daripada YB Dato paduka kepada Tan Sri Mustafa Kamal, maka wujudnya stesen teksi hari ini yg bakal menjadi tempat persinggah penduduk setempat disamping tempat berehat utk pemandu-pemandu teksi teksi bersembahyang (surau di Stesen teksi).


Kemudahan Stesen Teksi :
~ Menempatkan ruang berehat kepada pemandu2 teksi langkawi.
~ Mengelakkan berlakunya dibawah jambatan Kuala Melaka sbg stesen sementara.
~ Memudahkan penduduk setempat & pelancong utk mengambil teksi di tempat yg dikhaskan.
~ Menyediakan kemudahan solat kepada pemandu & penumpang teksi.


~~~~~~~~~~~~~~
Anaklangkawi :-

Terima Kasih dato' bakaq atas usaha yg dicurahkan sehingga tercapainya impian pemandu teksi Langkawi. Moga2 usaha dato' berterusan & menjadi ikutan semua warga langkawi tak kira perbezaan politik.. & terima kasih kepada Pengerusi EMKAY Tan Sri Mustafa Kamal merangkap dalam membiayai stesen teksi.. Moga2 lebih ramai pengusaha hotel tidak melupakan tanggungjawab Social or corporate responsibility kepada rakyat..



:) Tersenyum girang org2 teksi ada tempat lepak baru..

Wednesday, July 1, 2009

Langkawi Maju Penduduk Mesra ~ Komen


SEBAGAI warga yang berkhidmat di Kuala Lumpur lebih daripada 10 tahun, saya sentiasa menunggu peluang untuk bercuti bersama keluarga di musim cuti sekolah. Kesempatan cuti sekolah baru-baru ini membawa saya berehat bersama keluarga di Pulau Langkawi selama empat hari.
Langkawi sentiasa berubah wajah setiap kali saya berkunjung ke sana. Tahniah kepada pelbagai pihak yang membangunkan Langkawi. Apa yang membanggakan saya, walau pun wujud perubahan dari segi pembangunan dan prasarana, sikap warga Langkawi tetap sama dan tidak banyak bezanya.

Tiba di Jeti Kuah sudah meriah dengan pelbagai tawaran istimewa penyewa kereta, perkhidmatan teksi, malah ada yang bersikap ramah menawarkan perkhidmatan rekreasi dan tempat tinggal. Sungguh mudah urusan saya dari jeti hingga ke hotel tempat tinggal saya dengan bayaran teksi yang berpatutan.
Saya tidak ketinggalan menyewa sebuah kereta Proton Wira yang hanya RM70 untuk satu hari yang pada saya sungguh berbaloi dengan keadaan kereta yang bersih dan berkeadaan baik. Harga makanan juga sungguh berpatutan dan saya masih boleh membeli kuih dan nasi lemak dengan harga seolah-olah seperti dua atau tiga tahun yang lepas.
Tidak nampak di mata saya warga Langkawi cuba mengambil kesempatan menaikkan harga makanan di musim cuti sekolah walaupun sedar saya ‘orang luar’ yang berkunjung ke tempat mereka. Saya sungguh terharu mendapat layanan ramah mesra mak cik-mak cik dan kakak-kakak yang menjual kuih-muih bertanyakan itu dan ini kepada saya.
Saya mengucapkan tahniah kepada seluruh warga Langkawi dan berharap Langkawi terus kekal sebagai destinasi yang menjadi pilihan pelancong. Ingatlah, kekalkan kualiti Langkawi, pasti pengunjung akan datang lagi.
Anaklangkawi :-
Amat seronok melihat komen2 yg baik terhadap langkawi. Syabas anak2 langkawi. Meskipun kita dihimpit kemelesetan ekonomi & kekurangan pelancong sikap kita masih tidak berubah terhadap pelancong2. Moga2 komen2 yg dilemparkan seperti ini berterusan & dijadikan iktibar utk anak2langkawi Maju Ke depan.

Pantai Chenang promosi minuman keras ~ Komen


PANTAI TENGAH - Jika melalui sepanjang Jalan Pantai Tengah, suasananya tidak berubah seperti berada di pusat pelancongan di luar negara seperti Phuket atau Bali. Tinjauan wakil Sinar Harian sejak tiga hari lalu, di sepanjang Jalan Pantai Tengah itu dihiasi dengan iklan minuman keras seolah-olah tanpa kawalan.

Walaupun pulau ini adalah pulau bebas cukai namun itu tidak bermakna pengusaha premis perniagaan makanan dan minuman bebas untuk mempamerkan iklan tersebut di sekitar kawasan itu. Limpahan iklan itu kian bertambah dari hari ke sehari dengan meletakkan promosi minuman tersebut di pintu masuk restoran, pada pokok berhadapan dengan premis mereka malah kini di sepanjang jalan ada yang menampalkannya pada tiang lampu jalan.

Perkara ini seolah-olah tidak menghormati hak pulau ini yang berada di bawah kerajaan negeri di bawah naungan kerajaan Parti Pakatan. Daripada pengamatan yang dilakukan, tiada sebarang label daripada Majlis Perbandaran Langkawi (MPL) sebagai mengesahkan iklan itu boleh diletakkan atau digantung.

Menurut seorang penduduk kampung yang enggan dikenali, perkara ini bukan lagi menjadi masalah besar bagi kawasan ini tetapi iklan ini adalah ‘trend’ sebagai langkah promosi. Menurutnya, kawasan Pantai Tengah adalah tumpuan pelancong antarabangsa tertinggi berbanding Pantai Kok, oleh itu, pengusaha restoran berlumba-lumba untuk menarik perhatian pelancong.

“Kami harap pihak MPL bertindak terhadap perbuatan mereka ini kerana ianya menyentuh sensitiviti penduduk setempat,” katanya. Dia berkata, selain itu, pandang sebegitu juga dapat mempengaruhi remaja dan kanak-kanak untuk mencuba mengambil minuman keras tersebut. “Perkara ini juga mampu menyentuh sensitiviti kerajaan negeri, di mana mereka mencanangkan sebagai pemerintah negeri yang merealisasikan adap kesopanan dan keIslaman.

“Tetapi apabila perkara ini berlaku, ianya umpama indah khabar dari rupa malah seolah-olah menghalalkan apa yang haram,” katanya.

-------------------------
Anaklangkawi :-
Salams. Pihak MPL yg dibawah penguasaan Kerajaan PAS Kedah patut mengambil tindakan dari awal2 lagi. Tidak usah menuding jari & berckp2, bertindaklah sejajar dgn manifesto pilihanraya yg dicanang di langkawi. Rakyat langkawi mahukan anak2 kami tidak terkerumus ke lembah maksiat. Ingatlah apa jnji kamu dulu & sekarang..
Ahli2 majlis MPL adalah lantikan daripada Pakatan Rakyat. Jadi pada umumnya secara tak langsung PR mempunyai tanggungjawab utk memantau keadaan promosi diatas...
p/s: Jgn ckp tak serupa bikin...