Advertisement :- Villa De Porto ~ A Private Gateaway in Langkawi

Friday, June 3, 2011

Gamat Langkawi Pupus?

Banyaknya gamat!
Gambar hari ini. Langkawi terkenal dgn gamatnya. Kedai gamatnya pun amat banyak. Pilihan menarik. Antara kebaikan gamat adalah ia menjadi penawar luka dalam baikpun luar. Air gamat pulak kalau diamalkan oleh ibu yg lepas bersalin amat elok utk merawat luka dalaman. Sehinggakan ada kenalan dari Singapura pesan tiap kali saya nak ke sana. Elokla kan..

Masalahnya sekarang, Langkawi amat kekurangan bekalan gamat. Bukan disebabkan oleh penangkapan berleluasa tapi berkemungkinan dgn perubahan tahap kualiti air disini. Kebanyakan ibu gamat diambil daripada Siam @ Thailand. Cubalah tanya pengusaha gamat bila berkunjung ke sana.

Pihak berwajib tolong beri perhatian mcmana nak kekalkan & tingkatkan jumlah species gamat yg terancam di Langkawi. Kalau tak gamat Langkawi hanya akan tinggal kenangan.


Komen oleh HalimRahim.

Trip ke Pulau Langkawi saya bersama keluarga tempoh hari memang menyeronokkan. Walau bagaimanapun banyak lagi tempat2 menarik yang kami tak dapat pergi kerana kami hanya berada disana cuma 2 hari 3 malam sahaja. Menginap di Kondo Istana. Tempat yang paling utama kalau berkunjung ke Langkawi adalah Cable Car, kepada pengunjung yang takut pada ketinggian sila tutup mata masa naik. Malam sebelum balik sempat makan seafood dekat Bamboo Beach Restaurant kat Kg Penarak, makanan yang enak, ikan fresh dan pemandangan yang menarik.
 

Lagi gambar oleh Halim disini. 

No comments: