Advertisement :- Villa De Porto ~ A Private Gateaway in Langkawi

Sunday, December 5, 2010

Produk Baharu Biskut Cip Coklat Gamat Di Langkawi

LANGKAWI, 26 Nov (Bernama) -- Sebuah syarikat tempatan mengambil inisiatif memperluas produk gamat dengan memperkenal biskut cip coklat gamat, yang kini dijual di pasaran.

Pengurus Roha Zara Enterprise, Hasruha Othman, 41, berkata beliau mengambil peluang ke atas keluaran gamat yang banyak di Langkawi untuk mengeluaran biskut tersebut.

"Berbekal modal sebanyak RM5,000, saya memulakan pengeluaran yang pada mulanya secara kecil-kecil untuk memperkenal biskut itu," katanya kepada Bernama ketika ditemui semasa menyertai pameran dan jualan Juara Rakyat Bulan Petani, Penternak dan Nelayan, di perkarangan Kompleks Nelayan Penarak, di sini hari ini.

"Pada masa ini, syarikat berkemampuan mengeluarkan 500 kotak, dengan 12 biji biskut setiap kotak, sehari," katanya.

Pihaknya sedang dalam proses mendapatkan logo halal untuk pengedaran lebih luas, termasuk di tanah besar.

"Biskut rapuh berperisa coklat gamat mempunyai kelainan rasa dan berkhasiat, digemari pengunjung," katanya.

Katanya beliau ialah usahawan asas tani Jabatan Pertanian yang berpeluang mengikuti beberapa kursus sebelum berkecimpung dalam bidang perniagaan.

Selain itu, beliau turut mempelbagai pengeluaran seperti kek cawan, dan sedia menerima tempahan untuk majlis-majlis perkahwinan dan keramaian.

-- BERNAMA

AL : sama2lah kita membantu mereka2 yg baru nak berjinak2 dgn perniagaan..

No comments: